Lazimnya manusia sangat memberi perhatian dan mengawasi
kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu
satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang
gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera
menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan
biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.
kesihatan fizikal. Pengawasan dibuat dengan seribu
satu macam cara. Apabila mengalami sakit atau sebarang
gangguan, biasanya tanpa lengah lagi manusia akan segera
menemui doktor. Andainya tidak berkesan daripada rawatan
biasa, berpindah pula ke doktor atau rawatan pakar.
Anehnya, tidak demikian sikap manusia dalam menghadapi
penyakit hati atau rohani. Sama ada manusia mengambil sikap
terus tidak peduli langsung atau memandang remeh terhadap
persoalan hati atau roh. Padahal kesan dan akibat daripada
penyakit hati atau roh bukan sahaja mencetuskan berbagai
kejahatan dan kemungkaran malah akan diseksa di Neraka Allah
SWT di Akhirat kelak, wal’iyazubillah.
Marilah sama-sama kita lihat mengapa terlalu pentingnya
menjaga hati atau roh yang di antaranya seperti berikut:
1. Kerana roh itu kekal atau dikekalkan, tidak seperti fizikal
(jasad lahir), ia binasa. Di Akhirat kelak, roh itu akan diberi
jasad baru.
2. Roh itulah yang akan menerima atau merasa nikmat atau
azab bersama jasad barunya di Akhirat kelak.
3. Ia adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan yang
mana sama-sama ingin mengisi. Malaikat dengan iman,
syaitan dengan kekufuran atau malaikat dengan keyakinan,
syaitan dengan keraguan.
4. Ia adalah tempat jatuhnya ilham atau ilmu laduni (dapat
ilmu tanpa belajar), ia merupakan wahbiah (anugerah) daripada
Allah. Akal tempat ilmu nazali (ilmu yang dipelajari).
5. Roh kalau ia bersih, Allah beri ia rasa yang tepat atau firasat.
6. Roh kalau ia terlalu bersih, matanya lebih tajam dari mata
lahir atau mata kepala, sebahagian perkara yang ghaib Allah
perlihatkan kepadanya. Itulah yang dikatakan mukasyafatul
qulub.
7. Roh atau hati adalah raja dalam diri. Kalau hati itu baik, ia
akan arahkan tentera-tenteranya iaitu anggota lahir atau
jawarih kepada kebaikan. Kalau ia jahat, ia akan arah
tenteranya membuat kejahatan.
8. Kerana ia boleh menerima sifat-sifat mahmudah yang dikehendaki
dan juga boleh menerima sifat-sifat mazmumah
yang dibenci dan dikeji yang sayugianya hendaklah dibuang
atau dijauhi.
9. Ia adalah merupakan tempat merasa iaitu susah atau senang,
bahagia atau dukacita, rasa sempit atau rasa lapang, rasa
keluh-kesah atau tenang, rasa kecewa atau ceria, rasa putus
asa atau harapan yang cerah, rasa benci atau suka, rasa ragu
atau percaya, rasa pesimis atau optimis, rasa rindu atau
simpati.
10. Sikap jasad lahir atau tingkah laku adalah pancaran dari
hati atau roh sama ada baik ataupun buruk.
11. Hati tempat penglihatan dan nilaian Tuhan manakala jasad
lahir tempat pandangan makhluk.
12. Hidayah yang lahir, ia adalah punca dari yang batin atau
roh atau hati.
13. Sifat mahmudah yang paling terpuji ialah ikhlas, penentu
segala amalan seseorang itu diterima atau ditolak ialah
bertapak pada roh atau hati, malaikat pun tidak tahu, hanya
Allah yang mengetahui.
14. Seseorang yang membuat kebaikan, orang tidak kata baik
tangannya, kakinya, tapi orang berkata baik hatinya.
15. Ketahanan yang lahir adalah berpunca daripada ketahanan
yang baik yakni roh atau hati.
16. Segala perubahan yang lahir ini berpunca daripada perubahan
yang batin yakni roh atau hatinya.
17. Penyakit roh atau hati membawa ke Neraka, penyakit lahir
membawa ke Syurga (segala kesusahan dan kesakitan
lahiriah merupakan kifarah dosa).
18. Penyakit lahir walau bagaimana teruk sekalipun, ia hanya
merosakkan badan, tapi penyakit roh atau hati menghancurkan
apa yang ada di dunia ini.
19. Penyakit badan kalau sudah teruk sangat, membawa mati
badan, tapi penyakit roh atau hati membawa matinya iman
dan Islam.
20. Penyakit badan sakitnya tidak kekal, tapi penyakit roh atau
hati seksanya kekal abadi.
21. Penyakit lahir hanya manusia yang benci, tapi penyakit batin
Allah benci.
22. Penyakit lahir menguruskan badan, tapi penyakit batin
menguruskan iman.
23. Di dalam tidur, adakalanya mendapat alamat di dalam mimpi
sama ada secara jelas atau ibarat. Ia diperlihatkan kepada
roh, bukan kepada mata kasar.
24. Rasulullah SAW menyuruh takut dengan pandangan mata
hati atau pandangan roh. Allah tidak mengatakan agar takut
kepada pandangan mata kasar.
Maksudnya: “Takutilah firasat orang mukmin, kerana ia
melihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)
25. Penyakit lahir tidak dipandang hina oleh Islam, tapi penyakit
batin dipandang hina.
26. Penyakit lahir tidak sampai hilang kepercayaan orang, tapi
penyakit batin sampai menghilangkan kepercayaan orang.
27. Penyakit lahir tidak membawa permusuhan, perpecahan
dan peperangan, tapi penyakit batin membawa pergaduhan,
perpecahan dan peperangan.
28. Roh boleh mengembara tanpa jasad dan dapat melihat perkara-
perkara yang ajaib dengan izin Allah.
29. Selepas mati, roh boleh balik ke dunia dan dapat melihat
keluarganya, tidak seperti jasad.
30. Penyakit lahir orang simpati, penyakit batin orang tidak simpati.
Oleh kerana pentingnya hati dan roh, maka ia hendaklah
dijaga sungguh-sungguh iaitu:
a. Wajib kita memberi makanan yang cukup. Makanannya
ialah sembahyang, zikrullah, membaca Al Quran, tasbih,
tahmid, selawat, melihat kebesaran-Nya melalui pemandangan
dan mengingati mati.
b. Memberi ia pakaian iaitu dengan sifat-sifat taqwa.
c. Jauhkan dari sebarang penyakit seperti marah, bakhil, pendendam,
sombong, riyak, ujub dan sebagainya.
d. Muhasabah terhadapnya selalu.
e. Sanggup bermujahadah, membersihkan dan memberi ia
makan serta pakaian.
Minda Guruku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan