Jumaat, 3 Julai 2009

Janji Allah


MOSCOW 1 Julai - Operasi kasino dan pusat perjudian mesin slot di seluruh> Rusia mula ditutup hari ini, apabila pihak berkuasa negara ini> menguatkuasakan undang-undang baru yang lebih tegas sebagai usaha> melumpuhkan industri perjudian di negara tersebut.>> Puluhan ribu rakyat dijangka akan hilang pekerjaan berikutan pelaksanaan> undang-undang baru tersebut yang ditandatangani Presiden Vladimir Putin pada> tahun 2006 dalam usaha membanteras ketagihan 'candu judi' dalam masyarakat.>> "Mulai pukul 7 petang (11 malam tadi) semalam, semua dewan perjudian mula> ditutup," kata salah satu notis yang dikeluarkan kepada dewan perjudian> mesin slot di selatan Moscow. Petikan Dari AFP


Komen saya:

Agak terkejut juga baca berita tersebut. Walaubagaimanapun begitulah janji Allah dan begitulah jadualnya. Kalau ada sesuatu yang nak diangkat oleh Allah sudah pastilah ada sesuatu yang dijatuhkannya. Dunia ini sudah semakin rosak. Judi memang jelas dilarang oleh Allah. Judi bukan sahaja perbuatan terkutuk malah menghancurkan diri dan keluarga.


Rosaknya manusia didunia ini adalah kerana melanggari perintah Allah.Namun yakinlah,dunia ini akan dimertabatkan kembali oleh Allah melalui pejuang-pejuang akhir zaman.Islam pasti akan kembali gemilang. Berkat kesungguhan dan doa-doa para pejuang inilah yang akan diizinkan oleh Allah untuk menghancurkan segala sistem kebatilan ada di muka bumi sekarang ini.


Marilah bersama kita memperbaiki diri dan merapatkan lagi hubungan kita kepada Allah. Ya Allah pimpinlah kami semua menuju kepadamu. Sesungguhnya hanya Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Sekian.



1 ulasan:

  1. Orang Tuhan takkan dapat dihalang langkah dan percaturannya..

    BalasPadam

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin