Khamis, 29 Oktober 2009

Maksiat Depan Masjid

Sumber: Metro Online
PUTRAJAYA: Adegan ‘pelukan ghairah’ pasangan muda di depan Masjid Putra di sini, semakin menjijikkan sehingga pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan lebih 180 surat hadir untuk soal siasat dalam tempoh sebulan terhadap pasangan kekasih kemaruk seks yang melakukan perbuatan tidak senonoh di lokasi terbabit.

Lokasi hangat yang hanya kira-kira 200 meter dari masjid berkenaan yang dikenali sebagai ‘dataran romantik’ itu semakin meriah dengan kegiatan berpelukan dan bercium secara terbuka pasangan kekasih terutama selepas solat Maghrib, setiap hari.

Bukan itu saja, adegan memberahikan sehingga terlupa azan Maghrib dan Isyak dilaungkan itu seolah-olah mengasyikkan pasangan terbabit untuk terus memainkan peranan bagi memuaskan nafsu masing-masing di depan khalayak, termasuk kanak-kanak yang mengunjungi kawasan itu.

Malah, bagi pasangan kekasih yang sudah ‘khayal’, mereka tidak segan silu beralih angin bagi meneruskan adegan seks sama ada di dalam kereta atau bergerak ke flet yang disewa pasangan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Kegiatan tidak bermoral dan menjijikkan itu didedahkan sumber Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) kepada Harian Metro, yang mengakui kegiatan itu dilakukan pasangan kekasih berusia antara 19 hingga 28 tahun dan tidak kurang enam surat hadir dikeluarkan pada pasangan terbabit setiap hari.

Menurutnya, kegiatan pasangan kemaruk seks itu boleh dilihat hampir setiap hari apabila mereka menjadikan kawasan sekitar masjid berkenaan sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan tidak senonoh secara terbuka.

“Pasangan ini datang dengan menaiki kereta mewah seperti Mercedez Benz dan Honda sebelum berpura-pura menjadi pelancong dengan melakukan aktiviti ringan, termasuk mengambil gambar pasangan masing-masing.

“Mereka akan mencari lokasi ‘panas’ sebelum duduk berdua-duaan dan perlahan-lahan memulakan adegan ringan diikuti berpelukan dan bercium dengan penuh ghairah secara terbuka,” katanya, semalam.

Sumber itu berkata, kegiatan maksiat secara terbuka di depan masjid itu berlarutan sejak beberapa bulan lalu, malah walaupun dipantau setiap hari, pasangan kemaruk seks tetap menjadikan dataran itu sebagai lokasi pemanas badan.

Beliau berkata, kebanyakan pasangan terbabit dipercayai bertugas dengan syarikat swasta dan kakitangan kerajaan berhampiran dan memberikan pelbagai alasan apabila didekati penguat kuasa.

“Kami terpaksa menggertak mereka dengan surat hadir kepada pejabat bagi mendapatkan penjelasan mengenai maksiat yang dilakukan secara terbuka dan memberikan tempoh dua hari untuk hadir di pejabat untuk diambil keterangan.

“Apa yang pasti, sama ada pasangan berkelakuan tidak senonoh ini ditarbiah atau didakwa di mahkamah syariah bergantung kepada penjelasan yang mereka berikan.

“Bagaimanapun, bagi pasangan yang ingkar dengan surat hadir itu, pihak berkuasa tidak mempunyai pilihan selain mengeluarkan waran tangkap,” katanya.

Selain itu, katanya, ada antara pasangan yang diberikan surat hadir itu seolah-olah tidak mengetahui mereka melakukan maksiat di depan masjid.

“Apa yang menyedihkan, ada pasangan yang tidak menyedari mereka berkelakuan tidak senonoh berhampiran masjid kerana dipercayai asyik dan khayal dengan pasangan masing-masing.


“Perbuatan tidak bermoral ini sepatutnya tidak berlaku di kawasan berhampiran masjid yang menjadi tumpuan umat Islam menunaikan solat,” katanya.

Bukan itu saja, katanya, ada pasangan yang terus melakukan pelukan dan bercium walaupun berhampiran mereka ada kanak-kanak yang mengunjungi tempat itu bersama ibu bapa mereka.


Sumber itu berkata, beliau hairan mengapa kawasan itu terus menjadi lokasi maksiat pasangan kekasih walaupun pemantauan pihak berkuasa dilakukan hampir setiap hari.

“Kami percaya, pasangan terbabit beranggapan mereka bebas berpelukan dan bercium berhampiran masjid kerana yakin pihak berkuasa akan terperangkap dengan anggapan lokasi berkenaan lazimnya bebas daripada kegiatan tidak senonoh.

“Berdasarkan, anggapan itu, pasangan terbabit tidak segan silu melakukan perbuatan tidak senonoh kerana yakin tidak ada pihak berkuasa yang memantau mereka,” katanya.

Bagaimanapun, sumber berkata, berdasarkan kepada peningkatan pasangan yang melakukan maksiat itu, pemantauan pihak berkuasa dipertingkatkan bagi menahan pasangan terbabit sebelum mereka melakukan perbuatan yang lebih buruk.






Rabu, 28 Oktober 2009

Susahnya Menjaga Hati

Bukan mudah menahan marah apabila orang marah kepada kita Atau orang membuat kesalahan kepada kita



Bukan senang tidak bertindak balas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita


Sedangkan mereka menyusahkan kita, kita menderita dibuatnya.


Tidak mudah menahan perasaan hati tidak berbunga ketika ada orang memuji kita


Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan hati bahawa kita tidak layak menerimanya?


Tidak mudah, tidak mudah, biasanya hati sedap rasanya






Apabila kita berhadapan dengan orang serba istimewa, ada yang kaya, berjawatan tinggi,


tinggi ilmunya sedangkan kita orang biasa sahaja, jiwa tidak rasa hamba?


Biasanya kita inferiority complex dibuatnya, malu pun ada


Bolehkah kita buat selamba aja, tidak terasa apa-apa?


Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan sentiasa, takut dan cinta


Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya yang lain tidak erti apa-apa.


Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala?


Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya


Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia


Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita


Bahkan biasanya selalu sahaja jahat sangka dengan Tuhan yang melakukannya


Hati kita rasa tidak patut Tuhan menyusahkan kita.


Begitu jugalah kalau kita orang istimewa, berilmu, berjawatan tinggi, kaya!


Biasanya megah datang tiba-tiba, sombong pun berbunga, mulalah kita menghina


Hidup kita pun mulalah berubah, ramai beragama lupa agama


Kalau dahulu boleh bergaul dengan orang biasa, sekarang kawan kita golongan atas sahaja


Hendak bergaul dengan orang biasa seperti dahulu rasa jatuh wibawa


Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan.


Minda Guruku



Gambar Oleh: Perfect Stranger

Selasa, 27 Oktober 2009

Pejuang Dahulu Dan Pejuang Sekarang

DAHULU Rasulullah SAW dan para Sahabatnya berjuang



Disajikan dengan lemparan batu dan debu


Hari ini selepas berjuang disaji dengan daging,


ayam dan nasi beriani


Mereka berjuang dihalau orang dan dibuang orang


Ada orang kita berjuang menghalau orang


Melempar orang, memenjarakan orang


Pejuang-pejuang dahulu disakiti


Pejuang-pejuang sekarang menyakiti orang


Pejuang-pejuang Islam dahulu berkorban


Harta-harta mereka diinfakkan


Pejuang-pejuang sekarang membuat harta


Bahkan menipu harta negara dan rakyat jelata


Pejuang-pejuang dahulu menutup aurat


Pejuang-pejuang sekarang mendedahkan aurat


Pejuang-pejuang sekarang menggalakkan membaca Al Quran


Kalau dahulu menggalakkan mengamalkan isinya


Pejuang-pejuang dahulu musafir dan mengembara


kerana berdakwah


Pejuang-pejuang sekarang musafir dan mengembara


Kerana ekonomi dan mencari makan


Pejuang-pejuang dahulu berukhwah


Pejuang-pejuang sekarang berpecah-belah dan berbalah


Tapi masing-masing mengaku konon memperjuangkan Islam


Atau mengaku memperjuangkan keadilan


Berapa lama lagi mereka ini mahu tipu orang?


Allah tidak akan membiarkan berlama-lama menipu orang



Lambat-laun Allah akan buka tembelang

Minda Guruku

Gambar Oleh NoorIslam.net

Isnin, 26 Oktober 2009

Derma Wang Pos



Status Program Derma Wang Pos



Oleh


Zaharuddin Abd Rahman


 Sumber :www.zaharuddin.net






SOALAN


Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5.00 setiap satu dan enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima 'di atas' kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas daripada kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5.00 daripada ahli di bawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos yang diterima yang berjumlah beratus-ratus ringgit.


Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut? Pelaburannya cuma RM30.00 tetapi pulangannya agak lumayan. Ia juga adakalanya dinamakan sebagai ta'awun atau tolong menolong.


JAWAPAN


Setelah membaca penerangan saudara di atas. Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan.


Ini kerana rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah: -


• Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui


• Pelabur


• Pengusaha


• Bisnes yang halal / Pekerjaannya


Antara syarat sahnya pula :-


• Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.


• Tiada jaminan modal selamat.


• Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.


Jika dilihat, salah satu rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musyarakah adalah mestilah mempunyai satu perniagaan yang halal serta terbuka kepada untung dan rugi.


Dalam kes yang dirujuk saudara, duit pelabur (peserta iaitu dalam bentuk wang pos itu) adalah untuk melabur dalam perniagaan itu..tetapi tiada perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, 'pelaburan' atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? apa produknya? mana pula "profit sharing ratio" nya? ..maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.


Menjual pusingan ahli yang menyertai dan sistem piramid adalah tidak diterima oleh Islam walaupun ia cuba berselindung di sebalik nama ‘ta'awun' (kerjasama), sedeqah, tolong menolong dan sebagainya.


ELEMEN RIBA


Selain itu, proses ini juga mempunyai elemen riba di dalamnya, ini adalah kerana setiap pihak yang ‘menderma' memasuki sistem dengan niat, harapan serta janji oleh pihak pengurusan bahawa mereka mendapat derma berbentuk wang dengan nilai yang lebih banyak dari apa yang diberinya.


Di dalam Fiqh Islam, seseorang yang menderma tidaklah boleh mensyaratkan kepada penerima atau mana-mana pengurus sistem untuk mengembalikan sejumlah wang semula kepadanya, khususnya yang lebih besar. Jika ini berlaku, sifat hadiah tadi akan berubah kepada daripada hadiah yang biasa kepada ‘hibah at-thawab' atau ‘hadiah bersyarat pulangan' (hibah bisyarti ‘iwad) yang mana keadaan ini akan mengubah sifat kontrak asal derma iaitu ‘tabarru'at' kepada sifat jual beli iaitu ‘mu'awadah maliah'.


Apabila ia telah berubah menjadi sifat jual beli, Islam mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya dan bertangguh pula. Selain itu, sifat jual beli mewajibkan agar semua rukun dan syaratnya ditepati dan jelas seperti subject matter, tempoh, nilai, pihak yang bertransaksi dan lain-lain.


Dalam program derma wang pos ini, kebanyakannya tidak diketahui, seperti bila tempoh dapat semula wang, berapa nilainya, siapa pihak di sebelah sana yang sedang berurusan dengannya dan banyak lagi. Hasil dari itu, konsep ta'awun atau banu membantu melalui sistem wang pos piramid ini tergolong dalam kategori yang bermasalah dari sudut rukun jual beli dan juga jatuh dalam kategori riba.


ELEMEN JUDI, GHARAR DAN MAKAN HARTA SECARA BATIL.


Selain dari tergolong dalam kategori riba atau syubhat riba, ia juga mempunyai elemen judi kerana peserta tidak pasti wang yang telah diderma akan mampu membawa pulangan wang yang lebih banyak atau tidak di kemudian hari, namun harapannya sentiasa berkobar untuk mendapat ‘derma' yang lebih banyak. Tatkala itu, definisi judi, spekulasi dan gharar, ketiga-tiganya wujud di dalam permainan ini.


Berdasarkan huraian sahabat besar, Ibn Abbas r.a semasa menghuraikan ayat dari surah An-Nisa:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا


Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." ( An-Nisa : 29)


Beliau menafsirkan salah satu dari erti makan harta secara batil, palsu dan tidak sahit adalah


أخذ المال بغير عوض


"mengambil harta tanpa sebarang balasan kerja yang setimpal" (Rujuk Tafsir at-Tabari, Ar-Razi)


Selain itu, terdapat juga athar yang disandarkan kepada Ibn Abbas dimana beliau berkata


"Riba adalah setiap hadiah yang mensyarat pulangan lebih besar dari pemberiannya" (Al-Jami' fi Usul al-Riba)


Imam Fakhruddin Ar-Razi menambah penjelasan di dalam kitab tafsirnya dengan berkata :


أن الربا يقتضي أخذ مال الإنسان من غير عوض، لأن من يبيع الدرهم بالدرهمين يحصل له زيادة درهم من غير عوض


Ertinya : Sesungguhnya riba ia beerti mengambil harta manusia tanpa sebarang timbale kerja atau nilai, sebagaimana seseorang yang menjual satu wang dirham dengan mengambil dua dirham, si penjual memperolehi tambahan satu dirham tanpa sebarang perantara kerja dan nilai tambah (Rujuk Tafsir Al-Kabir dalam tafsir ayat 29 surah An-Nisa)


Maka inilah sifat program derma wang pos, yang jelas jatuh dalam erti mengambil harta orang lain tanpa kerja yang setimpal, pemberian yang setimpal. Program ini amat sama dengan tabiat Riba, iaitu wang dipaksa melahirkan wang yang lain tanpa sebarang perantara aset dan kerja yang menambah nilai kepada ekonomi setempat.


Itu berlaku apabila wang diderma dan mengharap pulangan derma dari yang lain kepadanya. Apakah nilai pertumbuhan yang dihasilkan selain menambahkan ketamakan dan menghilangkan pahala dari sesebuah derma? Bukankah itu sama sahaja dengan sifat riba?, sama seperti meminjamkan wang dan menerima pulangan yang lebih darinya tanpa sebarang kerja yang setimpal dan tiada pula aset yang diniagakan.


Ringkasnya, sistem derma wang pos atas apa juga nama adalah sama seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di dalam sistem. Daripada bentuk yang saudara berikan, ia jelas diharamkan oleh sebab, syubhat riba, elemen judi, gharar dan juga makan harta secara batil.


Sekian



Zaharuddin Abd Rahman


www.zaharuddin.net

Jumaat, 23 Oktober 2009

Halal Zina, Arak...

PUTRAJAYA: Segelintir artis tersohor tanah air yang didakwa terpengaruh dengan ajaran sesat disebarkan ‘guru ghaib’ mereka, dipercayai menjadi tali barut menyebarkan ajaran pelik yang antara lain menghalalkan mereka melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk bersekedudukan, berzina dan meneguk minuman keras.

 
Penyebaran ajaran yang dengan jelas memperlekehkan hukum Islam itu bukan saja dilakukan di kalangan artis veteran, malah membabitkan artis baru yang begitu teruja mahu popular di kalangan peminat dengan melakukan perbuatan yang sebenarnya boleh merosakkan masa depan mereka.

 
Aktiviti terkutuk artis terbabit yang kebanyakannya memang selesa dalam ‘zon maksiat’ dilakukan secara sulit dengan mendekati rakan artis yang mudah dipengaruhi terutama mereka yang menjadikan kerjaya lakonan dan nyanyian sebagai sumber pendapatan utama.

 
Kumpulan artis terbabit memang berniat menyesatkan rakan seperjuangan selain merosakkan akidah mereka dengan mengumpan kononnya mahu mempermudahkan ajaran Islam mengikut selera ‘guru ghaib.’

Artis terbabit juga dikesan gemar mengadakan majlis tahlil dan kenduri, tetapi aktiviti itu sebenarnya diadakan semata-mata untuk berdiskusi mengenai ajaran ‘guru ghaib’ bagi mengaburi mata artis lain kononnya mereka membawa ajaran benar.

 
Pendedahan mengejutkan itu dilakukan penceramah, artis dan pengacara rancangan televisyen, Akhil Hayy, yang mengakui artis ‘tali barut’ ajaran sesat itu nampak baik dan alim pada luaran, tetapi sebenarnya mereka penyebar ajaran sesat.

 
Menurutnya, artis terbabit membawa ajaran pelik, termasuk memesongkan ajaran al-Quran dengan membenarkan maksiat dilakukan dalam kehidupan harian.

“Ajaran yang dibawa artis yang sudah selesa dalam zon maksiat itu tidak melarang artis bersekedudukan dengan suami atau isteri orang lain, termasuk artis remaja lain yang beria-ria mahu dikenali ramai sehingga terpedaya melakukan perbuatan tidak bermoral.

 
“Sebenarnya, kegiatan ini memang wujud dan ia dilakukan segelintir artis yang sudah ada dalam zon maksiat dan mahu maksiat yang mereka lakukan diikuti artis lain dengan alasan apa saja amalan yang dilakukan sudah ‘ditulis’ Allah.

 
“Mereka mengatakan perbuatan maksiat yang dilakukan sudah ditulis Allah (sejak azali) dan tidak perlu bimbang kerana boleh bertaubat,” katanya.

Akhil yang terkenal dalam rancangan ilmiah terbitan sebuah stesen televisyen berbayar berkata, dia tidak berniat menuding jari kepada sesiapa, tetapi amalan berkenaan hakikat dalam dunia artis yang perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa

 
Tanpa berselindung, Akhil berkata, kegiatan itu dikesan apabila dia sendiri mendekati dan berbual dengan beberapa artis yang menjadi pengikut ajaran sesat berkenaan sebelum mendapati mereka memiliki pegangan dipercayai menyeleweng daripada al-Quran dan hadis serta boleh merosakkan akidah.

“Bukan itu saja, artis terbabit dipercayai menggunakan pegangan pelik itu untuk disebarkan di kalangan artis lain, termasuk artis gemar bersosial yang dikenali pasti mudah dipengaruhi.

“Sebagai contoh, ada artis kononnya alim dalam filem atau drama, tetapi dalam kehidupan sebenar, jiwanya kosong dan artis ini jugalah antara individu yang menjadi sasaran artis ajaran sesat ini,” katanya.

Selain orang awam, Akhil berkata, artis adalah golongan yang menjadi sasaran artis sesat terbabit kerana mereka menjadi ikon masyarakat dan mempunyai agenda supaya perbuatan tidak bermoral artis itu menjadi ikutan masyarakat, terutama remaja.

 
Bagaimananpun, katanya, ada artis yang terpengaruh dengan kehidupan penuh maksiat itu akhirnya insaf dan kembali ke pangkal jalan selepas mendapat hidayah Allah.

 
Tetapi, katanya, apa yang amat ketara, artis sesat terbabit menggunakan kepetahan bercakap dan nama yang mereka ada untuk memberikan ‘bimbingan palsu’ kepada rakan artis lain dengan alasan mendapat ilmu daripada guru ghaib mereka.

 
“Berdasarkan pemerhatian dan perbualan dengan artis terbabit, mereka mendakwa menimba ilmu pelik itu daripada guru tertentu yang sudah jelas menyebar ajaran sesat.

 
“Artis sesat ini sentiasa akur dan taat serta dipercayai tidak akan mendedahkan kaitan mereka dengan guru terbabit kerana pegangan ajaran itu yang tidak membenarkan mereka mempersoalkan apa yang dilaku dan disuruh guru terbabit.


“Artis ini hanya akur dan meneruskan usaha menyebarkan ajaran pelik di kalangan artis kononnya Islam membenarkan maksiat dilakukan dan tidak perlu bimbang perbuatan tidak bermoral dilakukan kerana ada ruang untuk bertaubat kepada Allah,” katanya.

 
Tanpa berselindung, Akhil mempertikaikan kedangkalan artis yang terlalu ghairah mengikut ajaran sesat terbabit, walhal mereka sepatutnya peka dengan kepalsuan ajaran yang disebarkan guru ghaib terbabit.


Sumber: Metro Online

Khamis, 22 Oktober 2009

Tanda Kebesaran Tuhan Pada Diri Engkau

KALAU engkau jadi orang besar



Bukankah tanda kebesaran Tuhan ada pada diri engkau


Ia adalah melambangkan kebesaran Tuhan engkau


Maka mengapa engkau pula yang membesarkan diri


Jika engkau menjadi orang kaya


Bukankah kekayaan Tuhan engkau ada pada diri engkau


Mengapa pula engkau yang berbangga


Sepatutnya engkau malu kepada Allah,


Tuhan yang memperlihatkan kekayaan-Nya


pada diri engkau


Kalau engkau orang yang berkuasa


Ertinya kekuasaan Tuhan nampak dilihat pada diri engkau


Sedikit kuasa dipinjamkan kepada diri engkau


Mengapa pula engkau sombong


dan menggunakan kuasa sewenang-wenangnya


Allah Taala boleh tarik balik kekuasaan itu


pada bila-bila masa


Kalau engkau menjadi seorang yang pandai


Ertinya ilmu atau kepandaian Tuhan itu ada pada diri engkau


Ia menggambarkan ilmu Tuhan diberi sedikit kepada engkau


Tuhanlah yang memandaikan engkau,


engkau yang kena pandai


Sepatutnya engkau merendah diri kepada-Nya


Bersyukur, memuja, menyembah dan membesarkan-Nya


Engkau tidak akan sombong dengan ilmu itu


Bahkan engkau merasa bertanggungjawab


memberi ilmu itu kepada orang lain



Engkau tidak akan menggunakan ilmu itu


untuk kepentingan diri engkau

Minda Guruku

Foto Hiasan oleh: dragonfly

Rabu, 21 Oktober 2009

Didera , Dirogol,Diliwat



KAJANG: Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.

 
Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.

 
Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.

Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.

 
“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.

“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.

“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.


“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.



Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.



“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.

“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.

Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.


“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.

“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.

“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.




Sumber: Harian Metro

Kita Saling Memerlukan

JANGANLAH merasa kita ini cukup gagah, tidak perlu kepada orang lain. Hingga kerana itu kita menyombongkan diri terhadap orang lain terutama orang yang lebih bawah daripada kita seperti orang yang kita rasakan lebih miskin, lebih bodoh dan rendah pangkatnya daripada kita. Sebenarnya selaku hamba Allah, kita diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan serba lemah dan sangat memerlukan pertolongan atau bantuan daripada orang lain apatah lagi daripada Allah SWT sendiri. Tanpa bantuan-bantuan daripada Allah dan daripada sesama manusia, kita akan mengalami kesusahan dan hina-dina. Mari kita lihat beberapa contoh.



1. Seorang raja atau ketua negara yang menguasai dunia daerah pemerintahan yang luas, dengan rakyat yang ramai dan bala tentera yang besar, sehingga ia ditakuti kawan dan lawan, apakah ia sudah boleh hidup sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain? Jawabnya, tidak! Ia tetap memerlukan bantuan orang lain. Sebab, kalau bukan dengan jasa dan budi orang lain, raja itu akan berada dalam kesusahan dan dalam keadaan lemah.


Istananya yang besar, gagah dan indah itu bukanlah dibangunkan denagna titik peluh tukang bina? Kayu-kayu yang digunakan untuk membangaunkan istana, bukankah diusahakan oleh penebang kayu di hutan belantara? Kayu-kayu itu kemudiannya diproses dan dijual kepada raja untuk dijadikan istana; bukankah pekerjaan itu dilakukan oleh mendapatkan istananya itu, raja telah menerima sumbangan dan jasa yang lebih besar daripada rakyat atau orang-orang bawahan. Mustahil raja terdaya masuk ke hutan uantuk menebang kayu, memproses kayu menjadi papan, kemudian mendirikan istananya seorang diri. Kerana itu raja terpaksa meminta bantuan orang ramai walaupun mereka itu lebih rendah darjat daripadanya. Ertinya ramai orang lain yang terlibat membina istana besar dan tersergam indah itu. Jika tidak mendapat bantuan mereka tentu raja tidak dapat tinggal dia dalam istana yang dibanggakannya itu.


Pengajaran daripada perkara ini ialah sekalipun kita seorang raja, apatah lagi kalau rakyat jelata, kita tetap memerlukan orang lain untuk menolong kita. Kita tidak mungkin boleh hidup sendiri. Sudah banyak kita menerima budi dan jasa orang lain. Bahkan mungkin jasa orang pada kita lebih besar dan lebih banyak daripada apa yang terdaya kita berikan pada mereka. Kerana itu kita sepatutnya merasa malu dan terhutang budi kepada manusia lain lebih-lebih lagi kepada Allah. Sumbangan mereka besar pada tamadun manusia. Seeloknya kita mencari jalan bagaimana untuk membalas budi mereka itu dan mencari jalan bagaimana untuk menghiburkan mereka atau bagaimana untuk menolong memenuhi keperluan-keperluan hidup mereka. Sepatutnya kita muliakan mereka sesuai dengan jasa mereka. Jangan sekali-kali kita sombong dan angkuh terhadap mereka dan membiarkan mereka dalam kesusahan atau meletakkan mereka di taraf yang hina seolah-olah merekalah manusia yang tidak berharga dan tidak berguna apa-apa di dalam kehidupan. Di sisi Allah barangkali darjat mereka lebih mulia daripada kita. Allah berfirman yabg bermaksud:


“Semulia-mulia kamu disisi Allah ialah yang paling taqwa”


(Al-Hujurat: Ayat 31)


Sekalipun kita raja apatah lagi seorang rakyat biasa, sebenarnya kita ini lemah dan serba kurang. Kekuatan dan kehebatan kita adalah hasil pengorbanan orang lain. Tanpa pengorbanan dan kerjasama orang lain, kita tidak mungkin boleh memiliki keistimewaan dan kemuliaan seperti sekarang. Tanpa tukang rumah, kita akan menjadi orang yang tidak ada tempat tinggal, terpaksa hidup berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit.


Tanpa petani, kita ketiadaan beras, sayur-sayuran dan buah-buahan. Tanpa nelayan kita tidak akan berlauk. Tanpa tukang jahit, kita tidak akan berbaju. Tanpa tukang masak, kita akan kelaparan. Tanpa penjual kita tidak ada bekalan makanan. Tanpa pekerja kita tidak akan dapat keperluan hidup yang bermacam-macam jenis dan corak sama ada daripada segi bentuknya, rupa atau kelazatan (kesedapan). Pendek kata hidup kita ini sentiasa bergantung dan bersandar pada jasa dan pengorbanan orang lain. Seorang yang mahu bebas daripada mengharap sumbangan orang lain lebih-lebih lagi dengan Allah pasti akan merasa sangat susah bahkan mungkin akan mati kelaparan. Demikianlah sunnatullah, dijadikan manusia terpaksa merasa perlu kepada manusia lain agar mereka saling merasa terhutang budi dan perlu-memerlukan.


Agar mereka dapat hidup dalam keadaan hormat-menghormati dan berkasih-sayang; janganlah raja memperkecilkan rakyatnya, janganlah orang besar memperkecilkan orang bawah., janganlah si kaya memperkecilkan si miskin, janganlah orang pandai menghina orang bodoh, janganlah ada seorang hamba Allah yang menyombongkan diri pada seorang hamba lain, kerana orang yang diperkecilkan dan dianggap hina itu banyak berjasa kepada kita. Mereka itu sangat kita perlukan dalam hidup kita. Tanpa mereka kita tidak akan merasakan keselesaan dan keistimewaan hidup seperti sekarang.


Ingatlah firman Allah yang bermaksud:


“Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) itu lebih baik daripada mereka yang mengolok-olokkan, dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita yang diperolok-olokkan lebih baik daripada wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah panggilan yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang zalim.”


(Al-Hujurat: Ayat 11)

Gambar Hiasan oleh: Vit Hassan



Firman Allah lagi yang bermaksud:


“Janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan sombong kerana kekuatanmu tidak dapat membelah bumi dan ketinggianmu tidak dapat menyamai bukit.”


(Al-Israk: Ayat 37)





2. Seorang ahli ilmu, bijak pandai, cendekiawan atau pujangga yang bertaraf professor antarabangsa yang fikiran dan ucapannya dikagumi, hasil karyanya banyak dan bertimbun-timbun, peminatnya dari seluruh lapisan masyarakat di dunia ini, apakah dia bebas daripada mengharap dan memerlukan bantuan atau kerjasama orang lain? Apakah dia boleh merasa dirinya luar biasa daripada manusia lain, seolah-olah dia didatangkan dari kayangan? Dan bolehkah dia menyombongkan diri, mendabik dada mengaku kebesarannya hingga orang lain seolah-olah tidak berguna dan tidak diperlukan dalam hidupnya?


Untuk menjawabnya, elok kita tanyakan beberapa soalan: Dari mana asal-usulnya? Adakah dia pandai dengan sendirinya? Di mana dia belajar dan siapakah yang membangunkan tempat pengajian itu? Kepandaiannya untuk siapa dan tulisannya dibawa ke mana? Kertas-kertas tulis dan buku-buku karangannya siapa yang mencetak dan menyempurnakannya? Siapa pula yang menjual, mengedar dan membelinya? Sanjungan yang diperolehinya, dari mana datangnya? Sakitnya siapa yang menguruskan, makan minumnya dari mana diperolehi? Pakaian, tempat tinggal dan kenderaan dari mana didapati?


Sebenarnya, ada manusia yang lebih mulia dan lebih berjasa daripadanya. Yakni ibu bapa dan guru-gurunya. Ibu bapanyalah yang mendidik dan menjadikannya manusia berilmu sedangkan asalnya begitu lemah dan jahil sekali. Lebih-lebih lagi dia terhutang budi kepada Allah SWT.


Allah berfirman yang bermaksud:


“Bukankah telah datang atas manusia satu waktu daripada masa sedangkan dia ketika itu belum merupakan suatu yang dapat disebut? Sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia itu daripada setitis mani yang bercampur. Yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami pun jadikan dia mendengar dan melihat.”


(Al-Insan: Ayat 1-2)


Kemudiannya guru-gurunya yang memperkenalkan alif, ba, ta dan a, b, c, kepadanya. Dan gurulah yang memperkenalkan dunia dan akhirat kepadanya. Kalau bukan melalui guru, bolehkah ilmu datang sendiri? Tentu tidak! Kalau begitu alangkah besarnya jasa guru dan alangkah mulianya guru bagi seorang murid. Seorang professor yang tidak memuliakan guru dan ibu bapanya, bererti ia tidak tahu mengenang budi dan ia adalah professor yang derhaka, professor yang tekah dirosakkan oleh kepandaian dan ilmunya sendiri. Ia patut disedarkan bahawa ibu bapa dan gurunya lebih besar jasa dan lebih mulia daripada dirinya. Kepandaian dan kemuliaan yang diperolehi adalah hasil sumbangan dan pengorbanan ibu bapa dan guru-gurunya.


Firman Allah yang bermaksud:


“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya dan Allah telah mengunci mati pendenagaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (menbiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”


(Al-Jaasiah: Ayat 23)


Seorang professor juga patut sedar bahawa kepandaiannya bukan untuk dirinya. Kalau masyarakat tidak mengiktiraf ilmunya dan tidak mahu belajar daripadanya, dia menjadi tidak istimewa lagi. Dia akan sendirian dan keseorangan. Ketinggiannya adalah kerana diangkat oleh masyrakat. Masyarakat yang menjadikan dia berada di tempat yang istimewa. Tanpa masyarakat dia hanya seorang manusia biasa yang tidak dikenali sesiapa. Kalau begitu, tidaklah boleh seorang professor melupakan masyarakatnya.


Murid-murid juga penting bagi seorang professor. Muridnyalah yang menyebabkan dia jadi guru terkenal dan diminati. Muridnyalah yang membolehkan dia dapat berjasa dan lebih mulia. Tanpa murid, kepada siapa ilmunya hendak disalurkan? Hasil karya seorang professor juga memerlukan pembaca, pembeli, pengedar, pencetak, pembuat kertas, dakwat, dan lain-lain lagi. Mustahil seorang professor dapat melakukan semua itu seorang diri. Bagaimana kalau tidak ada kertas, tiada dakwat, tiada pencetak, penjual, pembeli dan pembaca? Akan berhargakah buah fikiran professor itu? Tentu tidak! Kalau begitu, seorang professor harus sedar bahawa ia tidaklah terlalu istimewa daripada manusia di bawahnya. Tanpa orang-orang itu dia sendiri tidak berharga apa-apa.


Selain daripada itu perlu disedari bahawa gelaran professor itu cuma untuk satu sudut kecil daripada keperluan hidup. Sedangkan hidup ini banyak keperluannya. Yakni makan minum, kesihatan, tempat tinggal, kenderaan, pakaian, kawalan keselamatan dan lain-lain. Yang mana semua itu kita perlu dapatkan daripada orang lain. Kita sendiri tidak dapat mengadakannya. Seorang professor tentu tidak boleh buat roti. Demikianlah dalam keperluan kesihatan, tempat tinggal, kenderaan dan lain-lain. Kita perlukan jasa dan pengorbanan orang lain. Ertinya kita saling perlu-memerlukan.


Pengajaran atau hikmah yang boleh diambil ialah:


Sebagai manusia yang diciptakan oleh Allah, setiap orang pasti memerlukan bantuan. Sama ada daripada Allah atau daripada manusia. Hanya Allah yang tidak memerlukan apa-apa daripada sesiapa pun.


Dalam hidup ini, kita telah banyak menerima budi dan bantuan daripada manusia lain. Kadang-kadang orang yang berbudi itu ialah orang yang kita tidak kenali dan kita anggap tidak bernilai.


Adanya orang kaya dan orang miskin, orang besar dan orang kecil, orang pandai dan orang bodoh adalah rahmat Allah untuk menjadikan kita saling bantu-membantu dan perlu-memerlukan supaya wujud jemaah atau masyarakat. Hidup tidak akan sempurna kalau semua orang pandai dan kaya. Keseimbangan serta keindahan hidup itu hanya akan berlaku kalau ada orang besar dan juga ada orang kecil. Ada tauke, ada kuli, ada orang kaya dan ada orang miskin. Barulah segala keperluan masyarakat akan terisi dan dipenuhi dengan sendirinya.


Perbezaan kebolehan bukan untuk dipertandingkan atau untuk menyombongkan diri atau untuk berbangga-bangga dan berkecil hati serta berhasad dengki. Ia adalah untuk isi-mengisi, sumbang-menyumbang, saling memberi dan menerima dan seterusnya agar masing-masing merasa dirinya diperlukan, dihormati dan dikasihi.


Kehidupan manusia bermula daripada satu ibu dan ayah ini (Adam dan Hawa) sebenarnya umpama satu keluarga besar. Antara satu dengan yang lain berhubung-kait dan terikat sama ada mahu atau tidak mahu. Misalnya pembuat tayar kereta di Eropah, berkait dengan penoreh getah di rancangan tanah Felda, Malaysia. Kalau hal ini dihalusi oloeh tauke tayar, tentu dia akan menziarahi penoreh getah dengan rasa terhutang budi. Seterusnya tauke akan membela penoreh getah tadi agar tidak hidup miskin dan merempat. Demikianlah seterusnya manusia akan saling bela-membela dan ziarah-menziarahi kerana mereka sebenarnya adalah satu keluarga.


Sehebat manapun seseorang, pasti dia memerlukan jasa orang lain. Sehina manapun seseorang, pasti dia sudah berbudi kepada orang lain. Ertinya, setiap orang ada nilai dan harga dirinya di sisi orang lain. Maka tidak patutlah timbul hina-menghina dan pecah-belah.


Seorang raja atau presiden atau perdana menteri atau menteri atau ulama atau professor atau saudagar kaya atau ketua tentera atau apa saja kebesaran yang dimilikinya, dia pasti tidak boleh hidup bersendirian. Apalagilah kalau manusia itu seorang rakyat biasa, petani, nelayan, kerani, buruh kasar dan mereka yang tidak kaya, tidak pandai, tidak mulia dan tidak berjawatan, memanglah memerlukan jasa dan sumbangan orang yang lebih mampu daripadanya. Ertinya, manusia memang memerlukan manusia lain. Mereka saling berkait dan tidak boleh terpisah, seolah-olah terikat dalam satu keluarga yang besar.


Oleh itu tidak sepatutnya kita membiarkan adanya kasta-kasta atau kelas-kelas dalam sistem hidup masyarakat manusia di dunia ini. Tidak sepatutnya raja terpisah dengan rakyat jelata, orang besar terpisah daripada orang kecil, si kaya mengasingkan diri daripada orang miskin dan orang pandai tidak bergaul dengan orang jahil. Sebab antara orang golongan-golongan yang berbeza ini sebenarnya ada kaitan dan hubungan yang begitu penting. Orang besar tidak boleh hidup tanpa orang kecil. Orang kaya tidak boleh hidup tanpa orang miskin. Dan orang pandai tidak boleh hidup tanpa orang jahil. Tauke tidak boleh hidup tanpa buruh. Begitulah sebaliknya.


Kalaulah hal ini diinsafi dan disedari sebenar-benarnya oleh setiap manusia, tiada seorang pun tergamak untuk berlaku sombong dengan orang lain. Sebaliknya, masing-masing rasa rendah diri dan memandang orang lain dengan rasa hormat dan kasih sayang. Raja akan meraikan rakyatnya kerana dengan ada rakyatlah maka dia dijadikan raja. Rakyat pula memuliakan rajanya kerana rajanyalah yang menaungi hidupnya. Tauke-tauke besar akan menyayangi kulinya kerana dari titik peluh kulinyalah dia dapat menjadi tauke. Kuli pula akan sayang pada tauke kerana atas jasa taukelah dia dapat mencari kehidupan. Orang pandai menghormati ornag jahil, kerana dengan adanya orang jahillah dia boleh menggunakan kepandaiannya. Sebaliknya si jahil sangat hormat pada si pandai kerana atas jasa si pandailah dia mendapat ilmu. Demikianlah seterusnya. Alhasil manusia akan hidup bersatu-padu dalam satu susunan hidup masyarakat yang sama rata dan hormat-menghormati serta saling merasa perlu-memerlukan antara satu sama lain. Tidak ada lagi masyarakat super scale, first class, second class, third class dan no class bahkan semuanya senasib. Senasib ertinya masing-masing tidak lepas daripada menerima dan mengharap bantuan orang lain. Senasib juga ertinya tidak lepas daripada dimatikan oleh Allah, tidak lepas daripada Alam Barzakh dan Alam Akhirat serta daripada Syurga dan Neraka. Maknanya manusia semuanya jadi satu kelas, satu hati dan benar-benar bersatu.


Hari ni kesedaran begitu belum wujud dalam masyarakat kita. Tidak ramai yang faham kenapa Allah jadikan orang besar, orang kecil, orang pandai, orang jahil, orang kaya, orang miskin, tauke, kuli, dan lain-lain lagi. Kerana itu manusia tidak sedar yang mereka saling perlu-memerlukan, kait-mengait dan berhubung dengan hubungan yang penting. Apabila hal ini tidak disedari, terjadilah keadaan ketika masing-masing terasa dirinya lebih daripada orang lain. Manakala yang kurang pula rasa hina diri dan hasad dengki. Lalu manusia hidup berantakan, pecah-belah dan tekan-menekan. Tidak ada kedamaian dan kasih-sayang lagi. Kehidupan menjadi begitu tegang dan meruncing. Kebahagiaan di dunia sering terancam, di akhirat lebih-lebih lagi.


Menyedari hakikat ini marilah kita sama-sama merenung dan berfikir untuk mengubah sikap, membaiki keadaan dengan masing-masing memulakan sikap menghormati orang lain sebagaimana mereka menghormati dan mengasihi diri sendiri.


Pernah Sayidina Muaz bertanya kepada Rasulullah, “Bagaimana untuk selamat di hari hisab nanti?”, jawab Rasulullah, “Engkau kasihi orang lain sebagaimana engkau mengasihi dirimu sendiri.”

Minda Guruku



Selasa, 20 Oktober 2009

Bersikap Adillah Terhadap Anak-Anak




Kasih sayang, kebahagian, keadilan, kemuliaan, ketaatan memang dingini oleh semua pihak.Tanpa kesemuannya ini, kehidupan dalam sesebuah keluarga tidak akan aman dan harmoni.


Masyarakat merasa kesal dengan sikap-sikap anak-anak muda pada zaman kini yang memandang ringan terhadap kedua orang tuanya. Masalah lari dari rumah, penyalahgunaan dadah, hidup berfoya-foya, terlibat dengan budaya kuning, tidak hormat pada orang tua, telah memeningkan kepala ibu bapa memikirkannya.


Dimana silapnya? Adakah anak-anak tidak didiki disekolah? Atau adakah anak-anak di biarkan sendirian di rumah tanpa kebebasan? Berbagai-bagai aktiviti kokourikulum dan persatuan telah giat dilancarkan untuk para pelajar berdikari, pandai menggunakan masa dan tidak cenderung kearah melakukan kejahatan. Namun keberkesanan usaha tersebut tidak mendatangkan hasil yang seberapa malah masih berterusan lagi sikap liar anak-anak yang sukar dibendung.


Anak-anak yang dewasa pula, yang telah bekerja, ada yang sanggup menjadikan ibu-bapanya sebagai hamba dirumah. Ibunyalah yang menguruskan urusan rumahtangga seperti memasak, menyuci pakaian, menjaga anak-anak, dengan alasan si anak sibuk keran bekerja diluar. Pendek kata ayah dan ibunya tidak ubah seperti khadamnya. Tidak dikenang langsung jasa dan susah payah ibu-bapa mendidik dan membesarkannya.


Sebenarnya silapnya adalah apabila anak-anak kita dari sejak kecil tidak di didik dengan Islam, tidak kenal dan takut kepda Allah, tidak takut kepada dosa, kepada balasan neraka yang maha dahsyat, dan balasan syurga yang maha indah. Maka tidak hairanlah anak-anak tidak takut menderhakai ibu-bapanya.


Kadang-kadang anak bersungut mengatakan ibubapa meraka tidak adil memberi kasih sayang, dan kata-kata yang tidak wajar diucapkan kepada ibubapa. Ibubapa yang pemarah akan melenting, memaki hamun dan menghalau anaknya dari rumah. Ucapan yang terkeluar, “anak tak sedar diri, kurang ajar, sudah besar pandai melawan orang tua. Tak kenang jasa membesarkan mereka.” Sepatutnya kita renung diri kita: Benarkah kita sebagai ibubapa telah memberikan sepenuh keadilan kepada anak-anak menurut apa yang dituntut dalam Islam?


Ibu-bapa yang adil akan menunaikan amanah Allah itu penuh dengan tanggungjawab. Anak-anak dididik dengan ilmu tauhid supaya tidak mempersekutukan tuhan, mengikut sunnah Rasulullah SAW, berbuat baik kepada ibubapanya, mendirikan sembahyang, mengerja kebaikan, meninggalkan kejahatan dan sentiasa mengharapkan bantuan dan pimpinan Allah dalam masa membesar dan mendidik mereka.


Kasih sayang


Dalam soal kasih sayang, ibu bapa tidak seharusnya tidak mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak tertentu sahaja. Misalnya anak yang mempunyai kelebihan seperti bijak, cantik, ramah, pandai mengambil hati orang tua, maka ia akan menjadi anak kesayanagan. Walhai ini menimbulkan rasa iri hati dan tidak puas hati dikalangan anak-anak lain. Akibat dari sikap tidak adil ini, anak-anak yang terlibat akan merasa rendah diri dan akan terbawa-bawa sikap ini hingga mereka besar.


Bagi anak-anak yang dididik secara adil, mereka akan meletakkan kasih sayang dan cinta itu hanya kerana Allah. Kasih sayang terhadap ibu bapa dan saudaranya adalah kerana Allah. Tidak timbul soal merebut kasih sayang dan menuntut keadilan dari ibu bapa dan orang lain.


Sebagian ibu bapa pula merasa sudah selesai tanggungjawabnya dalam mendidik anak-anak dengan memberikan segala kemewahan duniawi kepada anak anak. Mereka mengharap anak-anak akan mengenang semuanya itu dan memberi sepenuh ketaatan kepada mereka sehingga ke akhir hayat. Namun anak-anak yang dididik dengan cara inilah yang lebih banyak melawan orang tua dan tidak mengenang jasa.


Kita bersusah payah membesarkan anak-anak dari kecil hingga dewasa. Tetapi bila dewasa, mereka menderhakai kita pula. Sudahlah didunia kita menderita dengan telatah anak-anak yang tidak berakhlak, di akhirat lebih-lebih lagi sengsara dengan azab Allah kerana membiarkan anak-anak tanpa dididikan agama sepenuhnya.


Meletakkan sesuatu itu sesuai pada tempatnya, itulah keadilan. Bagi ibu bapa, mereka bertanggungjawab membimbing dan mendidik anak-anak menuju ke jalan yang diredhai Allah dengan sempurna. Dalam soal makan minum misalnya, janganlah apa saja yang anak kita kehendaki, kita beri sama ada halal atau haram, ataupun syubhat. Ini penting kita awasi kerana kalau anak-anak terlibat dengan makanan yang tidak halal sehingga makan itu sebahgian besarnya menjadi darah daging mereka, maka apabila dewasa, hatinya akan cenderung kearah kejahatan.


Apabila memarahi anak-anak, hendaklah marah kita bertempat. Misalnya anak kita umurnya 10 tahun masih tidak mahu sembahyang, kta wajib memarahinya dan boleh memukulnya. Jika dibiarkan kita bukan ibu-bapa yang adil. Hadis rasulullah bermaksud:


“apabila anak kamu tujuh tahun maka suruhlah dia sembahyanag. Apabila sampai umurnya 10 tahun umurnya, kalau tidak mahu sembahyang, maka pukullah ia. Asalkan jangan sampai cacat.”


Disamping menanamkan rasa tauhid dalam jiwa anak-anak, mengenal Allah dan Rasul, mengenal seluruh isi alam ciptaan Allah, mereka perlu diajar untuk mengenal diri mereka sendiri. Kanak-kanak lelaki berbeza dengan kanak-kanak perempuan dari segi emosi, fizikal dan psikologinya. Bentuk dan cara didikan hendaklah berbeza. Anak lelaki perlu dididik kearah seorang lelaki yang bertaqwa manakala anak perempuan perlu diajar agar menjadi wanita solehah.


Kanak-kanak lelaki perlu dilatih supaya bersikap berani, tegas dan penuh disiplin dalam hidup. Kanak-kanak perempuan perlu memiliki sifat pemalu, lemah lembut, peramh, sopan-santun dan pandai mengatur rumah tangga.


Bentuk permainannya juga hendaklah berbeza-beza supaya melahirkan jiwa seperti jiwa yang dikehendaki tadi. Sekiranya diberi anak-anak lelaki bermain dengan anak patung, nanti jiwanya bersifat manja seperti perempuan. Anak-anak perempuan jangan diberi permainan kasar seperti kereta perang, pistol, senapang, yang hanya menyebabkan jiwanya gemar memberontak dan bergaduh.


Besar sekali ganjaran bagi ibu-ibu yang sentiasa sabar dan redha dengan ragam anak-anak. Ibu-ibu akan dapat pahala jihad jika mealkukan semua ini kerana Allah, dengan penuh adil dan ikhlas. Allah akan campakkan rasa kasih sayang dan hormat dalam hati anak-anak terhadap kedua ibu bapanya.


Bagi sudah yang terlanjur, sukar untuk dididik melainkan doa ibu bapa yang keinsafan dalam diri sendiri. Yang masih putih bersih, hendaklah kiat corakkan dengan syair islam agar generasi akan datang merupakan generasi yang berakhlak mulia, beriman dan bertaqwa, insyaAllah.


Minda Guruku



Isnin, 19 Oktober 2009

Lupa Tuhan



Gambar Hiasan: Fernando Top

Apabila manusia banyak lupakan Tuhan



Syariat Tuhan dilanggarnya


Siang dan malam, maksiat dan kemungkaran


Dilakukan di bumi Tuhan


Maka kemurkaan Tuhan pun datang


Untuk menghukum manusia yang sudah durhaka kepada


Tuhan


Maka Tuhan pun datangkan berbagai-bagai bala bencana


Untuk mengazab manusia yang sudah durhaka dengan Tuhan


Tuhan lakukan sesama manusia


perkelahian dan peperangan


Tuhan lakukan bencana alam


yang berbagai-bagai bentuknya


Untuk menyusahkan manusia


yang sudah durhaka kepada Tuhan


Bah, banjir, gunung api meledak


Gempa bumi terjadi, tsunami berlaku


Memusnahkan manusia, harta dan pembangunan


Berlaku accident di udara, di jalan raya, dan di


lautan


Dan perkara-perkara itu terus Tuhan lakukan


Selagi manusia tidak kembali kepada Tuhan


Tetapi kita heran


Sepatutnya malapetaka itu terjadi


Disebabkan kemurkaan Tuhan,


Sepatutnya para pemimpin Islam dan ulama-ulama


Mengingatkan manusia kembali kepada Tuhan


Dan manusia bertaubat sungguh-sungguh kepada Tuhan


Agar kemurkaan Tuhan reda semula kepada insan


Tetapi tidak ada seorang pemimpin Islam


Dan ulama-ulama Islam mengingatkan


Agar manusia kembali merujuk kepada Tuhan


Agar bala bencana itu yang menyusahkan manusia


Dihentikan oleh Tuhan


Bukankah Tuhan telah menyebut didalam Al-Quran


Umat-umat dahulu dimusnahkan Tuhan dengan


berbagai-berbagai cara


Untuk menghukum mereka agar mereka kembali Tuhan


Sepatutnya pengajaran didalam Al-Quran itu


Diambil oleh manusia sebagai pengajaran


Dan para pemimpin-pemimpin Islamlah


Dan ulama-ulama Islam


Mengingatkan manusia yang durhaka kepada Tuhan


akan Tuhan datangkan berbagai bencana


Seperti apa yang Tuhan lakukan


Kepada umat-umat yang dahulu yang diceritakan oleh


Al-Quran


Moga-moga dengan peringatan oleh pemimpin-pemimpin


Islam


Dan ulama-ulama Islam dapat mengingatkan manusia


Terutama orang-orang Islam agar mereka kembali kepada


Tuhan


Kalau tidak azab Tuhan itu akan berlaku berpanjangan


Itu azab Tuhan, baru di dunia sudah tidak tahan


Kalau manusia itu terus melupakan Tuhan


Azab di akhirat sedang menunggu lebih dahsyat lagi,


Makin tidak tahan


Dan berkekalan, lagilah tidak tahan


Disini menunjukkan pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama


Ikut juga didalam kelalaian


Di waktu ummat dan rakyat


Didalam kelalaian dan kecemasan


Mereka tidak mendapat panduan dan ajaran


Dari pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama


Maka rakyat dan umat terbiar


Didalam kebingungan dan ketakutan


Begitulah para pemimpin-pemimpin dan ulamak-ulama


Ikut lalai seperti orang kebanyakan

Minda Guruku



Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin