Hidayah adalah satu perkara yang sangat berharga
kerana dari sanalah sebagai titik tolak seseorang
itu masuk Islam.Kemudian dari situ terus dia
berusaha untuk mendapatkan iman serta lain-lain
lagi yang ada di dalam ajaran Islam.Atau seseorang
Islam itu telah terbuka pintu hatinya untuk
beramal maka dari situlah dia berusaha untuk
beramal maka dari situlah dia berusaha untuk
mempelajari ilmu Islam dari sumber Al Quran
dan Hadis serta mengamalkannya.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk
memberi hidayah kepadanya nescaya Dia melapangkan
dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.” (Al
An’am: 125)
Kalau seseorang yang belum Islam, belum mendapat
hidayah ertinya hatinya belum terbuka untuk menerima
Islam atau masuk agama Islam. Begitu jugalah seseorang
yang berketurunan Islam, jika hidayah belum didapati
ertinya hatinya tidak akan terbuka untuk beramal dan
memperjuangkannya.
Setelah berusaha mempelajari dan setelah hati
terbuka untuk beramal maka selepas itu mungkin akan
mendapat taufik dari Allah Taala. Ertinya apa yang diamalkan
itu tepat atau berbe-tulan dengan kehendak Allah Taala.
Maka sempurnalah Islam
seseorang itu kerana seluruh amalan telah bergabung
seseorang itu kerana seluruh amalan telah bergabung
di situ diantara hidayah dengan taufik. Walau bagaimanapun
setakat hidayah itu pun sudah merupakan satu anugerah
yang sangat berharga dari Allah Taala yang Maha Pemurah.
Ini kerana dari hidayah itu pintu hati telah terbuka menjadi
seorang Islam, atau seorang Islam telah terbuka pintu hatinya
untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran Islam.
Oleh kerana hidayah satu benda yang berharga, bukan
semua orang mendapatnya atau memperolehinya.
Walau bagaimanapun,untuk mendapat hidayah ada
bermacam-macam sebab atauada berbagai-bagai cara
yang tidak sama di antara satu sama lain. Di bawah ini
saya senaraikan beberapa sebab seseorang itu
mendapat hidayah iaitu:
mendapat hidayah iaitu:
1. Mereka lahir di dalam keluarga yang beragama,
maka mereka mendapat didikan secara langsung dan
praktikal daripada suasana keluarga. Orang ini agak
bernasib baik.
2. Mereka yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan
kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka
kepada kebaikan dan kebenaran. Mereka terus mencari
dan mengamalkan. Golongan itu amat sedikit. Ini adalah
pemberian Allah secara wahbiah.
3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa
golongan atau kelompok yang beragama Islam dan
mengamalkan syariat manakala dilihat kehidupan
mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.
4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran,
mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan
serta melihat- lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai
agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan itu
maka akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran itu.
5. Golongan yang mendapat pendidikan Islam, mendengar
ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis
majlis agama maka mereka sebahagiannya mendapat
petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.
6. Golongan yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya
jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa
bencana alam dan lain-lain lagi. Di situ dia sedar dan
insaf. Lantaran itu dia kembali mendekatkan diri kepada
Allah SWT.
7. Ada golongan yang mendapat kebenaran kerana
Allah beri mereka mengalami alam kerohanian
seperti mimpi melihat alam Barzakh, mimpi melihat
orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab
atau melihat Kiamat atau Allah perlihatkan kepadanya
pokok sujud, pokok bertasbih, dan lain-lain lagi benda
yang ajaib. Selepas itu mereka pun kembali kepada kebenaran.
8. Ada orang yang sedar setelah melihat ada golongan
atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat,
rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah,
harta banyak tapi kehidupan keluarga itu sentiasa
porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang
tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri,
ukhwah tiada. Maka dari peristiwa itu mereka
sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup di dunia
lagi tidak menjamin mendapat kebahagiaan, apatah lagi di
Akhirat kelak.
sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup di dunia
lagi tidak menjamin mendapat kebahagiaan, apatah lagi di
Akhirat kelak.
9. Ada golongan yang mereka sendiri alami kehidupan mewah,
serba ada, apa hendak dapat, pangkat ada, duit banyak,
namun kebahagiaan tidak dirasai. Hidup di dalam keluarga
porak-peranda. Lantas mereka insaf dan sedar, akhirnya
mencari jalan kebenaran.
10. Ada golongan yang dapat petunjuk kerana ada orang
yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya,
lantas doanya dikabulkan oleh Allah. Maka Islamlah dia,
seperti kisah Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk
kerana doa Rasulullah SAW.
Minda Mujaddid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan