Sumber artikel: Kelab perantaujeli.wordpress.com
Jika anda inginkan keberkatan pada gaji bulanan dan keluarga atau keberkatan pada harta keseluruhannya maka saya akan menceritakan beberapa bentuk kisah benar tentang keberkatan ini:
Jika anda inginkan keberkatan pada gaji bulanan dan keluarga atau keberkatan pada harta keseluruhannya maka saya akan menceritakan beberapa bentuk kisah benar tentang keberkatan ini:
1. `Abdullah, seorang pegawai dengan gaji bulanan 4000 Riyal menghadapi pelbagai masalah kewangan dan hutang. Beliau bercerita: Saya menyangka bahawa saya akan hidup dalam keadaan ini sehingga mati dan keadaan saya tidak akan berubah buat selama-lamanya. Apa yang paling saya takuti ialah saya akan mati dalam keadaan berhutang yang bertambah pada setiap detik. Keperluan hidup benar-benar menyesakkan saya. Pada suatu hari saya pergi berehat di tempat-tempat orang muda yang mempunyai masalah seperti saya. Tujuan saya pergi ke sana ialah untuk meringankan bebanan diri saya dengan mendengar masalah orang lain. Pada hari tersebut terdapat salah seorang kawan yang saya hormati pandangannya lalu saya mengadukanperihal saya kepadanya. Beliau lalu menasihatkan agar saya mengkhususkan suatu bahagian daripada gaji bulanan saya untuk sedekah. Saya menjawab: “Saya makan pun tak cukup macam mana nak sedekah ?” Apabila saya balik ke rumah saya bercerita kepada isteri saya tentang apa yang berlaku. Isteri saya berkata: “Apa kata kita cuba dan mungkin Allah akan membuka jalan bagi kita.” Saya lalu menjawab: “Oleh yang demikian saya akan mengkhususkan 300 Riyal daripada gaji bulanan untuk sedekah.” Demi Allah selepas itu hidup saya mula berubah. Perasaan lapang mula menyelubungi saya dan saya menjadi sangat optimistik. Selepas dua bulan, hidup saya mula menjadi teratur semula. Saya mengecap barakah dalam gaji saya yang saya tidak pernah temui sebelum ini. Saya mendapat kekuatan pengurusan sehingga saya boleh menjangkakan bila hutang saya akan selesai. Selepas beberapa lama salah seorang saudara saya memulakan perniagaan hartanah dan setiap kali saya mendapatkan seorang ahli syer yang baru maka saya mendapat komisen. Segala puji bagi Allah, saya merasakan bahawa hutang-hutang saya akan habis dalam tempoh yang dekat. Setiap komisen yang saya dapat juga saya tidak lupa memperuntukkan satu bahagian untuk sedekah. Demi Allah, sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengetahui kelebihannya melainkan orang yang telah mengecapinya. Bersedekahlah dan bersabar nescaya anda akan lihat kebaikan dan keberkatan dengan izin Allah.
2. Seterusnya ialah kisah salah seorang Shaikh yang thiqah (dipercayai) yang mengisahkan kisah anak beliau yang sakit. Shaikh ini mempunyai anak berumur 5 tahun. Pada suatu hari dia jatuh sakit. Dia pun membawa anaknya kepada doktor dan doktor memberitahunya bahawa dia sakit teruk dan tidak boleh disembuhkan. Dia akan mati tidak berapa lama lagi. Shaikh yang bertaqwa lagi saaleh ini pun mula berasa sedih yang bersangatan. Dalam kesedihan beliau tiba-tiba terlintas di fikiran beliau sebuah hadith Rasul SallAllahu `alayhi wa sallam: “Rawatilah penyakit kamu dengan bersedekah.” Pada malam tersebut seperti kebiasaan beliau selepas bangun untuk bertahajjud dan berdoa maka beliau memutuskan untuk keluar ke jalan raya untuk mencari orang yang boleh disedekahkan namun tidak ketemu. Cuaca di luar sangat dingin ketika itu dan manusia sedang tidur dalam rumah mereka. Namun beliau bertemu dengan seekor kucing putih lagi comel yang sedang menyusukan anak-anaknya dalam keadaan kelaparan yang bersangatan. Beliau pun segera kembali ke rumahnya dan memberikan kepada kucing tersebut seketul daging dengan niat sedekah kerana Allah. Kemudian beliau pergi ke masjid untuk solat Fajar dan kemudian kembali ke rumah untuk tidur sebentar. Semasa tidur beliau melihat suatu mimpi yang aneh di mana seekor gagak hitam yang besar menyerang anaknya dan cuba menyambarnya dalam keadaan anaknya menangis sambil meminta tolong. Dengan tidak semena-mena datang seekor kucing putih yang menyerang dan mencarik-carikkan gagak tersebut dan budak itu pun terselamat. Shaikh pun bangun selepas itu tanpa mengambil peduli tentang mimpi beliau yang aneh. Seperti kebiasaannya beliau akan membawa anaknya kepada doktor untuk beberapa pemeriksaan dan ujian. Doktor merasa terkejut selepas ujian tersebut dan mengesahkan bahawa anaknya tidak lagi mengalami apa-apa penyakit. Shaikh pun teringat kembali mimpi beliau serta sedekah yang beliau lakukan secara tersembunyi dalam kegelapan malam lalu bershukur kepada Allah atas perkara tersebut. Anak beliau pun membesar lalu menjadi seorang pemuda yang bertaqwa, menghafal keseluruhan Al Qur’an dan memiliki suara yang indah lagi lunak.
Demikianlah saudara-saudari yang dikasihi fillah sekalian. Telah saya ketahui daripada shaikh ini untuk bersedekah secara kerap walaupun dalam nilai yang sedikit lalu saya temui kelegaan selalu dengan izin Allah. Saya berharap agar anda telah mendapat faedah daripada kisah ini dan akan selalu mengingati para fakir miskin selalu. (Diambil daripada kisah-kisah dan pengajaran-pengajaran oleh Al Qattan) 3. Ini merupakan kisah ajaib yang terdapat dalam Kitab Al Birr wa As Silah oleh Imam Ibn Al Jawzi.
Pandangan Abihaiqal:
Sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian,
Pada kali ini saya ingin memberi sedikit maklumat mengenai Khidmat Baitul Mahabbah, saya menyeru kepada diri saya dan Tuan-tuan sekiranya berkesempatan bolehlah terus menyumbang ke rumah kebajikan ini.
Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang) adalah sebuah rumah Kebajikan menempatkan kanak-kanak malang dan kurang bernasib baik yang terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak orang miskin dan sebagainya.Ia di tubuhkan pada awal tahun 2005. Bertempat di No. 29, Jalan 8/8, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor Darul Ehsan.Terdapat lebih kurang tiga puluh orang kanak-kanak dari kalangan anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, warga tua, ibu tunggal dan yang terbiar menghuni disini.Atas dasar kasih sayang yang di tuntut oleh Allah SWT dikalangan kita sesama manusia, anak-anak ini di asuh agar mereka kenal, yakin dengan Allah dan menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendaknya.Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Justeru itu dirumah ini anak-anak ini cuba disuburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah.
RINGKASAN SYARIKAT
Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang) adalah sebuah rumah Kebajikan menempatkan kanak-kanak malang dan kurang bernasib baik yang terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak orang miskin dan sebagainya.Ia di tubuhkan pada awal tahun 2005. Bertempat di No. 29, Jalan 8/8, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor Darul Ehsan.Terdapat lebih kurang tiga puluh orang kanak-kanak dari kalangan anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, warga tua, ibu tunggal dan yang terbiar menghuni disini.Atas dasar kasih sayang yang di tuntut oleh Allah SWT dikalangan kita sesama manusia, anak-anak ini di asuh agar mereka kenal, yakin dengan Allah dan menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendaknya.Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Justeru itu dirumah ini anak-anak ini cuba disuburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah.
RINGKASAN SYARIKAT
NAMA SYARIKAT : KHIDMAT BAITUL MAHABBAH (RUMAH KASIH SAYANG)NO. PENDAFTARAN : SA 0064640 – 4ALAMAT SYARIKAT :NO. 29, JALAN 8/8,BANDAR TASIK PUTERI,48020 RAWANG,SELANGOR DARUL EHSAN.NO. TELEFON : 03-60342593NO. FAKSIMILI : 03-60342593E-MAIL : kbm_2005@yahoo.com.my
OPERASI SYARIKAT :MENGURUSKAN KEPERLUAN UNTUK ANAK YATIM, ANAK-ANAK FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL, WARGA EMAS & ORANG YANG MEMERLUKAN BANTUAN.MENGENDALIKAN PROGRAM MOTIVASI DAN KHIDMAT KAUNSELING.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi kami:
Ustazah Habidah 017-3085667
Ustaz Zailan 016-3313539
Pn. Sakinatul Laila 019-2863214 / 017-3448897
Pejabat 03-67342593
Alamat surat menyurat:Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang),No. 29, Jalan 8/8, Bandar Tasik Puteri,48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
Akaun Bank :MBB 562012003196 KHIDMAT BAITUL MAHABBAH http://rumah-kebajikan-kbm.blogspot.com/
Sumbangan berupa barangan / makanan bolehlah dihantar terus ke tempat kami atau hubungi terus wakil kami seperti yang dinyatakan di atas.Segala sumbangan anda kami dahului dengan ucapan terima kasih agar ianya dinilai di sisi Tuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan