Rabu, 30 Disember 2009

Manusia Hidup Dalam Kepura-puraan.

Zaman ini hidup kepura-puraan telah menjadi budaya



Penyakit kepura-puraan ini hampir semua golongan diserangnya,


tidak ada kecualiannya






Terutama kehidupan orang-orang politik


apatah lagi sangat ketara


Mengajak orang bersatu,


tapi sikap, cara hidup hariannya membohonginya






Membantu orang-orang miskin konon kasihan, dan prihatin


Sebenarnya hendak nama, glamor,


agar disokong di dalam pilihanraya






Para-para ulamak, pendakwah-pendakwah,


nampak lahirnya cintakan Allah dan agama


Tidak dapat juga dielakkan daripada hendak nama dan glamor


Riyak, megah, terbayang di mukanya






Kalau benar kerana Allah dan agama, sikap, hidup harian,


berkeluarga, bekerja, tentu sekali nampak syariatnya


Anak isteri mereka terbiar tanpa pun cintakan Tuhan,


tidak susah hati pun mereka melihatnya






Sepatutnya selepas diri,


anak isterilah yang lebih dahulu dijaga


akidah dan syariatnya






Ahli-ahli ibadah yang rajin datang ke masjid,


sekilas pandang nampaknya ahli ibadah


Tapi nampaknya ibadahnya ala kadar sahaja,


berbual-buallah yang banyak menjadi budaya






Masjid sudah jadi tempat berborak-borak tentang dunia


Rosak pula rumah Allah Taala dibuatnya


Rumah Allah fungsinya telah rosak






Ada golongan tertentu mengajak orang cintakan agama,


bangsa dan negara


Mereka melaungkan slogan di mana-mana






Marah-marah kepada orang tidak cintakan agama, bangsa dan negara


Kalau kita lihat sikap dan tindak-tanduk kehidupan mereka,


kita sangsi pula






Tanda-tanda cintakan agama, bangsa dan negara tidak ada padanya


Kita nilai slogan-slogan mereka kepura-puraan sahaja


Tidak ada buktinya yang nyata






Begitulah seterusnya gotong-royong


di mana-mana sudah jadi budaya


Setengah mereka ikut gotong-royong,


kerana hendak menjaga hati masyarakatnya






Kalau bukan kerana itu,


gotong-royong apa perlunya


Di dalam kepentingan bersama


di dalam masyarakat bersama pun ada kepura-puraan






Setengah orang masyarakat tahu yang dia pura-pura


Tapi dia tidak terasa malu,


kerana sudah ramai manusia yang berlakon begitu,


apa hendak malu






Begitulah hidup kepura-puraan telah menjadi budaya


Minda Mujaddid






Gambar Hiasan: yimss sindhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin