skip to main |
skip to sidebar
Berdakwah Kerana Kewajipan Bukan Cari Makan
Engkau berdakwahkah atau mengambil upah?
Berdakwah kerana Allah bukan mengambil upah
Engkau tawar-menawar dahulu baru berdakwah,
itu bukan kerana Allah
Berdakwah bagi yang pandai adalah kewajipan bukan untuk cari makan
Berdakwah kerana Tuhan bukan cari makan
Kalau berdakwah bukan cari makan
tapi orang beri upah tidak pula satu kesalahan
Tidak malukah bahawa engkau berdakwah itu adalah kewajipan
Ia adalah suruhan Tuhan
Suruhan Tuhan wajib disampaikan
Maka mengapa engkau berdakwah dijadikan gelanggang cari makan
Tidak malukah engkau dengan Tuhan
Cari makan banyak jalan
Bumi Tuhan luas,
berusahalah secara halal di mana-mana pun boleh cari makan
Jangan cari makan dengan ibadah
Ibadah adalah kewajipan
Berdakwah itu adalah satu cabang ibadah
Ibadah kenalah laksanakan
Ibadah tidak boleh dijadikan gelanggang cari makan
Tidak fahamkah engkau akan suruhan Tuhan?!
Kalau tidak faham mengapa tidak cari ilmu pengetahuan
Mencari ilmu pengetahuan satu kewajipan
Kalau engkau faham dua kali kesalahan
Salah kerana melanggar ajaran Tuhan
Satu lagi salah engkau melanggar kerana ada pengetahuan
Tinggalkanlah berdakwah kerana cari makan
Berdakwahlah kerana kewajipan
Itu adalah perintah Tuhan
Gambar oleh: yimss sindhu
Salam,
BalasPadamHari ini ummat tidak memahami cara dakwah yang sebenar, mereka anggap berdakwah itu hal no 2 atau 3 atau 4 dan seterusnya. Perut perlu di isi dulu, wang mesti mau masuk saku dulu, begitulah.. Maka terjadilah seperti sajak di atas ni.. (sajak ke tu?)
Berdakwahlah sebagaimana Nabi dan Para Sahabat berdakwah.. Mereka telah korbankan Diri, Masa dan Harta demi untuk menegakkan Kalimah Allah SWT di atas mukabumi ini.. Hari ini kita seharusnya jadikan kerja Dakwah ini sebagai maksud hidup kita.. Bermulalah dari sekarang...
Salam,
BalasPadamAmat Benar pandangan Tuan! Semoga Allah memberi kita Hidayah dan kekuatan untuk berdakwah!