Dunia dan nikmatnya bukan untuk dicintai,
Ia usaha dibuat untuk kehidupan,
dan kemajuan di dunia untuk sesama manusia,
Dunia dan nikmatnya akan senasib dengan kita,
Kita akan mati,
ia juga fana' dan binasa,
Perkara-perkara untuk kehidupan, selain untuk kita
ia untuk diagih-agihkan di kalangan manusia,
Memberi dan mengagih-agihkan nikmat dunia
untuk keredhaan Tuhan pencipta dunia,
Jika ia kita cintai, amat susah untuk diagih-agihkan sesama,
Mengagihkan nikmat dunia akan lahir kasih sayang sesama manusia,
Dari kasih sayang lahirlah perpaduan,
Kasih sayang dan perpaduan semua orang memerlukan,
Kerana ia boleh membawa keamanan dan kemajuan,
Tidak ada kasih sayang, tidak ada keamanan,
tidak ada perpaduan,
tidak ada kekuatan dan kemajuan,
Oleh itu berusahalah mencari kekayaan dunia
untuk sendiri dan diagih-agihkan,
Bukan untuk dicintai,
untuk dicintai itu adalah Tuhan,
Mengapa kita cintai nikmat dunia yang tidak kekal dan ditinggalkan,
Ia akan senasib dengan kita yang berhadapan dengan kematian dan kebinasaan,
Sepatutnya yang kita cintai itu yang kekal abadi iaitu Tuhan,
Mengapa kita cintai sesuatu yang tidak berkekalan,
Mencintai sesuatu yang tidak kekal,
cinta sekerat jalan,
Mencintai yang tidak kekal,
mencintai sesuatu yang mengecewakan,
Tuhan kekal abadi, mencintai Tuhan cinta berkekalan,
Rupanya selama ini kita telah salah meletakkan kecintaan,
Cinta barang murahan,
kemudian meninggalkan cintakan Tuhan yang Maha mahal
Karya Minda Mujaddid
Gambar hiasan oleh: yimss sindhu
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
-
Saya rasa, mana nama pihak, sila berhati hati bila nak guna nama “Sunnah”
kerana bimbang berdusta atas nama Nabi, yang mana nerakalah tempat bagi
mereka ...
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan