Selamat Datang Ke Blog Pejuang Timur.Marilah Bersama menjadi Abid yang Berjuang.Memperjuangkan kebenaran, Mengulangi Kegemilangan Islam seperti sejarah Rasullullah SAW perjuangkan.
Allah Ta’ala, adalah Tuhan, Ia segala-galanya. Kalau bukan karena Allah, segala sesuatunya tidak akan ada. Dialah Yang Maha Mengadakan dan Maha Mentiadakan.
Allah menciptakan apa saja yang ada di dunia dan akhirat, menjadikan alam yang nyata dan alam yang ghaib, kemudian manusia, haiwan, tumbuhan, dan sebagainya. Setiap makhluk yang Allah ciptakan, masing-masing memiliki sistem kehidupan nya sendiri.
Semua hidup mengikuti peraturan nya masing-masing. Sesiapa saja yang tidak hidup dengan peraturan Tuhan, atau menolak sistem Allah pasti binasa, baik jangka pendek maupun panjang. Kemudian setelah itu, setiap makhluk ciptaan Tuhan sebenarnya tidak pernah lepas dari kuasaNya, ilmuNya, penglihatanNya, pendengaranNya, dan seterusnya.
Jadi walaupun sekecil apapun, tiada satu benda di dunia ini yang berada diluar kuasaNya. Semua ada di dalam genggaman Allah Ta’ala. Sama juga dengan usaha yang dilakukan manusia untuk mencapai sesuatu. Usaha manusia tidak terlepas dari kuasa dan kehendak Allah.
Kalau Allah inginkan dia gagal, maka gagal lah dia, meskipun dia telah berusaha sekuat tenaga. Adapun orang yang misalkan Allah inginkan dia sukses tanpa menempuh sebuah usaha, maka hal itu akan terjadi. Karena kehendak Tuhan itu MUTLAK, tiada siapapun dapat menghalangnya.
Sebenarnya, sifat-sifat Maha Berkuasanya Tuhan yang disebutkan tadi, sudah cukup membuat hati kita gentar. Apakah kita tidak takut dengan kuasa Allah, ketika Allah katakan kita miskin, maka kita akan jadi miskin, kalau Allah katakan kita sengsara, maka sengsaralah kita..
Bukankah hal ini cukup menakutkan? Karena ternyata kita tidak punya kuasa apapun ke atas diri kita sendiri. Bahkan misalkan, kalau Allah mau kita tidak dapat menggerakkan sebelah ibu jari kita, hal itu bisa saja terjadi dengan sangat mudahnya. Itulah kehebatan kuasa Allah Ta’ala. Maha Agungnya Tuhan.
Kita sebagai hambaNya, sehebat, sepintar, sekaya apapun diri kita, kita tetap saja hamba Tuhan. Tugas hamba yang sebenarnya ialah mengabdi dengan Tuannya. Bukankah kita telah berjanji bahwa : “hidupku, matiku dan ibadahku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekelian alam?” Inilah ikrar yang kita ucapkan 5 kali dalam sehari, dalam solat kita.
Bagaimanakah pertanggung jawaban kita dengan Tuhan? Kemudian, kita sebagai hamba Allah sifat fitrahnya, adalah sangat perlu dengan Tuhan. Bohong kalau seorang manusia itu tidak perlu dengan Tuhan. Tuhan adalah fitrah, hal yang sudah pasti diperlukan oleh manusia.
Bahkan orang yang tidak beribadah kepada Tuhan pun, ketika mereka berada dalam kesusahan yang sudah sangat berat, terdesak, yang mereka ucapkan adalah : Wahai Tuhan, tolong aku! Begitulah fitrah setiap manusia, kita sangat perlu dengan Allah, Tuhan kita.
Semestinya kita perlu dengan Tuhan di dalam setiap keadaan. Ketika sakit, sihat, pandai, bodoh, aman, ramai, di setiap waktu, seharusnya kita sangat perlu dengan Tuhan. Jangan anggap kita boleh hidup sendirian, tanpa manusia lain saja kita tidak sanggup, apalagi dengan Tuhan, hidup pun terasa seperti neraka sebelum neraka di akhirat nanti.
Tapi sayangnya, di akhir zaman ini manusia memerlukan Tuhan secara berkala atau bermusim. Manusia kembali kepada Tuhan ketika dirinya sedang ditimpa kesusahan, penderitaan. Ketika saat-saat seperti itu barulah manusia mengadu pada Tuhan.
Ada lagi yang lebih sombong, ketika sudah ditimpa ujian kesusahan pun, ia merasa tetap tidak perlu dengan Tuhan, ia merasa dengan kekuasaan yang ia miliki dapat menyelesaikan penderitaan atau masalah yang menimpa dirinya.. Nauzubillah min zalik.
Seharusnya, rasa diri kita ini memerlukan Allah adalah setiap masa dan setiap waktu. Tidak pandang tempat, keadaan, waktu apapun juga, kita senantiasa perlu dengan Tuhan, Kita perlukan Allah. Di kala kita susah, tidak ada orang yang mau menolong, hanya Allah lah pembela kita, disaat kita kesepian, tidak ada orang mahu menemani kita.
Allah adalah Kawan Yang Maha Setia, ia tidak perlu istirahat, bahkan ketika tidur, Allah lah yang menjaga kita. Allah adalah Tuhan. Ia adalah segalanya. Yakinlah, ketika kita dapatkan Allah, kita dapat segalanya, kehilangan Tuhan kehilangan segalanya. Ia adalah kebahagiaan abadi dan sejati.
Engkau berdakwahkah atau mengambil upah? Berdakwah kerana Allah bukan mengambil upah Engkau tawar-menawar dahulu baru berdakwah, itu bukan kerana Allah Berdakwah bagi yang pandai adalah kewajipan bukan untuk cari makan Berdakwah kerana Tuhan bukan cari makan Kalau berdakwah bukan cari makan tapi orang beri upah tidak pula satu kesalahan Tidak malukah bahawa engkau berdakwah itu adalah kewajipan Ia adalah suruhan Tuhan Suruhan Tuhan wajib disampaikan Maka mengapa engkau berdakwah dijadikan gelanggang cari makan Tidak malukah engkau dengan Tuhan Cari makan banyak jalan Bumi Tuhan luas, berusahalah secara halal di mana-mana pun boleh cari makan Jangan cari makan dengan ibadah Ibadah adalah kewajipan Berdakwah itu adalah satu cabang ibadah Ibadah kenalah laksanakan Ibadah tidak boleh dijadikan gelanggang cari makan Tidak fahamkah engkau akan suruhan Tuhan?! Kalau tidak faham mengapa tidak cari ilmu pengetahuan Mencari ilmu pengetahuan satu kewajipan Kalau engkau faham dua kali kesalahan Salah kerana melanggar ajaran Tuhan Satu lagi salah engkau melanggar kerana ada pengetahuan Tinggalkanlah berdakwah kerana cari makan Berdakwahlah kerana kewajipan Itu adalah perintah Tuhan
SEORANG wanita bersama anaknya menilik nasib sebelum membeli nombor ekor di Kuantan.
Ada ibu bapa Muslim tanpa segan silu bawa anak masuk kedai nombor ekor
KUANTAN: Tidak serik. Biarpun larangan ke atas umat Islam memasuki premis perjudian di Pahang berkuat kuasa 12 Mac lalu selepas mendapat perkenan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, ia seolah-olah tidak memberi sebarang kesan kepada 'tahi judi' di negeri itu.
Sebaliknya, mereka tanpa rasa bersalah atau segan dengan selamba masuk ke premis perjudian, termasuk menilik nasib kerana masih percaya bahawa ia boleh memberi kekayaan sekelip mata.
Mengikut Seksyen 169 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982, umat Islam yang berbuat demikian boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, ia seperti dipandang remeh dan langsung tidak menakutkan segelintir umat Islam di sini supaya menjauhi daripada melakukan perkara yang sia-sia itu. Tinjauan Edisi Timur mendapati ada di kalangan mereka yang mengunjungi premis menjual nombor ramalan di sekitar daerah ini sambil ‘ditemani’ ahli keluarga termasuk anak. Mengulas perbuatan itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Maip), Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, berkata perbuatan bapa membawa anak membeli nombor ekor dianggap keterlaluan. Mereka seolah-olah turut mengheret ahli keluarga untuk sama-sama bersekongkol melakukan perbuatan tidak bermoral sekali gus memberi tanggapan negatif kepada umat Islam lain.
Perbuatan itu seolah-olah mendidik kanak-kanak tanpa sedar kerana gerak-geri orang dewasa akan diperhatikan dan tidak mustahil menjadi ikutan apabila dewasa kelak.
Katanya, seorang bapa sepatutnya menunjukkan nilai murni kepada anak mereka dan bukannya bertindak membawa anak ke tempat yang dilarang bagi mengelak dipengaruhi dan mengikut jejak bapanya apabila dewasa.
“Dalam hal ini, saya kecewa dan berasa terkilan kerana perbuatan itu sememangnya tidak wajar ditunjukkan kepada kanak-kanak yang mudah mengingati perlakuan orang dewasa terutama kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke atas.
“Mereka sepatutnya sensitif dan tidak menunjukkan perlakuan negatif kepada kanak-kanak yang masih mentah dan tidak mengenal dosa dan pahala,” katanya
Namun, Wan Abdul Wahid berkata, jika perbuatan itu berterusan, beliau bimbang kanak-kanak terbabit akan mengikut perbuatan yang dilihat apabila dewasa kelak
“Oleh itu, umat Islam dinasihatkan tidak mengunjungi kedai nombor ramalan yang sememangnya ditegah Islam bagi memastikan mereka bebas daripada perbuatan sia-sia
“Bukan saja haram di sisi Islam, malah wang hasil kemenangan itu sememangnya tidak berkat apabila diberi kepada keluarga terutama isteri dan anak,” katanya.
Sementara itu, seorang pesara, Zakaria Ahmad, 60, berkata beliau amat terkilan perlakuan seorang ayah yang sanggup membawa anaknya memasuki premis terbabit
Katanya, jika sikap seperti itu tidak ditegah daripada awal, beliau bimbang ia menjadi kebiasaan kepada umat Islam, sedangkan membeli nombor ramalan adalah haram.
“Oleh itu, saya meminta pihak berkuasa terutama Jaip mengambil tindakan tegas terhadap orang Islam yang memasuki dan membeli nombor sebagai peringatan kepada individu lain,” katanya.
Bertemu Ahli Syurga?
-
Rasa sayu pagi ini, mendapat khabar Pemberi pinjam dari syurga telah
menghembuskan nafas terakhir.
Alkisahnya, waktu pergi haji hari tu, saya ada masa...
Kopi Dulu..
-
Hai!Selamat hari Isnin. Hari bekerja pertama untuk bulan terakhir bagi
tahun 2024. Waktu sekarang ni tengah waktu bertenang. Jadi saya menikmati
sepenuhnya...
Penyelesaian Mudah Untuk Bantu Palestin
-
Isu peperangan dan kekejaman yang berlaku di wilayah Palestin bukanlah satu
isu baru, tetapi adalah merupakan isu yang telah berlaku secara konsisten
dan...
Jesselton Point
-
Jesselton Point terletak berhampiran Wisma Sabah, dan Hyatt Regency Kota
Kinabalu. Ia merupakan bangunan yang baru diubahsuai untuk dijadikan
terminal f...
Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
-
Kemaraan China perlu diberhentikan. Yang terbaik ialah melalui pilihanraya.
Maka bermulalah era Amerikanisasi di negara ini pasca PRU14
Untuk melihat sej...
Ummi anak 3
-
Diam tak diam dah nak masuk tahun ke 5 perkahwinan dengan suami
Macam-macam ujian dan dugaan
Hal yang manis bersemut pon ada
Suami tak romantik tapi penyaya...
Dunia Baru (Part 3)
-
Masa pendaftaran untuk kemasukkan sekolah menengah harian biasa di
tingkatan 4, saya daftar seminggu lewat sebab jatuh sakit. Jadi, agak lewat
dari pelaja...
Karnival kewangan
-
"Sudah 6 bulan terbelenggu, 6 bulan lagi" Pagi tadi umi beritahu aku ada
karnival kewangan di PWTC yang dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Bila de...
4 Gambar Sekolah Dulu-dulu
-
Assalamualaikum...
Pagi ini ziarah fb Tok Su Kartini Hassan. Ternampak gambar-gambar sekolah
lama tahun 60an.
Tok Su ini adik bongsu arwah nenek @ uwo say...
Kelebihan solat di Masjid
-
Kelebihan Solat di Masjid
BILA SOLAT DI MASJID,
In Sya Allah kita akan perolehi:
1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala ma...
Cara Memperbesar Penis dengan Ramuan Minyak Lintah
-
Entah mitos atau realiti bahwa *minyak lintah* bisa dijadikan bahan untuk
membesarkan penis. Hanya untuk menambah wawasan saja bahwa nenek moyang
kita suda...
Persoalan Tempat Dikeluarkan Zakat Fitrah
-
Di mana sepatutnya seseorang yang wajib fitrah bagi diri dan tanggungannya
mengeluarkan zakat fitrah?
1. Waktu wajib bagi seseorang mengeluarkan zakat fit...
1MDB GST dan Pemilihan PAS
-
*To succeed at the Bar one needs integrity, strong common sense and a good
digestion - Lord Atkin*
Lama tidak menulis. Saya minta maaf. Kesibukan menga...
Pilihan
-
Bismillah..Assalamualaikum..semoga hari ini lebih baik dari semalam,
insyaAllah..
Setiap hari, setiap ketika, setiap masa dan setiap saat kita akan berdepa...
Siapa nak pahala instant ? Jommmmmm! :)
-
Nak dapat pahala? JOM! Senang je kalau nak dapat pahala ni. :))
1) Beri naskhah Al-Quran kepada sesiapa. Setiap kali dia baca kita akan
dapat pahala.
2) D...
Ceramah Di Masjid Daerah Manjung Perak.
-
Pada 14 April 2012, Sabtu telah berlangsungnya siri ceramah Al-Fadhil Ustaz
Hj Zamihan al-Ghari di Masjid Daerah Manjung yang dihadiri oleh ribuan
jemaah....
Real Stories from Egypt
-
*Maidan At-Tahrir, perkarangan terpenting di ibukota Kaherah. Kelihatan
Masjid Ibadur Rahman. Di sebelah kirinya bangunan melengkung, ikon (mercu
tanda) me...
Ayang tak kesian ke...ABANG NI YATIM PIATU TAU..!!
-
Tak kira..!! Abang kena buat jugak..!! Kalau tak, Ayang mogok masak..!!
Masa tu nanti, abang pandai2 ler cari makan sendiri. Nak buat sendiri ke,
nak masak...
- PUASA SUNAT SYAWAL -
-
In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful...
Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household
(Ahlul Bayt)
Menumbuhkan ...
Allah Wujud Tiada Bertempat..
-
Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung
mensyarahkan ayat;
وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف:84
Maksudnya ...