Isnin, 3 Ogos 2009

Kita Hamba Yang Tidak Ada Kuasa


MANUSIA apabila ada kuasa, lupa yang Maha Kuasa
Seolah-olah dia mampu membahagiakan dirinya
Adakalanya orang yang berilmu tinggi, merasa diri luar biasa
Dia merasakan akan bahagia sepanjang masa
Tidak kurang pula orang yang kaya, wah sombongnya
Merasa diri istimewa
Orang-orang lain hina belaka
Betulkah kita ada kuasa?! Betulkah kita istimewa?!
Betulkah kita luar biasa?!
Mampukah kita membendung
isteri tidak derhaka dengan kita?!
Mampukah kita menundukkan anak
mendengar kata, taat dan setia
Apakah kita memburu sakit atau sakit memburu kita
Ertinya adakah kuasa mengelak sakit?!
Dapatkah kita membendung rakyat jangan derhaka
Tidak mengata dan tidak menghina kita di belakang kita
Apabila berlaku bencana alam
dapatkah mengelak diri daripadanya?!
Kita orang istimewa tidak pernah kena
Yang kena orang miskin dan papa, yang tidak ada kuasa
dan yang bodoh-bodoh sahaja
Bencana alam tidak kenal siapa
Dia tidak memilih bulu, orang istimewa kena juga
Baru kita tahu kuasa mutlak di tangan Tuhan
yang Maha Kuasa
Kita adalah hamba yang tiada kuasa
Yang hina-dina memerlukan Tuhan sepanjang masa


Minda Guruku

2 ulasan:

  1. kalau ikut istilah.. HAMBA itu adalah org suruhan kepada TUAN nye... dan akan buat apa yg disuruh.. tidak boleh ingkar, segala arahan perlu dituruti.. merendah diri, terasa hina, tidak setanding dengan tuan nya...

    tapi adakah kita ini HAMBA ALLAH yang menurut perintah?..

    bila sihat je.. langsung tak ingat ALLAH.. jangan kata nak solat @ puasa.. istighfar pun jarang sekali... ntah le....

    sesungguhnye aku adalah hamba yang lupa daratan....

    BalasPadam
  2. sajak yg mantop saudara, menusuk kalbu....

    BalasPadam

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin