Rabu, 12 Ogos 2009

Golongan Menuntut Ilmu


Orang yang menuntut dan mencari ilmu ada beberapa
golongan pula. Di antaranya seperti disenaraikan di bawah:


1. Menuntut dan mencari ilmu kerana ilmu semata-mata. Dia
seronok, mabuk dan asyik dengan ilmu. Inilah golongan
orang yang mencari ilmu kerana ilmu semata-mata atau
golongan mabuk ilmu.


2. Orang yang mencari ilmu kerana inginkan kekayaan dan
harta dunia. Dengan ilmu yang banyak dan tinggi, boleh
menjawat jawatan yang tinggi dan dapat gaji besar. Dengan
ilmu juga ada orang boleh pandai berniaga. Dengan berniaga,
boleh mendapat kekayaan dan harta. Inilah golongan
menggunakan ilmu untuk mendapat kekayaan.


3. Ada orang mencari ilmu kerana ingin menjadi pemimpin.
Seseorang yang hendak menjadi pemimpin mesti ada ilmu.
Kalau tidak, sudah tentu tidak boleh memimpin orang. Atas
sebab ini, ada golongan memburu ilmu. Inilah golongan
yang menggunakan ilmu untuk menjadi pemimpin.


4. Ada setengah golongan pula bersungguh-sungguh mencari
ilmu kerana ingin nama dan glamour. Agar orang menganggap
dia golongan intelek. Moga-moga dia dihormati
orang dan moga-moga nama masyhur. Inilah golongan ahli
ilmu yang inginkan nama.


5. Ada orang belajar ilmu kerana hendak keluar daripada
kebodohan dan kejahilan. Agar jangan orang memandang
hina. Jahil itu dipandang tidak baik. Maka mereka pun
belajarlah ilmu pengetahuan hingga menjadi orang yang
pandai. Inilah golongan ahli ilmu yang mendapatkan ilmu
agar tidak terhina.


6. Ada orang menuntut dan mencari ilmu kerana ingin membangun
dan maju demi kedaulatan dan kemegahan bangsa
dan negara. Agar jangan bangsanya mundur dan terhina.
Inilah golongan ahli ilmu yang berfahaman nasionalisme.


7. Orang yang menuntut ilmu kerana perintah Allah Taala.
Juga dengan tujuan agar dapat mengamalkan ilmu supaya
boleh mengabdikan dan mendekatkan diri kepada Allah
Taala. Moga-moga dengan itu mendapat keredhaan Allah
Taala dan terselamat daripada kehinaan di dunia dan di
Akhirat. Golongan ini menggunakan ilmu untuk membangunkan
ekonomi, ketenteraan, pertanian, bangunan, sekolah,
pejabat, jalan raya dan lain-lain lagi. Ia adalah dengan
tujuan agar dapat melindungi iman, memperkuatkan syariat,
membesarkan syiar Tuhan dan mendaulatkan hukum hukum
Tuhan. Justeru itu, di dalam membangun melalui
ilmunya, mereka sangat menjaga syariat, terlalu menjaga
halal dan haram, tidak lari daripada disiplin Islam hingga
seluruh usaha dan kemajuan yang dibangunkan menjadi
ibadah, menjadi amal soleh, dianggap jihad fisabilillah dan
diberi pahala yang besar oleh Allah Taala yang Maha Pemurah.
Inilah golongan ahli ilmu yang bertaqwa.


Minda Guruku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin