Di akhir zaman ramai manusia yang pandai-pandai,
Mereka lupa bahawa Tuhan yang mengurniakan kepandaian itu,
tetapi terang-terangan mereka melupakan Tuhan,
Orang yang melupakan Tuhan sebenarnya telah menjadikan diri mereka ‘tuhan’ walau tidak dilafazkan
Maka Tuhan sedang mengisytiharkan PERANG kepada manusia yang pandai tetapi lupa Tuhan ini..
Tuhan hantarkan tentera ANGIN untuk memusnahkan
Tuhan hantar tentera AIR untuk merosakkan
Tuhan hantarkan tentera GEMPA untuk menghancurkan bangunan
Tuhan hantarkan tentera yang sangat HALUS yang dikatakan KUMAN
Tentera KUMAN ini lebih memusnahkan mereka yang melupakan Tuhan
Tentera ini tidak memusnahkan bangunan tetapi memusnahkan INSAN
Melalui tentera2 KUMAN ini lahirlah penyakit2 AIDs, SARs, diabetis, kanser, HFMD, H1N1 dan lain-lain.. yang menakutkan dan boleh mematikan…
Datang lagi tentera2 Tuhan melalui BURUNG & UNGGAS ‘ Selsema burung’ namanya… yang sangat menakutkan
Tuhan arahkan tentera NYAMUK untuk memusnahkan manusia penyakit denggi namanya, yang lebih cepat manusia terkorban..
Dimanakah kepandaian manusia hendak melawan kepandaian Tuhan?
Dimanakah kekuasaan manusia hendak melawan kekuasaan Tuhan?
Tentera2 ini menyerang tidak mengenal bangsa… Bangsa sekuat Amerika turut diserang.. tentera Tuhan yang ini mereka tak dapat melawan,
Setiap hari manusia yang pandai2 ini pening memikirkan cara berhadapan dengan tentera Tuhan
Manusia dalam ketakutan
Berbagai2 bentuk dan rupa tentera Tuhan menyerang
Tetapi manusia belum lagi insaf dan menyerah surrender kepada Tuhan mereka mencari berbagai2 jalan untuk mengatasi serangan Tuhan
Semakin mereka mencari jalan untuk mengatasi, Semakin galaklah tentera Tuhan terus menyerang…
Dihantar berbagai2 jenis tentera yang tidak dapat dihalang…
Hingga zahirlah Imamul Mahdi Baqiyatullah orang simpanan Tuhan utk akhir zaman
Barulah Tuhan meredakan setiap insan...
Minda Mujaddid
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
-
Saya rasa, mana nama pihak, sila berhati hati bila nak guna nama “Sunnah”
kerana bimbang berdusta atas nama Nabi, yang mana nerakalah tempat bagi
mereka ...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan