Kementerian Kesihatan melahirkan kebimbangan kemungkinan berlakunya gelombang kedua jangkitan Influenza A (H1N1), yang lebih teruk dan berbahaya. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata jika gelombang kedua itu berlaku, situasi wabak berkenaan mungkin tidak akan dapat dikawal. "Pandemik H1N1 ketika ini boleh dianggap sebagai tempoh untuk semua negara melihat keupayaan, persiapan dan sumber mereka dalam menghadapi pandemik yang lebih besar," katanya ketika berinteraksi secara langsung dengan pengunjung laman web New Straits Times (NST) Online di Balai Berita, di sini, semalam.
Semalam juga Kongres Amerika Syarikat meluluskan peruntukan besar AS$106 bilion untuk perbelanjaan tenteranya di Afghanistan dan Iraq serta usaha menangani wabak Influenza A (H1N1).
Nampaknya ancaman wabak ini masih belum reda. Begitulah hendaknya perancangan Tuhan. Kita biasanya sering melupakan Tuhan yang berperanan dalam setiap apa yang berlaku didunia ini. Orang Mukmin yang sensitif dengan Tuhan, sentiasa rasa bertuhan pasti yakin ini adalah ancaman dari Tuhan.
Tuhan yang memiliki alam ini, yang mentadbir segala-galanya sudah sering kita belakangkan dan lupakan. Bila berlaku wabak sebegini kita hanya pandai menyalahkan pihak2 tertentu,menyalahkan Kerajaan dan tidak pernah nak melihat kesalahan kita sendiri.
Saudara dan saudari marilah kita kembali kepada Tuhan. Marilah kembali menjaga solat dan segala ibadah kita kepada Tuhan. Marilah kita merintih, merayu dan meminta kepada Tuhan. Hanya Dia yang mampu membantu dan menolong kita. Tuhan menurunkan wabak ini atas tujuan mahu kita semua mengingatinya setiap masa, mahu kita menjaga syariat Tuhan, mahu kita berpegang teguh kepada yang halal dan tinggalkan yang haram.
Yakinlah dengan kembali kepada Tuhan kita akan dapat menyelesaikan wabak ini. InsyaAllah, Allah akan membuka jalan2nya untuk kita menangani wabak ini. Sekian.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
-
Saya rasa, mana nama pihak, sila berhati hati bila nak guna nama “Sunnah”
kerana bimbang berdusta atas nama Nabi, yang mana nerakalah tempat bagi
mereka ...
3 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan