Selasa, 23 Jun 2009

Cintakan Tuhan Rahsia Kejayaan


Di dunia ini ada dua jenis pemimpin yaitu pemimpin dilantik Tuhan dan pemimpin yang dilantik oleh manusia dengan macam-macam cara. Ada secara demokrasi, ada secara diktator. Diktator adalah orang yang melantik dirinya sendiri dengan kekuatan tentera. Ada pemimpin warisan macam raja-raja.

Pemimpin yang dilantik oleh manusia, apa yang dibanggakan oleh pemimpin tu? Dapat bagi orang gaji, dapat naikkan pangkat orang, dapat menjadikan orang selesa hidup, dapat meningkatkan ekonomi manusia, dapat membuat jalan raya high way, dapat melakukan perubahan hidup pada manusia termasuk pemimpin yang mengaku islam.

Kalau dia berjaya membuat apa yang disebut tadi, sibuklah mereka mengatakan, saya sudah berjasa.
Tapi pemimpin yang dilantik oleh Allah seperti rasul, lain sekali. Untuk mewujudkan benda-benda yang disebut tadi tidak perlu pemimpin. Tanpa pemimpin orang tetap cari makan. Ingin kawin apa fikir pemimpin? Ingin kawin lebih dari satu isteri, tak ada pemimpin lagi senang. Ada pemimpin susah, nak kawin banyak.

Pemimpin yang dilantik oleh Tuhan apa jasanya? Berbeza dengan pemimpin yang dilantik manusia, tapi orang tidak anggap ia berjasa. Orang islam yang sudah beratus tahun rusak, masih sembahyang, wirid, zikir, tetapi cara dia berfikir dan menilai jasa pemimpin yang yang Tuhan lantik untuk mendidik dia tidak tepat. Dia tak anggap sebagai jasa. Walhal pemimpin dari Tuhan membuat dua jasa besar, yang kalau dibanding dengan jasa pemimpin lantikan manusia, bagai langit dengan bumi1. memberi Tuhan2. memberi syariat Islam

Kita sudah tahu Tuhan, sudah bersembahyang, berpuasa. Siapa yang rasa besar mendapat orang yang sudah membagi Tuhan dan syariat Tuhan pada dia? Begitulah umat Islam, mereka tidak rasa besar jasa pemimpin yang datang dari Tuhan, sebab walhal dia sembahyang, berzikir, wirid. Kalau tidak dapat Tuhan, dia akan masuk neraka sekalipun banyak sembahyang? Sedangkan tidak dapat makan, tidak dapat nasi, tidak dapat roti, jalan raya, adakah Qur`an cakap akan masuk neraka? Tapi mengapa manusia tidak pandang besar jasa pemimpin yang kenalkan Tuhan dan syariat Tuhan?

Dari dua aspek ini, Tuhan lebih utama dari syariat, sebab itu Rasulullah SAW diutus untuk memperjuangkan dua hal ini dengan mengenalkan Tuhan terlebih dahulu. Kalau kita tengok ayat-ayat makkiah & madaniah, Tuhan bagi waktu ayat-ayat makkiyah selama 13 tahun untuk mempromosikan Tuhan. Padahal Tuhan satu subjek saja. Lojiknya setahun cukup. Sedangkan syariat, yang beribu ribu subjeknya, Rasulullah SAW promosikan hanya 10 tahun. Bahkan sembahyang yang merupakan ibadah asas, ibadah besar dari pada keseluruhan ibadah, hanya diperintahkan setelah 11tahun kerasulan.

Perintah-perintah lain seperti haji, zakat datang berikutnya. Ambil perhatian, kerja memperkenalkan Tuhan. Rasulullah SAW ambil 13 tahun, sedang untuk syariat yang beribu selama 10 tahun. Tapi jangan anggap, Rasulullah SAW bagi Tuhan setakat akidah cukup makan, setakat kenal Tuhan cukup makan, akidah sifat 20, seperti Tuhan wujud, wujudNya tak ada pemulaan, tak ada yang menjadikan, dia tak perlukan makhluk. Kalau manusia kenal Tuhan macam itu saja, ini hanya untuk sahkan akidah atau tauhid. Itu akidah atau tauhid asas, sekadar manusia tidak jadi kafir. Kalau setakat itu, manusia belum rasa bahagia dengan Tuhan. Manusia belum rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Belum rasa hebat, rasa besar, rasa Tuhan segala-galanya. Manusia belum rasa lagi kalau ia tak dapat Tuhan, ia tak boleh hidup, tak selamat dunia akhirat.

Sudah beratus tahun umat islam dididik melalui sistem pendidikan yang mengajarkan tauhid yang paling rendah termasuk ulama dan orang-orang agama.Dengan tauhid paras itu manalah bahagia, tak merasa besarnya Tuhan, tidak merasa dapat Tuhan dapat segala-galanyanya, tidak sampai jatuh cinta dan takut dengan Tuhan.

Umat Islam malangnya sejak ratus tahun mengambil tauhid sekadar cukup makan, setakat tak jadi kafir. Padahal kalau kita baca ayat-ayat makiyah, cara Tuhan mengenalkan diriNya supaya manusia sampai jatuh cinta dan takut dengan Tuhan, rasa bertuhan yang dalam, rasa dapat Tuhan dapat segala-galanya Mari tengok dalam Qur`an. Mula-mula saja Tuhan kata bumi ini Aku yang punya, hidup mati Aku punya, langit bumi Aku punya, dunia akhirat Aku punya. Aku yang menghidupkan, Aku yang mematikan. Aku yang membagi rahmat dan berkat, makhluk di langit dan bumi semua membesarkan Aku.

Tuhan yang menaikkan dan menurunkan, Tuhan yang memuliakan dan yang menghinakan manusia, Tuhan yang menentukan seseorang ke neraka atau ke syurga, Tuhan yang menyusahkan dan menyenangkan dan macam-macam lagi Tuhan kenalkan dirinya. Begitulah Tuhan kenalkan dirinya.

Kalau kita baca ayat-ayat Makkiyah, dalam setiap ayat Tuhan memperkenalkan dirinya hinggakan sahabat cinta, takut dan mabuk dengan Tuhan. Akhirnya apa yang terjadi pada para sahabat? Mereka hanya takut dengan Tuhan, tidak takut miskin, tidak takut raja, tidak takut pada orang, tidak takut musuh, tidak takut dihina, tidak takut orang keji, tidak takut dibunuh orang. Mereka takut Tuhan saja.

Begitulah Tuhan saja yang mereka takuti dan cintai. Mereka tak cinta harta, isteri, pangkat dan jawatan. Walaupun mereka ada harta, ada pangkat, ada isteri, tapi tak masuk dalam hati. Yang ada dalam hati Tuhan saja. Selepas itu barulah Rasulullah SAW kenalkan syariat, sebagai cara hidup.

Melalui syariat itulah mereka wujudkan rasa cinta dan takut mereka pada Tuhan. Kalau tidak ada syariat, maka tak ada cara untuk mewujudkan cinta mereka pada Tuhan. Melalui syariat yang berbagai-bagai bentuk itu, Tuhan tunjukkan cara bagaimana manusia hendak melahirkan cinta dan takut pada Tuhan. Itulah peranan tauhid dan syariat.

Selepas 13 tahun Rasulullah SAW mempromosikan Tuhan, datang takut dan cinta pada Tuhan yang tak berbelah bagi lagi. Selain Tuhan tidak lagi ditakuti dan dicintai. Maka berhabis-habisanlah para sahabat untuk memperjuangkan Tuhan. Tidak ada lagi kepentingan diri. Sebab itu, bila Tuhan isytihar melalui Rasulullah SAW, para sahabat sangat memberi perhatian, dan berlumba-lumba untuk membuat dan melaksanakannya. Waktu Rasulullah SAW masih hidup, belia sempat memberitahu bahwa Rom dan Parsi akan jatuh ke tangan umat Islam. Selepas wafat saja Rasulullah SAW, sahabat meninggalkan rumah, meninggalkan anak isteri untuk membuktikan ucapan Rasulullah SAW itu. Mereka pergi berjuang untuk memprmosikan Tuhan ke Rom, Parsi dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka.

Rasulullah SAW juga pernah berkata, lidah orang arab akan jadi lidah orang mesir. Mesir bukan lidah arab, lidah qibti. Ini seolah Rasulullah SAW memberi isyarat pergilah dakwah ke sana, promosi Tuhan di Mesir. Maka berebut-rebut sahabat pergi kesana. Bila mendengar dari Rasulullah SAW tuntutlah ilmu ke negeri cina. Sahabat faham ini isyarat dari Rasulullah SAW untuk membuka negeri cina, mempromosi Tuhan ke sana. Mereka pergi sampai ke negeri Cina.
Bila sahabat dengar, Islam akan bangun di akhir zaman kali ke-2 bermula dari Timur. Sahabat tidak tahu bila akhir zaman itu. Mereka tafsirkan 2 tahun atau 10 tahun lagi dari mereka.

Rasulullah SAW sebut pemimpinnya PBT .Daripada Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani)
Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: “Akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai`ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.” (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)

Mendengar ucapan Rasulullah SAW ini, di zaman sahabat lagi sudah ada yang pergi ke timur sebab mereka tidak pasti bila akhir zaman itu, jangan-jangan di zaman mereka. Mereka mahu kebangkitan Islam itu berlaku di tangan mereka. Mereka mahu PBT itu terjadi di tangan mereka atau mereka dapat ikut PBT.

Bila sahabat mendengar dari Rasulullah SAW bahwa Konstantinopel akan jatuh ke tangan islam, selepas saja wafat Rasulullah SAW, Abu Ayyub Al Anshari yang berumur 80 tahun terus berangkat ke sana.

Ia berfikir jangan-jangan terjadi di tangan aku, walhal ia berlaku selepas 600 tahun. Itulah syariat untuk melahirkan rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Itulah cara sahabat untuk melepaskan rasa takut dan cinta dengan Tuhan. Untuk itu mereka sanggup tinggalkan anak, isteri, harta dan sebagainya, sebab perasaan cinta dan takut Tuhan itu 100% dalam hati mereka.
Takut dan cinta umat Islam kepada Tuhan sudah menipis. Akidah umat islam sejak 700 tahun yang lalu sudah sekadar cukup makan. Umat islam pergi juga ke seluruh dunia macam sahabat.

Kalau sahabat mempromosikan Tuhan, kita mencari sesuap nasi. Kita pergi ke London, ke Amerika, karena mencari makan. Kita pergi merata dunia untuk cari makan, untuk cari sesuap nasi walaupun jadi hamba orang. Kita gigih juga macam sahabat, susah macam sahabat, tinggal anak isteri, tinggal kampung halaman macam sahabat, tapi untuk cari makan. Sedangkan sahabat untuk mempromosi Tuhan supaya orang takut dan cinta Tuhan. Kita tidak, tak rasa hina kah? Kalau kita jadi tuan masih boleh tahan, tapi kita jadi hamba kepada musuh. Kita terhina, tapi kata tak apa yang penting boleh cari makan, setengah umat Islam jadi amah di rumah bukan orang islam, ada yang kena rogol.

Jadi rahsia sahabat, tabiin, tabiut tabiin sampai Tuhan serah dunia pada mereka adalah karena mereka buat apa saja, berjuang karena Tuhan, bukan karena cari makan. Kita lain, susahnya sama seperti sahabat, gigihnya sama, tinggal rumah, tinggal isteri sama, tapi sahabat karena cinta Tuhan, kita karena untuk cari makan, untuk nasi, untuk dunia. Sebab itu Tuhan hinakan kita. Umat Islam hina bukan saja di negeri orang, di negeri sendiri pun hina. Mengapa? Sebab mereka berjuang bukan karena Tuhan, tapi karena dunia.

Rasa cinta dan takut Tuhan yang mendalam merupakan rahsia mengapa sahabat, tabiin dam tabiut taibin begitu kuat hinggakan Tuhan serahkan dunia ini kepada mereka. Karena mereka mempromosi Tuhan, mereka menjadi orang Tuhan, maka Tuhan backing mereka. Tuhan serahkan dunia pada mereka, Tuhan jadikan mereka mulia, Tuhan jadikan bangsa lain di dunia ini duduk di bawah mereka.

Kalau kita ingin mengulangi sejarah mereka, kita mesti tukar cara kita berfikir dan berperasaan. Dari sibuk ke seluruh dunia untuk cari makan, diubah untuk mempromosi Tuhan. Tuhan akan bagi dunia ini pada kita.

Moga-moga kuliah ini menjadi pemangkin bagi kita untuk mengubah diri kita dari pada berjuang untuk cari makan, ditukar kepada berjuang mati-matian utk mempromosikan Tuhan. Semoga kita selamat dunia dan akhirat.
Sekian

Minda Mujaddid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin