Dalam iklim dunia yang sedang kritikal ini, di waktu manusia sedang mencari-cari jalan keluar kepada persoalan ini, apakah Islam tidak mempunyai formula untuk menyelesaikan kemelut dunia hari ini? Memandangkan percubaan demi percubaan melalui segala bentuk formula rekaan fikiran manusia telah dicuba dalam menangani gejala yang makin meruncing ini, namun hasilnya tetap mengecewakan.
Segala cerdik pandai, para filasuf, para pendidik, para pemikir yang telah mencipta pelbagai kefahaman dan ideologi telah mengerahkan seluruh daya akal fikiran mereka bagi mencari formula untuk menyelamatkan dunia serta para penghuninya. Tetapi ternyata akal semata-mata telah gagal dalam menangani kemelut dunia yang semakin kronik ini. Maka apabila akal telah buntu, manusia perlu mengubah semula pola pemikiran mereka dengan mencari jalan keluar yang terjamin tepat dan selamat iaitu dengan merujuk kepada sistem roh.
Dalam erti kata lain manusia perlu kembali merujuk kepada Tuhan, menggunakan sistem Tuhan dan dipimpin oleh orang Tuhan dalam memulihkan kerosakan masya-rakat yang kian meruncing ini. Peranan roh sebenarnya cukup penting dalam kehidupan manusia. Apabila manusia telah meminggirkan peranan roh, telah lalai daripada pencipta-Nya maka akibatnya manusia sedang menanggung segala bentuk gejala yang cukup membimbangkan.
Untuk menyelami persoalan ini dengan lebih jelas kita perlu memahami peranan akal dan roh dalam kehidupan manusia.Membangunkan dunia dan kemajuan, tidak sama kaedah-nya dengan membangunkan manusia. Dalam membuat kemajuan untuk keperluan manusia tidak kira di sudut apa pun, akal boleh digunakan.
Manusia boleh membuat berbagai percubaan dan eksperimen. Mana yang berjaya diteruskan, manakala yang gagal ditinggalkan. Contohnya seorang pemaju dalam membangunkan satu projek dengan bersandarkan kepada kepakaran akal manusia, katalah tiba-tiba projek itu gagal, kesannya ialah dia akan menanggung kerugian. Hasilnya ialah dia tidak berjaya, tetapi tidaklah sampai membahayakan dirinya atau orang lain.
Hanya sekadar buang masa dan tenaga tetapi tidaklah sampai menghasilkan side effect yang negatif yang boleh merosakkan manusia, misalnya hingga berlaku pembunuhan, peperangan, penzinaan dan lain-lain maksiat lagi. Berlainan halnya dalam mendidik manusia, ilmunya mesti pasti. Tidak boleh agak-agak. Tidak boleh berteori-teori dan tidak boleh sama sekali adanya trial and error. Sebab kalau tersalah mendidik manusia akan lahirlah penyamun, pembohong, penzina, pembunuh dan lain-lain lagi.
Kalau manusia telah rosak, sebaik mana pembangunan sekalipun akhirnya manusia akan merosakannya juga. Sebab itulah dalam sejarah, untuk membangunkan material Tuhan datangkan ahli akal atau ahli fikir. Tetapi apabila untuk membaiki manusia, Tuhan lantik orang rohani yang datang dari Tuhan seperti para rasul, para nabi, mujaddid dan ulamaul amilin. Sebab yang datang dari Tuhan itu membawa kaedah, cara atau formula yang tepat, bukan dicuba-cuba kerana se-mua kaedah itu datangnya dari Tuhan.
Lihatlah apa yang sudah terjadi sekarang apabila manusia dididik hanya dengan bersandarkan akal semata-mata, tidak kembali kepada wahyu, maka akhirnya lahirlah manusia yang penipu, perompak, pengganas dan lain-lain. Oleh itu PERSOALANNYA mengapa kita tidak merujuk kepada formula Tuhan yang terkandung di dalam ajaran Islam yang ternyata telah terbukti berkesan satu masa dulu? Ramai pejuang-pejuang berani berjuang menentang musuh-musuh lahirya. Mereka terlalu ghairah, berjuang menumpaskan musuh-musuh yang nampak di mata. Tapi malang sekali, mereka lemah berjuang terhadap musuh batinnya. laitu nafsu dan syaitan yang amat jahatnya. Bahkan setengah-setengah pejuang tidak minat langsung hendak berjuang terhadap musuh-musuh batinnya.
Lantaran itulah di dalam perjuangan mereka jadi militan, ganas, kasar dan buas.Maki hamun orang, hasad dengki bukan kepalang, sombong takbur pakaiannya, jatuh-menjatuhkan budaya mereka. Di dalam mereka berjuang, mereka dikudakan oleh hawa nafsu mereka. Waktu mereka berjuang, syaitan jadikan mereka bola, disepaknya dan diterjang ke mana-mana.Mereka sangka wira-wira agama dan bangsa. Sebenarnya mereka adalah petualang-petualang. Mereka menyangka mendapat pahala, sebenarnya derhaka, bala dan Neraka.
Sebenarnya musuh-musuh pejuang bukan manusia tapi nafsu dan syaitan.Berjuang terhadap manusia untuk di Islamkan dan yang Islam hendak di tingkatkan iman mereka agar mereka terselamat daripada Neraka.Pejuang yang sebenamya adalah penyelamat, bukan pembunuh dan pemusnah.Nafsu dan syaitan adalah musuh-musuh batin yang amat jahatnya.Kerjanya hendak menjadikan manusia termasuk pejuang-pejuang menjadi derhaka, agar Allah Taala murka, supaya mereka-,mereka semuanya masuk Neraka wal`iyazubillah
Begitulah cita-cita nafsu dan syaitan yang durjana terhadap manusia. Sepatutnya kita manusia sibuk berjuang terhadap nalsu dan syaitan kerana mereka itulah musuh-musuh utama manusia . Mereka memerangi kita tidak pemah rehat-rehatnya setiap detik dan masa.Di masa kita berjuang memerangi musuh lahir itulah mereka mengambil peluang diharu-birunya kita agar kita tersesat jalan. Di tipu-dayanya kita agar kita menjadi ganas dan militan.Didorong kita agar kita mengorbankan kasih sayang sesama manusia. Diputuskannya silaturrahim, dipecah belahnya kita, di porak perandakan perpaduan.
Padahal kasih sayang itulah yang disukai oleh Tuhan dan kasih sayang itulah yang diperlukan oleh semua manusia tidak kira apa bangsa. Sedangkan pejuang-pejuang Islam berjuang korbankan kasih sayang yang dikehendaki oleh nafsu dan syaitan.
Rupanya pejuang Islam berjuang bukan membawa kemajuan dan kejayaan tetapi perjuangan mereka mendorong dan mengundang kejayaan nafsu dan syaitan. Sebenamya mereka tertipu di dalam perjuangan.
Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nasr:
Maksudnya:" Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia sangat-sangat menerima taubat." (An-Nasr:1-3)
Surah yang hanya mengandungi tiga ayat ini turun di Madinah.Ahli tafsir rata-rata menghuraikan iaitu Rasulullah SAW melihat manusia masuk Islam beramai-ramai. Mereka lebih mudah menerima ajaran Islam berbanding diperingkat awal keRasulan. Saat dan ketika di mana Rasulullah SAW menyaksikan sendiri bagaimana penerimaan ajaran Islam itu. Maka Tuhan perintahkan agar banyak memuji Allah SWT dan memohon keampunan.
Memperbanyakkan memuji Tuhan itu supaya benar-benar ingat ketika dan saat itulah datangnya pertolongan Allah SWT. Datangnya kemenangan dari Tuhan. Ketika itu tiada siapa lagi yang dapat membendung dan menghalang.Dan saat-saat demikianlah yang sentiasa diharap dan ditunggu oleh umat Islam disepanjang zaman, khususnya diharap dan ditunggu oleh para pejuang Islam.
Sesungguhnya pertolongan dan kemenangan itu sangat hampir kepada umat Islam. Impian, penantian dan harapan umat Islam itu sudah sangat hampir waktunya kerana tanda-tandanya sudah terserlah. Salah satu tandanya ialah apabila para penzalim sudah terlalu zalim dengan sewenang-wenangnya berbuat ke atas orang yang tidak berdosa. Lihat sahaja keganasan Serb ke atas Etnik Albania, Israel terhadap rakyat Palestin, Amerika dan Eropah terhadap Iraq dan penguasa-penguasa yang menindas golongan yang lemah.
Hanya dalam keadaan demikian umat Islam sendiri tidak boleh mengharapkan penzalim itu turun, tewas atau jatuh sedangkan umat Islam sendiri tidak berbuat apa-apa. Ini samalah seperti orang masuk lumba kereta atau lumba kuda atau lumba lari. Dia mengharapkan kemenangan bukan kerana kemampuan diri. Dalam keadaan tidak berupaya dan tidk cukup syarat dia mengharapkan saingannya itu keretanya rosak, atau kuda patah kaki atau kaki orang lain terseliuh. Dengan demikian dia memperolehi kemenangan 'walk over' atau secara percuma, yang hakikatnya dia tidak layak memperolehi kemenangan tersebut.
Tidak hairan apabila kita dapati umat Islam tertunggu-tunggu bilakah saat kemenangan itu tiba. Bilakah ketikanya pertolongan Allah SWT itu datang. Namun penantian itu tidak kunjung tiba. Bukan para penzalim itu belum sampai masa untuk tewas, tetapi umat Islam itu sendiri belum cukup syarat untuk naik. Andainya Tuhan beri kemenangan dalam keadaan belum cukup syarat nescaya umat Islam yang berkuasa tidak lepas daripada turut berbuat kezaliman. Kezaliman di tangan pejuang Islam akan mengakibatkan tercemar maruah umat malah tidak mustahil ajaran Islam itu sendiri dipersoalkan musuh.
Minda Mujaddid

Tiada ulasan:
Catat Ulasan