Rabu, 17 Jun 2009

Kebersihan

Bismillahir rahmanir rahim

Thaharah adalah sunnah yang penting dan asas sekali.Rasulullah SAW ada menyebut dalam Hadis :

''Kebersihan/kesucian adalah separuh dari iman''.

Kita memohon kepada Allah siratal mustaqim iaitu Islam itu sendiri, untuk mendapat keredhaan dan keampunan Allah, kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita minta, hanya kepada-Mu saya mengabdikan diri saya dan hanya kepada-Mu kami meminta. Yang dimaksudkan ialah jalan nabi-nabi, rasul-rasul dan wali Allah, bukan jalan nafsu, yang Allah murkai, jalan orang kafir, musyrik, orang yang degil, orang yang membawa bidaah dan lain-lain.
Walaupun kita nak jalan para nabi, rasul dan wali dan lain-lain tetapi Rasulullah SAW ada mengatakan 'umat diakhir zaman pagi beriman petang kafir'. Maka atas dasar itu mari kita bertaubat diatas segala dosa kita samaada yang kita sedar atau yang kita tak sedar.

Kita mulakan taubat dengan mengusahakan kecantikan, keindahan, kebersihan dan kekemasan. Maka ruang pertama yang kita perlu mulakan ialah bilik air.Bilik air ialah tempat pertama yang kita masuk setiap hari. Kita nak standard kebersihan, kecantikan, kekemasan dan kesucian bilik air mengikut standard yang tinggi kerana Rasulullah SAW menajakan kebersihan sebahagian dari iman .Apabila kesucian tidak selesai, dianggap tak selesai ibadah.

Kita patut berasa risau kalau-kalau Allah tak terima sembahyang kita disebabkan kecuaian, kejahilan kita sewaktu di dalam bilik air.Satu waktu sembahyang saja tertolak, seseorang akan dihukum di Neraka 40 tahun .Allah marah sungguh kalau hambaNya tidak mendengar cakapNya. Sebab itu Allah tahu berapa bahayanya seseorang yang meninggalkan sembahyang walaupun satu waktu.

Cuba kita perhatikan sama ada kita menjaga kesucian diwaktu mengambil wudhuk, adakah kita bercincai-cincai sahaja. Selipar didalam bilik air sudah tak suci sekiranya kita memijak lantai bilik air terlebih dahulu sebelum memakainya. Sepatutnya lalukan air ke atas selipar dulu sebelum meyarungnya dikaki setelah mengambil wudhuk. Lantai bilek air itu bernajis, kaki kita juga akan bernajis sekiranya kita pijak lantai, kemudian pijak selipar, jadilah selipar itu juga bernajis. Selesai berwudhuk, terus pakai selipar tanpa dilalukan air suci terlebih dahulu.Kalau kita berbuat demikian bermakna kita bawa kaki yang bernajis dalam sembahyang. Batallah sembahyang. Kesucian asas ibadah, tak ada kesucian ibadah tertolak.

Bila kaki kita tak bersih, tempat sembahynag pun jadi tak bersih. Tempat sembahyang tak suci dari najis dikira tak sah sembahyang.Gambarkanlah orang sembahyang jemaah di surau yang tak suci, semua sembahyang orang-orang itu tertolak, batal habis akibat kita seorang yang tak berhati-hati bersuci. Tak takut ke akibatnya kita tak faham bersuci?

Ambillah perhatian dengan beberapa peraturan Allah waktu bersuci:

1.Pakaian jangan kena air yang mercik dari lantai yang tidak suci dari najis.

2.Masuk bilik air guna kaki kiri dulu, keluar dengan kaki kanan dulu.

3.Air liur basi itu najis, jangan bawa sembahyang. Waktu bangun tidur jangan minum dan makan sebelum berkumur/berus gigi sebab air liur basi itu ertinya kita makan najis.Elok tukar baju tidur sebelum sembahyang kerana baju tidur kita mungkin terkena air liur basi sewaktu tidur.

4.Bersuci dari hadas kecil/besar kalau guna tong mesti cukup dua kolah. Tong atau baldi yang tidak cukup dua kolah jangan dibiar dalam bilik air nanti anak-anak guna air mustakmal untuk ambil wudhuk. Maknanya air mesti sentiasa penuh dalam tong 2 kolah atau lebih.

5.Pintu bilik air hendaklah ditutup, takut-takut air mandian atau lain-lain jatuh ke lantai mercik keluar kena lantai depan pintu. Percikan najis bila dipijak kaki jadi najis. Bila berjalan satu rumah jadi bernajis.

6.Basuh najis mesti dengan air yang mengalir. Najis dilantai dialirkan air baru dilap. Najis di karpet dijirus baru dilap. Bukan hanya guna kain basah dilap-lap. Air mutlak dilalukan 3 kali ke atas tempat najis itulah cucian yang paling suci.

7.Anak-anak ke bilik air mesti diawasi supaya semua cara bersuci itu dipatuhi. Kencing dia mercik-mercik mesti ditangani. Cara basuh najis air besar kena teliti. Tangan bernajis dipegang baju biasa berlaku.

8.Sewaktu ambil wudhuk, mandi junub air kena masuk semua ruang. Kuku panjang kena potong sebab air tak kena.

Bersuci katalah mandi hadas besar menggunakan air yang tidak cukup dua kolah maknanya kita jahil atau lalai atau derhaka dengan Allah dalam hal kebersihan. Kalau bersuci tidak selesai bermakna kita sudah jadi pengikut syaitan. Allah tak ada tolak ansur dalam hal bersuci, Kalau mercik setitik air tak suci(bernajis) ke kain kita dibilik air yang dibawa sembahyang dianggap meninggalkan sembahyang satu waktu dan akan diazab 40 tahun masuk neraka. Sebab itu antara 20 saf dihari Kiamat yang masuk perhitungan hanya satu saf sahaja selamat, jangan-jangan tak sampai satu saf.

Kita sepatutnya bimbang kalau bersuci, ambil wudhuk tapi tak sah bermulanya dari bilik air. Mungkin ramai dari kita yang sembahyang tetapi tidak dianggap bersembahyang kerana ramai orang yang sembahyang bawa najis, dianggap tidak sembahyang.

Kalau kita ke negara barat sebenarnya orang barat orang kenal secara umumnya sangat menjaga kebersihan kecuali orang asli atau aborogine. Mereka sangat jaga bilik airnya. Secara umum kalau round negara Islam orang tengok standard kebersihan adalah kategori pengotor.Kalau kita berjaya mewujudkan standard bilik air ikut Rasulullah, kita telah menjadi orang Islam yang taat. Kalau kita biarkan bilik air kotor dan tidak kemas sebenarnya kita termasuk orang yang berdosa.Kalau hal bersuci tidak selesai itu sudah jadi pengikut syaitan.

Marilah kita berusaha menjadi makhluk Allah yang sangat menjaga kebersihan, kesucian, kekemasan bilik air setiap masa. Jangan biarkan bilik air kita berlumut, busuk, kotor dan sebagainya.Kita keluarkan syaitan yang memang suka tempat kotor dari bilik air kita.

Ampun maaf,

Minda Guruku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin