Rabu, 17 Jun 2009

Petikan dari Harian Metro 17.06.2009:

ALOR STAR: Ketika pusara ibu masih `merah', seorang lelaki durjana sanggup menjual adik kandungnya kepada pengedar dadah sebagai tukaran untuk mendapatkan bahan haram itu bagi melepaskan ketagihannya.

Lelaki berusia lewat 20-an itu yang tinggal di Jalan Langgar di sini dipercayai berbuat demikian kira-kira dua minggu selepas kematian ibu mereka pada pertengahan bulan lalu, apabila berada dalam keadaan gian kronik, tetapi tidak mempunyai wang untuk membeli dadah.

Berikutan itu, lelaki terbabit mengambil jalan mudah dengan menyerahkan adik perempuannya yang berusia 20 tahun untuk menjadi pemuas nafsu `tokan' atau penjual dadah sebagai tukaran untuk mendapatkan dadah berharga kurang RM100.

Ulasan saya:

Amat sedih bila mendengar berita sebegini. Ternyata masalah dadah ini betul-betul mengancam kita semua.Janganlah kita mempersoalkan siapakah yang bersalah dalam hal ini?. Bagi saya, kita semua yang patut dipersalahkan. Pihak Kerajaan, pemimpin2,ulamak2, Ustaz2, ibu dan ayah dan termasuklah diri saya sendiri yang memang patut dipertanggungjawabkan. Bukankah Islam itu selamat dan menyelamatkan, nasihat menasihati, dimanakah peranan kita?. Jangan Tuan2 dan Puan2 fikir masalah dadah ini tidak akan menghinggap keluarga Tuan2 dan Puan2.

Tunggulah! Janji Allah itu benar! Pembalasan Allah itu benar!.Marilah kita semua memohon ampun kepada Allah. Marilah kita minta bantuan Allah. Kuasanyalah yang boleh menyelamatkan kita semua!. Marilah kita menjalankan peranan kita masing2. Nasihatilah, serulah dan bimbinglah anak2 kita semua itu menuju Tuhan. Marilah kita tanamkan hati2 kita semua agar takut kepada Tuhan dan terus mencintai Tuhan. Tuhan sahaja yang boleh membantu kita dan semua anak2 kita dari dadah. Yakinlah ini sahaja kaedahnya.

Sebijak mana pun kita kalau berkaedah kepada selain dari kembali kepada Tuhan pasti gagal. Belanjakanlah duit sebanyak mana pun tidak akan menyelesaikan masalah dadah ini. Gunakankanlah kaedah Rasulullah SAW dalam mengubati penyakit masyarakat ini. tanamkan sedalam-dalamnya Rasa Bertuhan dan Rasa Kehambaan itulah rahsianya.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin