ENGKAU ingin memperjuangkan Islam
Perjuangkan Islam di dalam diri lebih dahulu
Engkau ingin didik orang, didiklah diri lebih dahulu
Engkau ingin menyampaikan risalah Islam?
Engkau hayati lebih dahulu
Kalau engkau merasa Islam itu satu kebenaran
Tegakkanlah kebenaran di dalam diri lebih dahulu
Islamkanlah diri lebih dahulu
Sebelum meng-Islamkan orang
Kalau tidak begitu, nanti akan ditertawakan orang
Jika di dalam diri belum kelihatan Islamnya
Mana boleh mempengaruhi orang lain
untuk menerima Islam
Di dalam diri belum selesai
Mana boleh meyakinkan orang untuk menerimanya
Pakailah Islam itu di dalam diri lebih dahulu
Orang akan melihatnya
Kalau indah dilihatnya
Akan ramai pula yang akan memakainya
Islam bukan macam menjual barang
Apa yang kita jual tidak mesti kita pakai
Kita tidak memakai apa yang kita jual,
orang tidak akan mempertikaikan
Tapi Islam adalah keyakinan,
keindahan dan keselamatan
Tentulah kita dahulu yang mengamalkannya
Minda Guruku
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
-
Saya rasa, mana nama pihak, sila berhati hati bila nak guna nama “Sunnah”
kerana bimbang berdusta atas nama Nabi, yang mana nerakalah tempat bagi
mereka ...
2 hari yang lalu
Aslmkm,
BalasPadamJazakAllah tuan, satu sajak yang menginsafkan terutama diri saya yang masih banyak perlu dibaiki ini. Sangat bagus untuk muhasabah diri.
Namun bagaimana pula dengan artikel ini?
http://almuslimah.wordpress.com/2008/05/02/seorang-penasehat-tidak-berarti-mashum/
saya sekarang serba salah setelah membaca sajak tuan, tolong saya
Salam Saudara Taqwacore,
BalasPadamجزاك الله خيرا
Saya telah membaca artikel tersebut, memng benar
kata-kata Al-Imam Hasan Al-Bashri itu.
Saudara,memperbaiki diri untuk mengamalkan Islam adalah satu proses yang berterusan.Maksud sajak diatas, tanamkanlah dalam diri sungguh-sungguh untuk mengamalkan Islam, dapat satu ilmu kita terus amalkan,bukan semestinya nak tunggu banyak baru kita nak amalkan.Contohnya solat di awal waktu, kita belajar dan terus praktikkan dan tentunya dalam jiwa kita rasa berbeza kemudian ajaklah orang-orang yang rapat disekeliling kita untuk mengamalkan solat di awal waktu.Persoalan kita di waktu ini ramai yang memperkatakan Islam tetapi tidak diamalkan didalam dirinya tetapi telah menyeru orang lain untuk mengamalkannya.Ini tidak tepat.
Saya tutup ulasan ini dengan maksud firman Allah didalam surah ash-Shaff ayat 2 dan 3 maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?. Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.
Sekian. Hanya Allah yang lebih mengetahui!
JazakAllah tuan, tenang hati saya mendengar penjelasan tuan, memang benar yang tuan katakan itu, malah Allah juga melaknat seseorang yang menyuruh orang berbuat tetapi dirinya tidak melakukannya. Sama2lah kita doa supaya tidak tergolong dalam lingkungan itu.
BalasPadamMohon ijin share 🙏
BalasPadam