Selasa, 27 Oktober 2009

Pejuang Dahulu Dan Pejuang Sekarang

DAHULU Rasulullah SAW dan para Sahabatnya berjuang



Disajikan dengan lemparan batu dan debu


Hari ini selepas berjuang disaji dengan daging,


ayam dan nasi beriani


Mereka berjuang dihalau orang dan dibuang orang


Ada orang kita berjuang menghalau orang


Melempar orang, memenjarakan orang


Pejuang-pejuang dahulu disakiti


Pejuang-pejuang sekarang menyakiti orang


Pejuang-pejuang Islam dahulu berkorban


Harta-harta mereka diinfakkan


Pejuang-pejuang sekarang membuat harta


Bahkan menipu harta negara dan rakyat jelata


Pejuang-pejuang dahulu menutup aurat


Pejuang-pejuang sekarang mendedahkan aurat


Pejuang-pejuang sekarang menggalakkan membaca Al Quran


Kalau dahulu menggalakkan mengamalkan isinya


Pejuang-pejuang dahulu musafir dan mengembara


kerana berdakwah


Pejuang-pejuang sekarang musafir dan mengembara


Kerana ekonomi dan mencari makan


Pejuang-pejuang dahulu berukhwah


Pejuang-pejuang sekarang berpecah-belah dan berbalah


Tapi masing-masing mengaku konon memperjuangkan Islam


Atau mengaku memperjuangkan keadilan


Berapa lama lagi mereka ini mahu tipu orang?


Allah tidak akan membiarkan berlama-lama menipu orang



Lambat-laun Allah akan buka tembelang

Minda Guruku

Gambar Oleh NoorIslam.net

1 ulasan:

  1. Semalam saya membaca kisah 2 pemuda membunuh Abu Jahal kat anak2 saya, nampak bersinar ghairah mereka, semangat juang memancar, saya gembira, tetapi bila saya renungi diri saya, saya rasa malu, di manakah perginya sifat juang dulu.....

    BalasPadam

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin