Oleh Hadzlihady Hassan ( Harian Metro)
Gambar Hiasan Oleh: Reed farez
AMPANG: Seorang bapa terpaksa bermalam di lokap selepas dia kononnya dikatakan merogol anak sendiri yang sebelum itu membuat laporan polis berikutan ingin hidup bebas bersama teman lelaki.
Helah itu terbongkar apabila remaja berkenaan yang dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan meninggalkan nota kepada doktor dan mengaku dia hanya menipu kerana mahu keluar dengan teman lelakinya.
Menurut sumber polis, gadis berkenaan berusia 16 tahun pada mulanya cuba melarikan diri dengan membawa beg dan keluar dari rumahnya di sebuah kondominium di Pandan Mewah, Khamis lalu.
“Namun, perbuatan itu dapat dihidu bapanya yang kemudian mempersoalkan tindakan remaja terbabit sebelum dia dimarahi bapanya.
“Berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan itu, remaja terbabit kemudian membuat laporan polis mendakwa dia dirogol bapanya sendiri,” katanya
Menurut sumber terbabit, susulan daripada laporan itu polis menahan bapa remaja berkenaan dan dia terpaksa bermalam sehari di lokap untuk siasatan.
“Polis kemudian membawa remaja berkenaan menjalani pemeriksaan doktor untuk memastikan sama ada dia menjadi mangsa rogol atau sebaliknya.
“Namun, remaja terbabit akhirnya mengaku kepada doktor yang dia sengaja membuat laporan palsu kerana tidak tahan dengan sikap bapanya yang sering mengongkong kehidupannya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hasan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan terbabit.
“Semua ini salah faham antara dua beranak terbabit dan gadis itu mungkin terlalu mengikut naluri keremajaannya yang ingin bebas bersama rakan.
“Kes ini dianggap selesai dan pemeriksaan doktor juga mendapati gadis terbabit tidak mengalami sebarang tanda yang dia menjadi mangsa rogol,” katanya.
Menurutnya, gadis itu juga tidak menyangka bapanya akan dilokap disebabkan laporan yang dibuatnya itu.
“Gadis berkenaan tidak dapat menerima kenyataan yang bapanya terpaksa bermalam dalam lokap dan dia akhirnya menginsafi segala perbuatannya itu,” katanya.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
-
Saya rasa, mana nama pihak, sila berhati hati bila nak guna nama “Sunnah”
kerana bimbang berdusta atas nama Nabi, yang mana nerakalah tempat bagi
mereka ...
2 hari yang lalu
Salam,
BalasPadamRasanya bukan sekali kita mendengar berita sebegini. Inilah realiti kehidupan kita pada hari ini.Ibubapa sering gagal mengawal anak-anak mereka,guru-guru juga gagal dalam mendidik anak-anak didiknya. Inilah ujian yang Allah turunkan kepada kita semua. Kita sebenarnya masih gagal dalam menghayati kehidupan ini.Marilah kita kembali mengamalkan cara hidup Islam dalam setiap kehidupan kita.Ikutilah pendidikan yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW kepada kita.Sematkanlah rasa cinta dan takutkan Tuhan dalam diri dan pastinya Allah akan membantu!
salam,
BalasPadaminilah tanda2 bala bencana yang menimpa umat islam hari ini.. Ianya terjadi kerana umat lalai dari perintah Allah SWT. Perintah yang pertama yakni mengajak kepada amal baik dan melarang dari perbuatan mungkar..