Bukan mudah menahan marah apabila orang marah kepada kita Atau orang membuat kesalahan kepada kita
Bukan senang tidak bertindak balas terhadap orang yang menganiaya dan memfitnah kita
Sedangkan mereka menyusahkan kita, kita menderita dibuatnya.
Tidak mudah menahan perasaan hati tidak berbunga ketika ada orang memuji kita
Apakah kita boleh menolak pujian itu dengan hati bahawa kita tidak layak menerimanya?
Tidak mudah, tidak mudah, biasanya hati sedap rasanya
Apabila kita berhadapan dengan orang serba istimewa, ada yang kaya, berjawatan tinggi,
tinggi ilmunya sedangkan kita orang biasa sahaja, jiwa tidak rasa hamba?
Biasanya kita inferiority complex dibuatnya, malu pun ada
Bolehkah kita buat selamba aja, tidak terasa apa-apa?
Yang penting kita dengan Tuhan ada hubungan sentiasa, takut dan cinta
Terasa bahagia dengan Tuhan, rasa senang dengan-Nya yang lain tidak erti apa-apa.
Apakah mudah hati kita menahan derita bila mendapat bala?
Tidak mudah, biasanya hati kita derita dibuatnya
Kita rasa kecewa, kita rasa orang yang malang hidup di dunia
Kita tidak dapat hubungkaitkan dengan hikmah dan didikan Tuhan kepada kita
Bahkan biasanya selalu sahaja jahat sangka dengan Tuhan yang melakukannya
Hati kita rasa tidak patut Tuhan menyusahkan kita.
Begitu jugalah kalau kita orang istimewa, berilmu, berjawatan tinggi, kaya!
Biasanya megah datang tiba-tiba, sombong pun berbunga, mulalah kita menghina
Hidup kita pun mulalah berubah, ramai beragama lupa agama
Kalau dahulu boleh bergaul dengan orang biasa, sekarang kawan kita golongan atas sahaja
Hendak bergaul dengan orang biasa seperti dahulu rasa jatuh wibawa
Begitulah hati manusia sentiasa berubah-ubah apabila berubah keadaan.
Minda Guruku
Gambar Oleh: Perfect Stranger
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
-
Saya rasa, mana nama pihak, sila berhati hati bila nak guna nama “Sunnah”
kerana bimbang berdusta atas nama Nabi, yang mana nerakalah tempat bagi
mereka ...
2 hari yang lalu
Salam syeikh semoga anta sihat selalu, terima kasih atas komen dan mesej anta, hati ni memang susah nak jaga, sebab hati ini berkawan rapat dengan nafsu dan syaitan dan malaikat atau perkara yang baik, tetapi nafsu selalu menang dalam pertarungan sebab dia ada sokongan dari syaitan dan nafsu atau hati ini suka kepada benda yang seronok dan kelazatan atau nafsu, ada pendapat lain, hati ini ialah nafsu, roh dan diri seseorang itu.. Jadi memang susah nak jaga. Ada tips untuk bendung kehendak hati ini dengan cara kita berusaha sedaya upaya dengan berzikir atau sebut kalimah attayibah, berpuasa, solat sunnat, jangan lihat benda2 yang dosa dan banyak lagi, i/allah jika kita ikhlas maka akan dapat membendung nafsu kita ini dengan baik. apa2 berusaha n tawakal dan berdoa.
BalasPadam