Hidup di tengah-tengah gelombang nafsu ego dan rakus, hasad dengki, gila dunia, dendam dan bakhil, riak, ujub dan 1001 macam lagi kejahatan lahir dan batin itu manusia bukan sahaja tidak dapat memberi ketenangan pada masyarakat sekitarnya hatta diri dan keluarga sendiri pun mereka gagai meletakkan dalam keadaan tenang.
Kuman-kuman hasad dengki, takabur, gila dunia, bakhil, riak dan lain-lain itu yang penuh mengerumuni hatinya yang kian memunahranahkan kemurnian kemanusiaannya pasti tidak akan membenarkan hati manusia itu tenang dan diam.
Kejahatan-kejahatan ini akan sentiasa menggigit hati nurani manusia hingga hati itu sentiasa sakit.
Sudah kaya tidak puas apalagi kalau miskin.
Sudah berpengikut tidak puas apalagi kalau keseorangan.
Sudah sihat tidak puas apalagi kalau sakit.
Sudah disanjung tidak puas apalagi kalau dihina.
Di dalam kubur nanti kuman-kuman itu akan menjelma menjadi ular dan kala yang menggigit dan mengunyah sekujur tubuh manusia hingga di akhirat mereka akan merupai api yang akan membakar dan membaham lahir dan batin manusia.
Ketenangan hati hanya akan diperolehi dengan mengakui kehambaan, kekurangan dan kelemahan ke hadrat Allah yang Maha Tinggi. Mengaku berdosa lahir dan batin, takut dengan kebesaran, kekuasaan dan hukum Allah, mengharapkan kebahagiaan akhirat dengan melupakan penderitaan di dunia, berkasih sayang pada manusia, zuhud terhadap dunia, ikhlas beramal semata-mata kerana Allah dan !ain-lain rasa hati yang telah saya senaraikan sebelum ini.
Kebahagiaan di dunia ini ialah ketenangan hati. Dan hati-hati yang tenang ialah hati-hati yang selamat dari kejahatan-kejahatannya. Bila hati selamat maka barulah manusia akan dijemput Allah untuk menikmati kebahagiaan abadi dalam syurga Jannatunnaim. Firman Allah yang bermaksud:
"Pada hari manusia meninggalkan dunia ini tidak berguna harta dan anak-anak, kecuali mereka yang pergi mengadap Allah membawa hati yang selamat."
Mudah-mudahan Allah mengurniakan kita taufik dan pimpinan untuk memperolehi hati yang selamat sebagaimana yang Dia maksudkan. Amin.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
-
Saya rasa, mana nama pihak, sila berhati hati bila nak guna nama “Sunnah”
kerana bimbang berdusta atas nama Nabi, yang mana nerakalah tempat bagi
mereka ...
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan