Isnin, 25 Januari 2010

KEINDAHAN DAN KECANTIKAN SEORANG WANITA

Malu pada seorang wanita itu sebenarnya



di situlah letaknya keindahan


dan kecantikannya


Bersopan santun, berakhlak mulia,


maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya


Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas


Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan


terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk


dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada


Berbudi bahasa, peramah dan mesra,


tapi tidak mengada-ngada


Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya


Matanya selalu ditundukkan


terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja


Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya,


tidak dibuat-buat atau mengada-ngada


Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir atau mengata-ngata orang


atau memuji-muji diri dan keturunannya


Suaminya dihormati dan ditaatinya,


keluarga suaminya dimuliakannya


Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya


tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan


Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya


Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya


Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga,


macam menjaga keluarganya


Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita


yang boleh dipercaya


Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya


Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya


tidak ada di benak kepalanya


Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya


Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja


Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik,


“Abang ke mana? Dari mana?


Buat apa di sana? Mengapa lambat balik?”


Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik


Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya


Hingga sikapnya itu suaminya senang,


tenang, terhibur dan lapang fikirannya


Tidak meninggikan suara dengan suaminya,


kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya


Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja


Tidak mengungkit-ungkit suaminya,


sekalipun di waktu dia tidak senang


dengan suaminya


Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita


Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang?


Minda Guruku







Gambar Hiasan: Snetesa

4 ulasan:

  1. InsyaAllah akan ku jumpa seorang wanita spt itu utk menjadi isteriku nanti.

    BalasPadam
  2. Insya Allah, ada.

    Tetapi apabila mempercayai seseorang, biarlah berpada-pada walaupun terhadap suami/isteri sendiri. Suka bertanya perihal suami yang memadai adalah satu tanda isteri sayang dan prihatin sebenarnya.

    Ketahuilah, tidak sedikit suami yang memijak semut tak mati di hadapan isteri tetapi di belakangnya...gajah pun mampu dilangkah! Ini fakta sebenar, bukan sangka buruk.

    My point is, it takes more than isteri solehah to create Baiti Jannati. Wallahu'alam.

    BalasPadam
  3. Salam,

    Amat menarik.
    Saya mohon copy dan disiarkan di dalam entry sy boleh? Thanks

    BalasPadam

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin