skip to main |
skip to sidebar
Selimut Putih
"TOLONG...! Aku tak mahu ke sana, tak mahu !"
Rumah besarku, isteriku yang ma¬sih muda, anak kembarku yang comel, aduhai... segala kesayanganku, aku tidak mahu berpisah!
Gambar hiasan: pejabatposkk
'Tinggalkan saja aku di rumah besar ini, rumah yang aku beli hasil dari penat lelah ku sendiri."
"Hah... apa katamu? Hasil penat lelah mu? Kau boleh tutup pada pandangan manusia tapi kau tak boleh menipu aku!"
Siapakah gerangan yang berani mempersoalkan hal aku? "Dengan duit apa kau beli rumah ini? Masih kau ingat?"
"Ya... duit gaji yang kukumpul seti¬ap bulan.""Ha...ha... duit gaji!!! Duit gaji RM3,000 sebulan untuk membeli rumah yang sebesar ini?" suara itu seakan mengejek.
"Aaaa... duit bisnesku, ya...ya...duit bisnesku."
"Duit bisnes?" Ah... kenapa suara itu datang menggangguku? Bukan urusannya untuk campur tangan.
"Apa kau lupa pada peristiwa di pejabat¬ mu tempoh hari? Apa yang Tauke Ali Baba selitkan ke dalam hamper? Kau ingat aku tak tahu?"
"Aaaa... itu hadiah darinya untuk¬ku, tak salah kan?"
"Rasuah tak salah? Duit riba tak salah? Siapa yang mengajarmu?" Kulihat ramai orang yang datang, kemudian aku mendengar suara orang berbisik.
Pak imam berbisik sesuatu kepada Tok Siak.
"Kerandanya dah siap?"
Tok Siak menganggukkan kepala. Eh... Eh ke mana nak dibawa aku? Aku tidak mahu pergi.
"Kau akan ke rumahmu," Suara itu datang lagi.
"Mana aku ada rumah lain?" "Rumahmu nanti hanya satu liang lahad yang sempit, dan gelap-gelita." Aku takut. Ah... tentu rimas bera¬da di situ, aku tidak mahu! "Apakah kau mahu tinggal di rumah besar ataupun di sebuah ista¬na?" Suara itu mengujiku. Ahh.. ten¬tu saja aku mahu!
"Ha... ha... berangan mahu tinggal di rumah besar.?"
Kenapa tertawa? Tidak layakkah aku tinggal di istana besar? Begitu berani dia memperlecehkan kedudu¬kanku. Tidakkah dia tahu bahawa aku sering mendapat tempat istimewa da¬lam majlis!
"Darjat dan pangkatmu sudah tidak bernilai lagi. Darjat yang kau perolehi itu telah menjahanamkan dirimu. Kau menjadi orang yang ego, bakhil, memandang rendah pada orang lain." "Kau tahu istana itu untuk siapa?"
Pelik, kenapa aku pula yang ditanya! Mana aku tahu.
"lstana itu hanya untuk mereka yang mengEsakan Tuhan. Kau tidak memenuhi syarat-syaratnya."
"Aku sembahyang, puasa malah aku sudah bergelar haji!"
"Apakah kau fikir hanya itu tuntutan sebagai seorang Islam? Setiap hari orang rumahmu membuang sisa-sisamakanan sedangkan pada waktu itu anak anak jiranmu kelaparan tiada makanan. Kau tahu apa balasan yang bakal kau terima nanti?"
Apa alasanku untuk membela diri ? Ohhhhhhhhhhhhh...
"Baiklah kita angkat sekarang tapi perlahan-lahan," Sayup kedengaran suara Pak Imam.
Rumah besarku tersergam indah di depan mata, namun...
Tinggallah segala kesayangan. Hari ini isteriku menjadi janda, anak-anak ku menjadi yatim.
"Demi Allah, aku tidak akan kembali lagi. Janganlah mereka disakiti."
Kutatap satu demi satu wajah wajah di sekelilingku. Semuanya murung. Langkah-langkah mula diatur. Aduhai... kesayanganku.
"Wahai kesayanganku, saudara saudaraku, aku telah diperdayakan oleh dunia. Ambillah iktibar atas kematianku ini. Aku kini menyesal tapi segalanya tak bermakna lagi."
Siapa itu yang masih tersenyum melihat jasad ku? Sungguh kamu akan menyesal nanti. Tertawalah hari ini, pasti besok kamu akan menangis..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan