Hari ini ramai orang berzikir. Ada yang tahu tujuan
mereka berzikir. Ada juga yang tidak tahu kenapa. Bila
ditanya kenapa awak berzikir? Sekadar ikut-ikut
sahaja, kata mereka. Kami berzikir sama seperti
orang-orang terdahulu berzikir.
Yang tahu pula terbahagi kepada dua. Satu, memang
betul-betul diniatkan kerana Tuhan. Kedua, Bukan
kerana Tuhan, tetapi kerana dunia.
Yang berzikir kerana Tuhan, mereka berzikir nak cari
keredhaan Tuhan. Atas dasar cinta dan takut Tuhan. Nak
membesar dan mengagungkan Tuhan. Orang seperti inilah
yang digambarkan Tuhan di dalam Al-Quran, maksudnya :
“Orang-orang mukmin itu apabila menyebut nama Allah,
gementarlah hati-hati mereka.” Gementar itu adalah
kerana mereka benar-benar menghayati zikir tersebut.
Ucapan zikir itu bukan sekadar pada sebutan sahaja.
Tetapi ia terasa di hati. Zikir itu sudah menjadi
penghayatan. Jadi, bila nama-nama Allah itu disebut,
terus ia menangkap di hati. Terasa kebesaran Tuhan
yang tak terhingga. Terasa kehebatan Tuhan. Datang
takut. Datang gementar. Disebabkan bimbang yang
teramat sangat dengan kekuasaan Tuhan, yang boleh
berbuat apa sahaja terhadap dirinya. Disebabkan
teringat dosa-dosanya kepada Tuhan yang memungkinkan
dia terlepas daripada kasih sayang Tuhan. Atas
rasa-rasa ini, zikir mereka mengubah perangai mereka.
Mereka menjadi orang yang berakhlak dengan Tuhan dan
berakhlak sesama manusia.
Yang berzikir bukan kerana Tuhan, mereka berzikir
tetapi ada kepentingan dunia di situ. Bermakna
direndahkan taraf zikir itu menjadi dunia. Walhal
zikir itu ada nilai akhirat kalau tepat cara dan
perlaksanaannya. Mereka berzikir ada maksud untuk
mendapat kelebihan-kelebihan. Baca sekian ayat, dapat
kaya. Baca sekian ayat, dapat kebal. Baca sekian
wirid, orang akan hormat. Demikianlah jadinya. Orang
begini zikir itu sekadar sebutan sahaja. Tidak lebih
daripada itu. Zikir tidak difahami, jauh sekali hendak
dihayati. Itu sebab zikir itu tidak datangkan
rasa-rasa di dalam hati. Itu sebabnya lagi banyak
berzikir, tidak berubah akhlak. Malah, lagi berzikir
lagi tak cinta dan tak takut Tuhan.
Inilah yang patut direnungkan oleh kita semua yang
berzikir. Moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
-
Saya rasa, mana nama pihak, sila berhati hati bila nak guna nama “Sunnah”
kerana bimbang berdusta atas nama Nabi, yang mana nerakalah tempat bagi
mereka ...
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan