Rabu, 18 November 2009

SUSAHNYA MENGUBAH PERANGAI MANUSIA

MERUBAH gunung lebih senang
daripada mengubah perangai manusia

Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar
lebih mudah daripada merubah tabiat seseorang


Laut diubah menjadi daratan lebih mudah
daripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik


Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat
sudah bertukar suasana


Suasana yang lama sudah tidak ada,
suasana yang baru pula menjelma


Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun,
apabila balik suasana lama sudah tidak ada


Berubah segala-galanya, dengan wajah
dan suasana yang baru


Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah
daripada penghuninya di kalangan manusia


Setengah orang daripada kecil kita berkawan,
kemudian dipisah oleh desakan hidup
selama tiga puluh tahun


Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama


Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya
yang negatif masih wujud


Sedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubah


Dunia sudah menjadi cantik dan indah


Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik


Kerana itulah di zaman ada rasul,
untuk mendidik manusia Tuhan datangkan rasul


Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama
yang berwatak rasul


Ertinya untuk membangunkan dunia
siapa sahaja boleh lakukan


Tapi untuk membangunkan insan
bukan calang-calang orang untuk memimpin

Bahkan ada kalanya pemimpin itulah
yang merosakkan manusia yang memang sudah rosak


Manusia pun bertambah rosak dan jahat
Kerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahat


Yang mana pemimpin itu pun
tidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnya



Sedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubah


Sungguh susah hendak mengubah perangai manusia


Tidak seperti alam semula jadi mudah sahaja berubah

2 ulasan:

  1. yeah!betul..susah nak ubah perangai manusia lain..tp lebih susah nak ubah perangai sendiri..

    jom muhasabah sama2..^-^

    BalasPadam
  2. hmm..stuju...susah tol nak didik hati kpd Allah...
    susah tol nak jauhi perkara mazmumah...moga2 tuhan sudi pandu ke jalan y dredhaiNYA..ameen...

    BalasPadam

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin