Khamis, 12 November 2009

MARI BERJUANG IKUT CARA RASULULLAH SAW Siri 1







Makna Jihad Menurut Islam






Umumnya orang faham erti berjihad adalah berperang


untuk membela agama Allah, bangsa dan negara. Ramai di


antara mereka yang berperang itu tidak mengerjakan

Foto Oleh: Ds Khairunnisa Ismail

solat dan puasa, tidak menutup aurat atau sampai


meninggalkan solat dan puasa demi berperang melawan


musuh. Dalam kefahaman mereka kalau mereka mati dalam


perang melawan musuh itu, maka mati syahid walaupun


tidak mengerjakan solat.






Sebenarnya bukan itu makna jihad. Berperang hanya satu


bahagian kecil dari jihad dan dibuat bila sudah tidak


ada alternatif lain. Erti jihad menurut Islam adalah


bersungguh-sungguh memerah tenaga, akal fikiran bahkan


jiwa raga serta segala kekuatan-kekuatan lahir seperti


ekonomi, harta kekayaan, pangkat, jawatan, pengikut


dan lain-lain untuk menegakkan kalimah Allah di muka


bumi ini.






Kalimah Allah Itu Apa?






1. Kalimah Allah yang besar sekali adalah Zat Allah.


Memperkatakan Zat Allah, ertinya memperjuangkan aqidah


atau tauhid. Dengan kata-kata yang lebih luas berjihad


adalah memperjuangkan Tuhan supaya orang kenal, cinta


dan takut dengan Tuhan.






2. Setelah itu Kalimah Allah adalah syariat-Nya. Bila


kita kata memperjuangkan syariat Tuhan, syariat Tuhan


itu banyak jenis dan tarafnya. Syariat ada yang


menjadi rukun, rukun Islam atau rukun syariat. Bila


dikatakan rukun Islam atau rukun Syariat, ada lima


iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mengerjakan


solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan


mengerjakan haji bila mampu.






Ada satu jenis jihad yang selamat menyelamatkan, tidak


mem-bunuh dan tidak melukai badan orang, tidak


memerlukan harta benda yang banyak tetapi bernilai


tinggi di sisi Allah iaitu mengorbankan perasaan.


Mengorbankan perasaan itu dianggap jihad, bererti yang


membuatnya mendapat pahala jihad.






Mengapa dia dianggap jihad? Kerana ia ada hubungan


dengan melawan nafsu. Hadis mengatakan bahawa


peperangan melawan nafsu itu satu jihad, bahkan satu


jihad yang besar. Mengorbankan perasaan itu dianggap


jihad kerana ada hubungan dengan berjuang melawan


nafsu. Melawan nafsu itu adalah jihad yang paling


besar.






Semua maklum bahawa hukum berjihad adalah wajib,


tetapi bagaimana kedudukannya dalam Islam? Di dalam


Islam kedudukan jihad jatuh nombor tiga setelah rukun


Iman dan rukun Islam. Mengapa jihad itu dianggap


besar? Setelah Rukun Iman dan Rukun Islam, jihad


adalah yang paling utama, dia menjadi nombor satu, dia


jadi besar. Mengapa?






Kita cuba ambil satu ayat Quran, Allah berfirman:






Terjemahannya: "Sesungguhnya Allah akan membeli pada


diri orang-orang beriman itu dirinya dan


harta-hartanya dengan balasan Syurga. " (At-Taubah:


111)






Itu tawaran Tuhan, kerana jihad itu besar maka disuruh


beli. Jihad itu ada yang lahir ada yang batin. Dari


segi lahirnya jihad menentu hidup mati Islam. Kalau


ada jihad hiduplah Islam, kalau tidak ada jihad


matilah Islam. Dari segi batin, jihad menentukan


seseorang itu terbangun insaniahnya atau sebaliknya.


Tidak ada jihad, punahlah insaniahnya.






bersambung

1 ulasan:

  1. ye betul tu ustaz,jihad bukan saja berperang semata-mata,satu pandangan tepat tentang jihad..

    BalasPadam

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin