Selasa, 24 November 2009

MARI BERJUANG IKUT CARA RASULULLAH SAW Siri 3


Kalau begitu, sebelum memperjuangkan suatu wajib



kifayah, mesti dinilai dulu taraf wajib kifayah


tersebut, mana yang nombor satu, dua, tiga, empat dan


seterusnya. Mana yang lebih wajib, memperjuangkan


hudud atau memperjuangkan adanya satu kedai atau


warung makan dalam masyarakat Islam? Menurut saya


memperjuangkan adanya satu kedai atau warung makan


dalam masyarakat Islam lebih wajib dan lebih utama


sebab itu keperluan umum. Sedangkan hudud itu


keperluan untuk orang jahat saja. Kedai atau warung


makan dalam masyarakat Islam keperluan umum untuk


semua, keperluan setiap hari. Kalau tidak ada kedai


atau warung makan di satu masyarakat Islam itu akan


menyusahkan semua orang, semua umat Islam menanggung


dosa.






Kemudian soal fardhu kifayah, jangan kerana ada benda


yang belum dapat dibuat, maka yang dapat kita buat


kita tinggalkan atau tidak usahakan. Kalau kita ingin


memperjuangkan syariat, sebagai pejuang syariat mesti


mengikut kaedah syariat, iaitu: jika tidak atau belum


dapat membuat semua, jangan tinggalkan semua. Ertinya


kalau belum dapat menegakkan hudud dalam negara jangan


tinggalkan pendidikan, jangan tinggalkan membangunkan


ekonomi Islam, kedai, restoran, klinik atau hospital,


kebudayaan Islam dan aspek-aspek kehidupan Islam


lainnya dalam jemaah kita yang kita ada kuasa di


dalamnya dan pemerintah tidak melarangnya. Pemerintah


tidak melarang bahkan mendorong jemaah jemaah Islam


untuk mem-bantu pemerintah membangun ekonomi Islam,


klinik Islam, pendidikan Islam, kebudayaan Islam dan


sebagainya.






Jadikanlah jemaah kita itu sebagai gelanggang dan


tempat laluan untuk menegakkan syariat Islam yang


sangat kita kehendaki itu dalam bidang ekonomi, kedai,


restoran, klinik atau hospital, kebudayaan Islam dan


aspek-aspek kehidupan Islam lainnya. Setelah orang


nampak keindahannya, kemakmuran dan kedamaiannya


sehingga masyarakat merasakan jemaah kita membawa


rahmat bagi mereka, mudahlah kita meyakinkan


masyarakat termasuk golongan pemerintahan untuk


mengamalkan syariat Islam di seluruh negara.






Tanpa kita suruh-suruh mereka akan meniru-niru sistem


hidup Islam dalam jemaah kita yang cantik. Mereka akan


meniru ekonomi Islam kita, kebudayaan Islam, kesihatan


Islam, pendidikan Islam dan aspek-aspek lain yang


sudah kita amalkan dengan begitu cantik dalam jemaah


kita. Kalau kita tidak dapat mengamalkan dengan cantik


sistem hidup Islam tersebut dalam jemaah kita yang


kita ada kuasa di dalamnya, apa jaminannya kita dapat


mengamalkannya dengan cantik di peringkat negara?






Memperjuangkan syariat Islam tidak sama dengan


memperjuangkan ideologi dan undang-undang ciptaan akal


manusia. Orang yang memperjuangkan syariat dahulu


padahal masyarakat belum lagi kenal, cinta dan


takutkan Tuhan pemilik syariat, sebenarnya mereka


tidak mengikut Sunnah dan jalan yang pernah ditempuh


oleh Rasulullah SAW. Mereka mengikut jalan yang telah


ditempuh oleh pejuang-pejuang ideologi yang sekular.


Sejarah Rasulullah SAW yang berjuang selama 23 tahun


itu, 13 tahun pertama baginda mengenalkan Tuhan kepada


manusia agar Tuhan dikenal dicintai dan ditakuti.


Kemudian barulah baginda memperjuangkan syariat Tuhan


selama 10 tahun.






Padahal Tuhan itu satu, sedangkan syariat Tuhan


beribu-ribu banyaknya, tapi waktu yang diambil untuk


memperjuangkan Tuhan lebih banyak. Sebab, apa erti


berjuang bila tidak kenal dan cinta Tuhan. Apa erti


solat, zakat, puasa, haji, menutup aurat, bila tidak


kenal, cinta dan takutkan Tuhan. Apa erti menolong


orang tua dan kawan-kawan bila tidak dibuat atas dasar


hendak mencari redha Tuhan. Mengerjakan satu amalan


syariat, suatu kebaikan atau meninggalkan suatu


larangan bila dibuat bukan atas dasar Allah, maka dia


mungkin riyak atau munafik. Dosa riyak atau munafik


ini lebih besar daripada dosa tidak menutup aurat,


menipu atau mencuri.






Jadi bila kita tersalah teknik dalam berjuang, kita


memperjuangkan syariat tanpa memperjuangkan Tuhan


lebih dahulu maka secara sedar atau tidak sedar kita


berjuang untuk menjadikan rakyat munafik. Kalaupun


tidak semua rakyat mungkin sebahagian.






Jalan yang ditempuh ini bukan jalan Islam. Bukan jalan


yang Tuhan sampaikan pada Rasul. Tapi jalan atau


sistem yang diwujudkan oleh musuh kita. Sebenarnya


sistem atau cara perjuangan seperti ini, yang


mewujudkannya dan memperjuangkannya bukan orang Islam,


dia musuh Islam.






bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin