Jihad secara lahiriah semua sudah tahu, tetapi
Rasulullah SAW sangat menekankan tentang adanya jihad
maknawi, jihad nafsu. Rasulullah SAW pernah bersabda:
Terjemahannya: "Kita baru balik dari satu peperangan
maha kecil untuk menuju satu peperangan yang maha
besar. "
Peperangan yang lebih besar itu ialah peperangan
melawan nafsu, jihad melawan nafsu. Rasulullah
mengajak kita untuk meninggalkan satu peperangan, satu
perjuangan yang kecil untuk dilatih melakukan satu
perjuangan yang besar iaitu perjuangan melawan nafsu.
Kita duduk-duduk saja, tidaklah sesibuk orang lain
hari ini. Tapi sebenarnya sedang membuat kerja yang
besar iaitu berjihad melawan nafsu.
Pejuang Syariat Mesti Ikut Kaedah Syariat
Dalam ajaran Islam, perkara wajib yang menjadi rukun
Islam lebih besar daripada perkara wajib yang tidak
menjadi rukun. Wajib yang tidak menjadi rukun itu
banyak. Berjuang itu wajib, memberi nafkah pada anak
isteri itu wajib, taat kepada ibu ayah wajib, taat
kepada pemimpin itu wajib, meninggalkan yang haram itu
wajib dan masih banyak wajib-wajib yang lain. Tetapi
wajib-wajib yang bukan rukun ini tidak lebih besar
dari wajib yang menjadi rukun Islam.
Jadi kalau ada orang yang berjuang untuk menegakkan
dan mem-besarkan perkara wajib yang bukan rukun sampai
meninggalkan atau melalaikan perkara wajib yang
menjadi rukun, itu sudah tidak betul. Dia sudah
tertipu. Dalam masyarakat, kita lihat ada orang yang
begitu bersemangat memperjuangkan hudud. Apakah hudud
itu rukun Islam? Mengapa kerana hendak memperjuangkan
hudud sampai lalai mengerjakan puasa, solat, membayar
zakat dan naik haji .Jangan sampai hudud sudah
dijadikan lebih penting dari rukun Islam.
Jadi dalam memperjuangkan syariat Islam mesti mengikut
tertibnya iaitu:
1. Mesti memperjuangkan Tuhan pemilik syariat lebih
dahulu agar Tuhan dikenal, dicintai, dibesarkan,
disucikan, dijadikan sandaran, ditakuti dan lain-lain
2. Setelah itu memperjuangkan rukun Islam yang lima
yang menjadi asas agama. Setelah Tuhan dikenal maka
dia akan melaksanakan rukun Islam yang lima atas dasar
cinta dan takutkan Tuhan. Bukan semata-mata atas dasar
kewajipan saja.
3. Setelah itu barulah memperjuangkan wajib-wajib yang
lain. Wajib yang lain itupun ada yang fardhu ain, ada
yang fardhu kifayah. Yang fardhu ain pada setiap
individu mesti didahulukan. Bila dikerjakan, maka akan
mendapat pahala, dan bila tidak kerjakan, dia akan
menanggung dosa. Ada wajib fardhu kifayah yang
berbentuk umum misalnya menyediakan makanan halal,
yang mana kalau ada sekelompok umat Islam yang sudah
membuatnya, maka yang lain akan terlepas dari dosa.
Tapi kalau tidak ada sekelompok yang melakukannya,
semua umat Islam di situ berdosa.
BERSAMBUNG
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
-
Saya rasa, mana nama pihak, sila berhati hati bila nak guna nama “Sunnah”
kerana bimbang berdusta atas nama Nabi, yang mana nerakalah tempat bagi
mereka ...
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan