Isnin, 23 November 2009

Bahaya Lidah



LIDAH yang lembut itu sepatutnya mengeluarkan



kata-kata yang menyejukkan hati


Lafaz-lafaz yang dituturkannya menjadikan


orang berkasih sayang


Bahasa yang diucapkan mendamaikan


dua golongan yang selisih faham



Tapi apa yang terjadi kepada lidah manusia hari ini


Ia telah merobek-robek hati dan jiwa manusia


Maruah manusia telah dihancur leburkannya


Lidah telah memecah belah di antara sesama manusia


Begitulah ilmu, sepatutnya menerangkan


kehidupan manusia di dunia


Tapi ilmu telah menjadikan jiwa-jiwa dan hati-hati


yang empunya mati atau buta


Ilmu pada seseorang telah mengoyak-ngoyakkan


Iman yang memilikinya


Ia telah merobek-robek taqwa seseorang


Hingga cacat taqwanya


Ilmu tidak lagi memerdekakan hamba dengan Tuhannya


Makin banyak ilmu semakin jauh daripada Tuhan


Ini adalah disebabkan niat menuntut ilmu kerana dunia


Atau kerana mengejar nama atau glamour


Sebab-sebab lain kerana yang empunya ilmu


rasa bertuhan sudah tidak ada


Atau Tuhan sudah tidak diambil pusing atau diutama


Rasa bertauhid sudah tidak ada


Takut dengan Tuhan sudah jauh dari hati manusia


Kerana inilah lidah sudah disalah guna


Ilmu-ilmu sudah tidak lagi berperanan di tempatnya


Akibatnya kerana lidah dan ilmu


Telah merosakkan manusia


Sama ada yang empunya


mahupun selain dirinya

Minda Mujaddid

1 ulasan:

  1. Salam abuhaiqal.. benar.. rugilah lidah yg berkata sia2.. Lidah yg baik mengeluarkan kata2 yg berkasih sayang.. puncanya dari ilmu, amal dan akhlak.. Kasih syg kunci perpaduan sejagat.. InsyaAllah.. :)

    BalasPadam

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin