Isnin, 18 Januari 2010

Selimut Putih



"TOLONG...! Aku tak mahu ke sana, tak mahu !"



Rumah besarku, isteriku yang ma¬sih muda, anak kembarku yang comel, aduhai... segala kesayanganku, aku tidak mahu berpisah!


Gambar hiasan: pejabatposkk



'Tinggalkan saja aku di rumah besar ini, rumah yang aku beli hasil dari penat lelah ku sendiri."






"Hah... apa katamu? Hasil penat lelah mu? Kau boleh tutup pada pandangan manusia tapi kau tak boleh menipu aku!"






Siapakah gerangan yang berani mempersoalkan hal aku? "Dengan duit apa kau beli rumah ini? Masih kau ingat?"






"Ya... duit gaji yang kukumpul seti¬ap bulan.""Ha...ha... duit gaji!!! Duit gaji RM3,000 sebulan untuk membeli rumah yang sebesar ini?" suara itu seakan mengejek.


"Aaaa... duit bisnesku, ya...ya...duit bisnesku."






"Duit bisnes?" Ah... kenapa suara itu datang menggangguku? Bukan urusannya untuk campur tangan.






"Apa kau lupa pada peristiwa di pejabat¬ mu tempoh hari? Apa yang Tauke Ali Baba selitkan ke dalam hamper? Kau ingat aku tak tahu?"






"Aaaa... itu hadiah darinya untuk¬ku, tak salah kan?"






"Rasuah tak salah? Duit riba tak salah? Siapa yang mengajarmu?" Kulihat ramai orang yang datang, kemudian aku mendengar suara orang berbisik.


Pak imam berbisik sesuatu kepada Tok Siak.


"Kerandanya dah siap?"


Tok Siak menganggukkan kepala. Eh... Eh ke mana nak dibawa aku? Aku tidak mahu pergi.


"Kau akan ke rumahmu," Suara itu datang lagi.


"Mana aku ada rumah lain?" "Rumahmu nanti hanya satu liang lahad yang sempit, dan gelap-gelita." Aku takut. Ah... tentu rimas bera¬da di situ, aku tidak mahu! "Apakah kau mahu tinggal di rumah besar ataupun di sebuah ista¬na?" Suara itu mengujiku. Ahh.. ten¬tu saja aku mahu!






"Ha... ha... berangan mahu tinggal di rumah besar.?"


Kenapa tertawa? Tidak layakkah aku tinggal di istana besar? Begitu berani dia memperlecehkan kedudu¬kanku. Tidakkah dia tahu bahawa aku sering mendapat tempat istimewa da¬lam majlis!






"Darjat dan pangkatmu sudah tidak bernilai lagi. Darjat yang kau perolehi itu telah menjahanamkan dirimu. Kau menjadi orang yang ego, bakhil, memandang rendah pada orang lain." "Kau tahu istana itu untuk siapa?"






Pelik, kenapa aku pula yang ditanya! Mana aku tahu.


"lstana itu hanya untuk mereka yang mengEsakan Tuhan. Kau tidak memenuhi syarat-syaratnya."


"Aku sembahyang, puasa malah aku sudah bergelar haji!"






"Apakah kau fikir hanya itu tuntutan sebagai seorang Islam? Setiap hari orang rumahmu membuang sisa-sisamakanan sedangkan pada waktu itu anak anak jiranmu kelaparan tiada makanan. Kau tahu apa balasan yang bakal kau terima nanti?"


Apa alasanku untuk membela diri ? Ohhhhhhhhhhhhh...






"Baiklah kita angkat sekarang tapi perlahan-lahan," Sayup kedengaran suara Pak Imam.


Rumah besarku tersergam indah di depan mata, namun...


Tinggallah segala kesayangan. Hari ini isteriku menjadi janda, anak-anak ku menjadi yatim.






"Demi Allah, aku tidak akan kembali lagi. Janganlah mereka disakiti."


Kutatap satu demi satu wajah wajah di sekelilingku. Semuanya murung. Langkah-langkah mula diatur. Aduhai... kesayanganku.






"Wahai kesayanganku, saudara saudaraku, aku telah diperdayakan oleh dunia. Ambillah iktibar atas kematianku ini. Aku kini menyesal tapi segalanya tak bermakna lagi."






Siapa itu yang masih tersenyum melihat jasad ku? Sungguh kamu akan menyesal nanti. Tertawalah hari ini, pasti besok kamu akan menangis..



Khamis, 14 Januari 2010

Hidup Menurut Aturan Allah



Manusia hidup menjejakkan kaki di bumi dan beratapkan langit Allah. Manusia makan dari tumbuhan dan binatang ternak yang Allah ciptakan. Manusia minum dari air ciptaan Allah. Bernafas pun udara ciptaan Allah juga. Itulah hakikat kehidupan manusia di dunia ini. Pertanyaannya, mengapa manusia tidak mahu hidup menurut aturan yang telah Allah tentukan? Bayangkan ada seorang yang menggunakan peralatan elektronik atau mesin tidak sesuai prosedur pemakaian yang telah ditetapkan oleh pabrik pembuatnya. Tentu kerosakanlah jawabannya.




Allah berfirman:


“Lahirlah kerosakan di lautan dan di daratan akibat dari tangan-tangan manusia”


[Q.S. Ar Rum : 41]


Kerosakan di laut dan di darat telah kita rasakan bersama akibat manusia-manusia yang hidup dimuka bumi ciptaan Allah ini tetapi tidak mau mengikuti aturan Allah. Manusia-manusia seperti ini Allah cap dengan gelaran kafir atau dzalim atau fasik, sebagaimana firman Allah:


“Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang kafir”


[Q.S. Al Maidah : 44]


“Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang zalim”


[Q.S. Al Maidah : 45]


“Barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum dari Allah maka sesungguhnya mereka adalah orang-orang fasiq”


[Q.S. Al Maidah : 46]


Supaya manusia boleh hidup di dunia ini seperti yang dikehendaki Allah (sesuai Al Quran dan As Sunnah) maka manusia perlu menjalani Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat.


Syariat


Syariat adalah peraturan lahir dan batin atau hukum Allah yang telah ditetapkan dalam Al Qur’an dan dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW. Hukum Syariat terdiri dari lima hukum, yaitu wajib, sunat, haram, makruh dan mubah.


Syariat Allah yang terdiri dari lima hukum itu, kalau membahas mengenai persoalan keyakinan dan aqidah, disebut tauhid. Bila membahas persoalan lahiriah seperti berpakaian, berniaga, tatacara shalat disebut fiqih. Kalau syariat itu kalau membahas mengenai persoalan hati, nafsu, batin atau rohani disebut tasawuf.


Tauhid, fiqih dan tasawuf tidak dapat dipisahkan, ketiganya harus dipelajari, difahami dan diamalkan, misalnya dalam solat, ketiganya harus diamalkan secara serentak.


Fiqihnya : Berdiri, rukuk, sujud dalam setiap bacaan dan perbuatan dalam shalat


Tauhidnya : Yakin dengan Allah Yang Maha Melihat


Tasawufnya : Khusyuk, faham setiap bacaan dan rasa tadharuk dengan Allah.


Ketiganya tidak dapat dipisahkan, Imam Malik r.a berkata :


“Barang siapa yang semata-mata berfiqih tetapi tidak bertasawuf, dia akan jatuh fasiq. Barang siapa yang bertasawuf tetapi tidak berfiqih, dia akan jatuh zindiq (kafir)”.


Tarekat


Tarekat artinya jalan.


Tarekat terbagi dua :


Tarekat wajib yaitu syariat yang berbentuk teori kemudian diamalkan sungguh-sungguh. Contoh: bertarekat dalam shalat maknanya kita belajar ilmu tentang shalat kemudian melaksanakan shalat seperti yang kita pelajari.


Tarikat sunat. Seperti tarekat Alawiyah, Satariah, Qadariah, Naqsabandiyah, Muhammadiyah dan lain-lain, yaitu kita mengamalkan disiplin wirid-wirid, shalawat-shalawat tertentu yang disusun oleh ulama-ulama terdahulu yang tersambung dengan Rasulullah saw.


Tarekat wajib, memang wajib bagi setiap orang untuk mengamalkannya. Tarekat sunat banyak diamalkan oleh orang yang bercita-cita mendidik diri dan oleh ulama-ulama yang haq.


Sebaiknya kita juga mengamalkan tarekat sunat untuk memudahkan jalan kita menuju Allah. Orang yang mengamalkan tarekat sunat ini akan dibantu dalam bermujahadah melawan nafsu dan mendidik hati ke arah taqwa. Perlu diingat dalam kita mengamalkan tarekat sunat, kita tidak boleh meninggalkan tarekat wajib, kerana amalan sunat tidak akan memiliki nilai apa-apa tanpa mengerjakan amalan wajib.


Hakikat


Setelah seseorang itu bersyariat dan bertarekat sungguh-sungguh dia akan dapat rasa Hakikat, iaitu rasa yang Allah jatuhkan ke hati hambaNya yang Dia pilih dan kehendaki. Orang ini tidak lagi memiliki sifat mazmumah (sifat jahat). Sifat-sifat mahmudah (terpuji) menghiasi dirinya, seperti rasa syukur, redha, zuhud, tawakal, pemurah, dan lain-lain. Jiwanya tidak terpengaruh dengan perubahan suasana. Allah letakkan dalam hatinya rasa tenang dan damai. Firman Allah :


“Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati akan tenang”


[Q.S. Ar Rad : 128]


Orang berzikir yang mendapat ketenangan itu mulutnya menyebut Allah, hati merasakan kebesaran Allah dan perbuatannya melaksanakan perintah Allah. Soal hakikat atau buah ibadah tidak dapat dipelajari. Siapa yang dapat, dia akan merasakannya. Orang yang telah mendapat hakikat, dikatakan orang yang benar-benar kenal Allah.


Makrifat


Orang yang telah sampai ke tingkat makrifat dikatakan orang-orang yang Al ‘Arifbillah atau golongan ‘Arifin. Mereka ini kenal Allah dengan mata hati dan mereka telah mencapai taraf bertaqwa. Mereka benar-benar dapat melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah yang haram dan makruh.


Kalau ada orang yang melaksanakan syariat dengan sungguh-sungguh, memahami kelima hukum dengan sungguh-sungguh tetapi tidak tenang, tidak redha, tidak sabar dan lain-lain dia harus memeriksa dirinya, muhasabah dirinya kembali. Kalau bukan kesalahan di bidang Tauhid, mungkin salah di bidang fiqih atau di bidang tasawuf.

Rabu, 13 Januari 2010

Buang Ayah tepi jalan


Oleh Rashidi Karim


am@hmetro.com.my


Gambar hiasan: armin mustamin



KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.


Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.






Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.






“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.






Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.






Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.






Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.






“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.






Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.






Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.






Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.






“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.


“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.






Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.






Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.






“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.






“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.






Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.






Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

Ramai Orang Mengaku Islam

Ramai orang mengaku Islam


Tersinggung kalau dikatakan dia bukan orang Islam .....






Tapi persoalan iman mereka tidak dipedulikan


Syariat mereka abaikan, akhlak dipandang kecil sahaja






Sebut utamakan Akhirat rasa tersinggung


Menyebut Allah Taala sebagai budaya sahaja






Bukan dari hati yang takut, atau bukan menjiwai rasa bertuhan


Atau Tuhan disebut buat penyedap kata semata-mata sebagai budaya






Yang difikir dan diperkatakan hanya kemajuan-kemajuan


Pembangunannya, pembangun dan kekayaan






Seolah-olah kemajuan, pembangunan


dan kekayaan adalah segala-galanya






Padahal beberapa ramai orang yang maju dan kaya


Rumahtangga huru-hara






Anak, isteri tidak seia dan sekata


Kasih sayang tidak ada, keharmonian hidup tidak ada di dalam keluarga






Tidak pernah rasa bahagia


Jiwa kosong, fikiran berserabut






Side-effectnya, mudah marah, mudah tersinggung, mudah merajuk


Rupanya pembangunan, kemajuan, kekayaan tidak menjamin membawa kasih sayang






Kemewahan hidup tidak menjamin keharmonian di dalam keluarga


Pada kekayaan belum menjamin membawa bahagia.....
















Selasa, 12 Januari 2010

PERJUANGAN ISLAM YANG DIREDHAI OLEH ALLAH





Memperjuangkan Islam bukan sekadar memberitahu halal dan haram,


Membangunkan Islam bukan cukup hanya mengecap seseorang itu bidaah,


sesat, fasik, munafik, ekstrim dan melampau,


Memperjuangkan Islam bagaimana menyuburkan tauhid dalam fikiran,


Siapa yang takutkan Tuhan dan mencintai serta menghayati Tuhan,


Agar Tuhan jadi tempat rujuk dan tempat menaruh harapan,


Tuhan dibesarkan, diagungkan bahkan tempat sandaran insan,


Hingga Tuhan diingati dimana-mana dan dirasakan Tuhan adalah segala-galanya,


Dari sini barulah orang ingin bersyariat sebagai melahirkan cinta kepada Tuhan,


Dari sini orang akan cinta mencintai sesama insan,


Orang akan bersatu padu, rasa bersama dan bekerja sama, lahir timbang rasa,


mengutamakan orang lain, khidmat sesama manusia kerana Tuhannya,


Orang kaya menjadi bank kerana pemurahnya, inginkan pahala dari Tuhannya,


Cerdik pandai tawadhuk, yang bodoh merujuk, yang miskin sabar di dalam hidupnya,


Begitu juga berjuang menunjuk jalan bagaimana mengutamakan akhirat,


Menggunakan apa yang ada pada diri manusia,


Memberitahu bagaimana bersatu di dalam Islam,


Maju secara Islam, berhibur mengikut Islam,


Menunjuk jalan bagaimana berekonomi menurut Islam,


Bermasyarakat secara Islam,


Yang lebih penting para pejuang di dalam diri mereka ada role model untuk diikut,


Ibadahnya, perpaduannya, masyarakatnya, ekonominya, keluarganya,


kebersihannya, kasih sayangnya, kerjasamanya dan lain-lainnya,


Inilah dia perjuangan Islam sebenarnya,


Bukan sekadar cakap-cakap, slogan dan syarahan,


Yang lebih awal daripada semua itu,


Para pemimpin Islam ada ilmu untuk disarankan,


Untuk pimpinan dan didikan,


Ia merupakan panduan untuk insan yang ada kemahuan,


Bukan sekadar slogan, gesaan dan semangat-semangat yang tidak ada panduan,


Kalau cara itu umat Islam berjuang cepat membatalkan tujuan,


Kalau tidak hanya angan-angan bahkan membawa perpecahan,


Para pejuang mestilah cukup persiapan,


Persiapan ilmu, role model kepada manusia yang hendak disedarkan,


Kalau begitu berjuang bukan mudah dan senang tapi amat mencabar,


Bukan seperti makan minum dan berpakaian

Isnin, 11 Januari 2010

Penghuni Syurga Dan Neraka



Gambar Hiasan oleh: omaq.org











Di syurga diberitakan kebanyakan penghuni-penghuni



orang yang miskin di dunia,


Di dalam neraka ramai penghuni-penghuni orang yang


status tinggi di dunia,






Ertinya penghuni neraka ramai pembesar-pembesar, orang


yang berkuasa dan orang-orang kaya,


Mengikut logik tentulah yang masuk syurga orang-orang


mewah dan serba ada,


Kerana dengan serba ada mereka mudah dan senang


membuat baik dengan manusia,






Tapi berita-berita ini menolak logik kita,


Orang yang serba ada nampaknya tidak membuat lebih


baik daripada yang tidak berpunya apa-apa,


Tapi mereka membuat baik adalah tujuan dunia dan


mencari nama kalau pun mereka membuat baik,






pemurah kerana nama, menolong orang minta dipuji,


membuat baik minta dikenang jasa,


akibatnya kebaikan itu Tuhan tidak terima,






kerana upahan mereka sudah terima atau sudah dapat di dunia,


lainlah orang miskin kalau menolong orang akhlaknya ada,


bukan kerana nama, bukan kerana glamour, bukan minta kenang jasa,


mereka sedar diri siapalah mereka,






mereka buat baik, fitrah mereka bersih daripada mencari nama,


mereka membuat baik tidak terfikir hendak dikenang jasa,


mereka rasa orang hina tidak seperti orang yang ada statusnya,


tidak hairanlah orang miskin ramai didalam syurga,






orang yang tinggi kedudukan didunia seperti orang kaya ramai ke neraka,


oleh itu kalau kita serba mewah dan berada


berkhidmatlah dengan manusia dengan ikhlas,


agar kita selamat di syurga tempat yang kekal abadi kebahagiannya.







Jumaat, 8 Januari 2010

Mengapa Kita Berzikir?

Hari ini ramai orang berzikir. Ada yang tahu tujuan



mereka berzikir. Ada juga yang tidak tahu kenapa. Bila


ditanya kenapa awak berzikir? Sekadar ikut-ikut


sahaja, kata mereka. Kami berzikir sama seperti


orang-orang terdahulu berzikir.






Yang tahu pula terbahagi kepada dua. Satu, memang


betul-betul diniatkan kerana Tuhan. Kedua, Bukan


kerana Tuhan, tetapi kerana dunia.






Yang berzikir kerana Tuhan, mereka berzikir nak cari


keredhaan Tuhan. Atas dasar cinta dan takut Tuhan. Nak


membesar dan mengagungkan Tuhan. Orang seperti inilah


yang digambarkan Tuhan di dalam Al-Quran, maksudnya :


“Orang-orang mukmin itu apabila menyebut nama Allah,


gementarlah hati-hati mereka.” Gementar itu adalah


kerana mereka benar-benar menghayati zikir tersebut.


Ucapan zikir itu bukan sekadar pada sebutan sahaja.


Tetapi ia terasa di hati. Zikir itu sudah menjadi


penghayatan. Jadi, bila nama-nama Allah itu disebut,


terus ia menangkap di hati. Terasa kebesaran Tuhan


yang tak terhingga. Terasa kehebatan Tuhan. Datang


takut. Datang gementar. Disebabkan bimbang yang


teramat sangat dengan kekuasaan Tuhan, yang boleh


berbuat apa sahaja terhadap dirinya. Disebabkan


teringat dosa-dosanya kepada Tuhan yang memungkinkan


dia terlepas daripada kasih sayang Tuhan. Atas


rasa-rasa ini, zikir mereka mengubah perangai mereka.


Mereka menjadi orang yang berakhlak dengan Tuhan dan


berakhlak sesama manusia.






Yang berzikir bukan kerana Tuhan, mereka berzikir


tetapi ada kepentingan dunia di situ. Bermakna


direndahkan taraf zikir itu menjadi dunia. Walhal


zikir itu ada nilai akhirat kalau tepat cara dan


perlaksanaannya. Mereka berzikir ada maksud untuk


mendapat kelebihan-kelebihan. Baca sekian ayat, dapat


kaya. Baca sekian ayat, dapat kebal. Baca sekian


wirid, orang akan hormat. Demikianlah jadinya. Orang


begini zikir itu sekadar sebutan sahaja. Tidak lebih


daripada itu. Zikir tidak difahami, jauh sekali hendak



dihayati. Itu sebab zikir itu tidak datangkan


rasa-rasa di dalam hati. Itu sebabnya lagi banyak


berzikir, tidak berubah akhlak. Malah, lagi berzikir


lagi tak cinta dan tak takut Tuhan.






Inilah yang patut direnungkan oleh kita semua yang


berzikir. Moga-moga ada manfaatnya untuk kita bersama.

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin