Isnin, 7 Disember 2009

Menjadikan Kuliah/Pekerjaan sebagai Ibadah

Di dalam masyarakat, termasuk di kalangan ulama-ulama & pendakwah-
pendakwahnya, sepertinya sudah mendarah daging sebuah pernyataan


yaitu: "Kejarlah akhirat, tapi jangan lupa dengan dunia. Fifty-


fiftylah, 50% untuk dunia, 50% untuk akhirat". Pada mereka yang


berfahaman fifty-fifty ini hanya dengan melaksanakan sholat, haji,


puasa, doa, baca Al Quran itu saja yang dikiranya amalan akhirat.


Sedangkan bila bertani, berkebun, berternak, kerja di pejabat,


pekerja kilang, memimpin masyarakat, sekolah, dll, dianggap sebagai


amalan dunia. Dengan demikian amalan dunia itu tidak perlu lagi


diselaraskan dengan ajaran Islam. Seolah-olah amalan dunia dan


amalan akhirat itu terpisah. Perkara dunia sendiri, perkara akhirat


sendiri.






Kekeliruan ini perlu dibetulkan. Mari bersama-sama kita kaji


ketidakbenaran dalam memberikan pengertian dunia dan akhirat.


Sebelum itu, mari kita lihat pengertiannya yang sebenarnya satu


persatu.






Apa itu dunia? Dunia yang dimaksudkan di sini adalah sesuatu yang


dibuat atau dikerjakan yang tidak mendatangkan pahala di akhirat


atau tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT.






Apa itu akhirat? Akhirat adalah sesuatu perkara yang dibuat atau


yang dikerjakan sehingga kita mendapat pahala dan ganjaran atau


mendapat keredhaan ALLAH SWT. Amalan atau pekerjaan akan menjadi


amalan akhirat bila mengikuti lima syarat berikut:


1. Niatnya betul.


2. Perkara yang hendak dilakukan tidak melanggar syariat


3. Pelaksanaan mengikuti syariat.


4. Hasilnya tidak digunakan untuk hal yang melanggar syariat.


5. Tidak meninggalkan ibadah asas dalam ajaran Islam (Shalat,


Puasa, Zakat).






Tegasnya, sesuatu perkara atau pekerjaan yang kita laksanakan akan


jadi amalan akhirat (diberi pahala) bila memenuhi lima syarat tadi.


Jika sebaliknya, jadilah amalan itu sebagai amalan dunia. Ertinya


tidak mendapat keredhaan ALLAH SWT (ia tidak dapat pahala). Bahkan


adakalanya amalan tersebut boleh membawa kepada dosa.






Sekarang kita lihat bagaimana kegiatan kuliah yang kita jalani boleh

menjadi sebuah ibadah kepada ALLAH dan menjadi amalan akhirat.


1. Niatnya betul


Niat yang benar di dalam menuntut ilmu adalah untuk merasakan


kebesaran Tuhan. Boleh juga berniat untuk melepaskan diri dari


kebodohan atau menuntut ilmu fardhu kifayah sehingga dapat


menyelesaikan masalah umat Islam dalam bidang ekonomi, sains dan


teknologi, dan seni budaya. Jangan belajar karena menginginkan gaji,


nama atau pangkat, untuk bermegah-megah dan ingin masyhur. Ketika


diniatkan besok kalau lulus bisa kerja di perusahaan multi nasional


dan boleh dapat gaji, maka kuliah selama 4 tahun (kalau lancar) hanya


akan jadi amalan dunia dan tidak akan berarti apa-apa di akhirat.






2. Ilmu yang dipelajari mesti sah mengikut syariat dan tidak


melanggar syariat.


Contohnya: ilmu usuluddin, fiqih, kedoktoran, engineering,


 dan lain-lain. Jangan belajar ilmu yang haram seperti


ilmu sihir.






3. Pelaksanaannya mengikuti syariat Islam.


Umpamanya tidak bergaul bebas lelaki perempuan, tidak membuka aurat.






4. Hasil dari belajar tadi, ilmunya digunakan untuk manfaat


diri dan masyarakat.


Masyarakat jadi cerdik dan tidak bodoh dengan adanya mereka. Baik


dengan lahirnya pakar-pakar dalam Ilmu Islam atau ilmu kemahiran


seperti engineer, jururawat, doktor, guru,  dan berbagai


bidang lainnya. Dengan demikian, semua ini dapat membantu


membangun syiar Islam di semua aspek kehidupan dan Islam akan jadi


mulia dengan adanya ahli-ahli ilmu yang bertanggung jawab.






5. Dalam belajar tadi, jangan sampai meninggalkan ibadah-ibadah


yang asas seperti mempelajari ilmu fardhu ain, shalat, dan puasa.


Terkadang, karena sibuk belajar dalam kuliah atau mengerjakan tugas,


shalat kita lalaikan atau dilaksanakan di akhir waktu. Jika demikian


adanya, walaupun 4 syarat terdahulu sudah dapat dilaksanakan tetapi


ketika syarat terakhir ini diabaikan maka belajar kita hanya akan


jadi amalan dunia saja.







Foto: khateeb88

Begitu juga untuk dunia kerja, berniaga, dan apapun pekerjaan kita;


selama 5 syarat tadi terpenuhi, Insya Allah apapun yang kita lakukan


akan menjadi amalan akhirat.



Jumaat, 4 Disember 2009

Ilmu Yang Tidak Diamalkan

Firman Allah :




Maksudnya:''Sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang mengatakan (ilmu) tetapi tidak mengamalkan.'' (As-Saff:3)




Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:



Foto : yimss sindhu




''Orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya, akan diazab Allah 500 tahun lebih dahulu dari penyembah berhala.''









Jarang orang menganggap dirinya berdosa bila tidak mengamalkan ilmu yang pernah dipelajarinya terutamanya ilmu-ilmu fardhu 'ain, ilmu-ilmu baiki diri. Padahal ilmu-ilmu yang kita pelajari yang tidak kita amalkan, atau tidak berniat untuk mengamalkannya, itu adalah satu dosa juga.



Berpandu dari Al Quran dan Hadis di atas jelaslah satu dosa yang nyata bagi orang yang tidak mengamalkan ilmunya. Sepatutnya kita selalu berdoa dan merintih kepada Allah agar kita dilindungi dari ilmu-ilmu yang tidak bermanfaat dan tidak diamalkan.





Kadangkala terjadi pembaziran masa dan tenaga dalam menuntut ilmu. Ilmu-ilmu fardhu ain dan baiki diri tidak sungguh-sungguh dituntut sehingga ilmu fardhu ain tidak cukup. Manakala ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kehidupan di dunia seperti matematik, ekonomi , bilologi, kimia dan lain-lain walaupun tidak salah mempelajarinya tetapi dipelajari sampai berlebih-lebih.



Ertinya berlaku pembaziran dalam ilmu-ilmu yang berkaitan dengan pekerjaan di dunia. Padahal membazir adalah kawan syaitan. Inilah yang terjadi di dalam sistem pendidikan di dunia sekarang ini. Ilmu yang diterapkan dalam pekerjaan professional seorang sarjana maksima hanya 10% dari ilmu-ilmu professional yang dia pelajari di bangku sekolah atau universiti.



Firman Allah:



Maksudnya: ''Dan janganlah kamu membazir. Bahawasanya orang-orang yang membazir itu adalah daripada golongan syaitan dan syaitan itu sangat kufur pada Tuhan.' ( Al Isra':26-27)



Ya Allah! aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu yang tidak diamalkan



Aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk kemegahan



Tuhan! Ilmu itu adalah cahaya penyuluh kehidupan. Jangan pula kehidupan orang lain tersuluh, kehidupanku kegelapan



Tuhan! Aku memohon kepada-Mu, jangan ilmu itu menjadi beban.Di Akhirat kelak menjadi hujah dan saksi mengapa aku tidak mengamalkan.



Ya Allah, aku memohon kepada-Mu. Bertambah ilmu, bertambah amalan, jangan sampai usahaku, orang lain selamat, aku tidak. Biarlah usahaku itu, selamat dan menyelamatkan.





Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada ilmu untuk mujadalah, bukan membantuku untuk beribadah dan bertaqwa.



Tuhan! Aku berlindung dengan-Mu jangan sampai ilmuku melaknatku semula kerana bermegah-megah dan tidak mengamalkan. Jadikanlah aku bertambah ilmu, bertambah dekat dengan Tuhan, bertambah ilmu bertambah ibadah dan amalan.



Tuhan! jadikanlah ilmuku syafaatkan aku di Akhirat kelak, bukan melaknat aku.



Ya Allah! jadikanlah ilmu boleh memimpin diri dan orang lain. Boleh menyuluh kehidupanku dan kehidupan orang. Mampu menyuluh hatiku dan menyuluh hati orang. Seterusnya jadikanlah ilmuku sentiasa memberi manfaat dan syafaat. Amin.

Khamis, 3 Disember 2009

Kenapa Susah Sebelum Susah



Hampir semua umat Islam hari ini diganggu oleh persoalan hidup masa depan atau kata mereka hidup jangka panjang. Iaitu apa nak jadi selepas pencen? Atau bagi yang bekerja dengan swasta atau di jabatan kerajaan akan bimbang tentang bagaimana hidup di hari tua. Tempoh masa depan atau jangka panjang itu ialah bila pencen dan bila tua, iaitu antara umur 55 hinggalah habis umur yakni mati, sekitar 65 hingga 70 tahun.


Foto oleh:yimss sindhu

Ertinya tempoh jangka panjang yang mereka bimbangkan itu ialah sekitar 10-15 tahun saja. Antara perkara-perkara yang mereka bimbangkan ialah: Adakah rumah tempat berteduh? Cukupkah harta untuk makan minum? Siapa nak jaga atau nak tolong kalau sakit pening? Anak-anak bolehkah hidup sendiri dan kalau boleh mahukah menolong? Isteri sanggupkah menunggu lagi? Kain baju, pinggan mangkuk dan lain-lain keperluan asasi cukupkah untuk keperluan? Dan lain-lain lagi.


Persoalan-persoalan itu datang mengganggu ketika manusia mula baligh iaitu dalam umur 15 tahun atau ketika manusia mula bekerja, mula hidup sendiri, iaitu sekitar umur dua puluhan. Oleh kerana tiada alasan untuk menolak persoalan yang menganggu fikiran ini, maka manusia berfikir bagaimana untuk menyelesaikannya.


Mereka amat takut kalau-kalau hidup jangka panjang itu gelap, tiada persediaan. Sebab itu mereka kerahkan fikiran, tenaga, masa dan kebebasan hidup kepada usaha-usaha mencari bekal untuk hidup jangka panjang yang merka katakan itu. Apa yang paling penting ialah usaha mencari sebanyak-banyak duit dan harta. Sebab itu kita dapati manusia hari ini bertungkus-lumus, berhempas pulas dan bermati-matian bekerja mencari duit dan mengumpul harta. Sebab itu jika lihat manusia berduyun-duyun keluar dari rumah menuju ke sasaran masing-masing yang semuanya bermaksud mencari rezeki, duit dan harta benda buat bekal masa depan yang dikatakan jangka panjang.


Dan tiap-tiap orang anak yang ke sekolah dari peringkat tinggi dan universiti semuanya dengan maksud mahu dapat kerja, dapat gaji untuk hidup sekarang dan masa depan yang jangka panjang itu. Bila dapat kerja dan dapat gaji, yang mula diusahakan ialah buat simpanan di bank. Untuk apa? Buat bekal hari tua atau selepas pencen. Kemudian untuk beli rumah, beli harta dan siapkan peralatan rumah, juga sebagai bekal hari tua.


Begitu manusia dibimbangkan dengan hidup selepas yang pencen dan hari tua. Dan begitu baiknya usaha dan rancangan yang mereka aturkan sebagai persediaan menanti ketibaan hari-hari yang mereka cemaskan itu. Dan atas semua itulah umat Islam kini membentuk perjalanan dan corak hidup mereka, setakat 10 – 15 tahun. Samada mereka sedar atau tidak, mereka telah menyimpang jauh dari perjalanan dan corak hidup yang ditentukan oleh Islam ke atas mereka.


Islam mengajak umatnya memandang hidup di dunia ini sebagai sementara dan jangka panjangnya adalah pendek sekali. Masa depan dan jamgka panjang yang sebenarnya ialah kehidupan sesudah mati, iaitu di negeri akhirat yang lama masanya tiada hujung lagi, kekal abadi. Dan menurut Islam hidup di dunia ini adalah satu peluang yang Allah berikan pada manusia untuk mencari bekal sebanyak-banyaknya buat persediaan hidup sebenar di akhirat nanti. Bersabda Rasulullah S.A.W:


“Dunia adalah tanam-tanaman untuk akhirat.”


Ertinya, hidup di dunia ini umpama seorang petani yang berhadapan musim menuai. Maka hendaklah kita berusaha mencari benih, tapak semaian, bercucuk tanam, membajak, membaja dan menjaga tanaman dari serangan musuh. Bilakah musim menuai dan memakan hasil? Iaitu bila kita mati, kita berpindah ke alam akhirat dan hidup disana selama-lamanya. Kalau tanaman kita baik, benihnya baik, bajanya baik, maka hasilnya juga adalah baik. Tapi kalau tanaman tidak menjadi kerana benihnya tidak baik, baja tidak cukup, kawalan tidak sempurna, maka hasilnya juga tentu tidak memuaskan. Ertinya lagi bahawa Islam menuntut umatnya supaya datang ke dunia ini dengan tujuan melakukan ibadah pada Allah S.W.T yang bermaksud:


“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah aku.”


(Az Zariyat: 56)


Manusia diminta untuk menjadikan segala aktiviti hidupnya sebagai ibadah, bakti, ketaatan dan pengabdian diri dari seorang hamba pada khaliqnya. Apa saja yang dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah dan bertujuan untuk mentaati perintah Allah supaya mendapat keredhaan Allah untuk selamat dari azab api neraka Allah di akhirat nanti.


Jadi, Islam mengajar penganutnya supaya memandang masa depan sebenarnya bukan lepas pencen dan hari tua tapi ialah lepas mati di hari kiamat Bila kita percaya hari kiamat ertinya kita percaya bahawa selepas mati, kita dihidupkan lagi. Hidup untuk dipersoalkan dan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia. Kalau yang kita lakukan itu dikira benar dan selari dengan undang-undang dan kehendak Allah maka kita akan dapat hidup yang nikmat. Tapi kalau kita gagal memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Allah, maka tempat kita ialah penjara akhirat yakni neraka jahanam.


Atas keyakinan ini umat Islam diminta untuk hidup sebagai seorang hamba Allah iaitu bekerja sepenuh masa dengan dan untuk Allah. Untuk itu perjuangan hidup mestilah bermula dari aqidah yang sah, ibadah yang bersih, akhlak yang mulia. Selain itu manusia mesti berusaha membebaskan diri dari sebarang system hidup yang kufur. Dia mesti menerima dan mengamalkan Islam dalam semua aspek hidupnya, pendidikan, pelajaran, ekonomi, social, perhubungan, perubatan, perniagaan, perkebunan, perusahaan, perjuangan, politik dan persoalan alam sejagat.


Barulah dia dikira berjaya menjadikan seluruh hidupnya dalam mentaati Allah. Dan barulah dia akan selamat dalam hidup jangka panjangnya di akhirat nanti.


Kalau begitu tidak timbul lagi kebimbangan manusia pada nasib masa depan yang pendek di dunia ini. Sebab kebimbangannya sentiasa pada nasibnya di akhirat, iaitu hidup masa depan dan jangka panjang yang hakiki. Selamatkan aku dari api neraka? Itulah persoalan yang sentiasa mengganggu fikiran umat Islam yang beriman.


Kerana itu dia pun berusaha sedaya upaya agar setiap doa yang dilakukan adalah kerana Allah dan mendapat keredhaan Allah. Dan tidak akan cuai beribadah malah diperbanyakkan dari masa ke semasa. Dia bekerja mencari rezeki dengan niat untuk hidup senang untuk beribadah pada Allah, bukan lagi untuk kaya dan untuk masa pencen dan masa tua.


Dia tidak cuai lagi berjuang dan berjihad, berkorban masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit untuk menegakkan jemaah Islam. Dia tidak bermewah-mewah lagi sebab dia takut dihisab oleh Allah di akhirat nanti. Dia tidak mengumpul dan menyimpan wang dan harta benda lagi kerana ia tahu dia mungkin mati sebelum harta itu digunakan betul-betul di jalan Allah. Kalau pun disimpan adalah dalam batas-batas keperluan yang dibenarkan oleh Islam. Dan dia tidak perlu lagi rumah besar sebab dia yakin rumah itu untuk ditinggalkan. Cukup rumah sederhana dan untuk jangka pendek, untuk tujuan berlindung dari panas dan hujan, untuk beribadah dan untuk jaga aurat. Dan dia tidak akan menimbunkan peralatan rumah, kain baju dan pinggan mangkuk lagi sebab itu semua bakal menyusahkan urusan hidup di akhirat nanti. Dia ambil yang perlu saja.


Pendek kata,. kerana mahu menebus kehidupan bahagia nanti, dia sanggup mengorbankan kemahuannya pada dunia yang pendek ini. Itulah sikap hidup yang paling bijaksana. Rasulullah S.A.W bersabda:


“Orang yang paling cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati.”


Mati mesti datang. Tapi bukan mesti selepas pencen, sekarang pun boleh mati, atau setahun lagi, atau bila-bila saja. Jadi patut sangat kita dahulukan bekal-bekal untuk hidup sesudah mati. Untuk hidup masa depan yang pendek di dunia ini, tidak salah jika usahakan juga. Tapi janganlah kerana sampai tidak kenal Tuhan, tidak sembahyang, tidak puasa, tidak zakat, tidak haji, tidak berjuang dan berjihad, tidak baca Quran, tidak tahu hadis dan tidak fikir akhirat.


Jangka panjang yang pendek itu hanya pendek tempohnya (10 –15 tahun), itupun belum tentu tibanya. Entah-entah kita mati sebelum itu. Jadi bersiaplah sekadar patut untuknya. Janganlah sampai terkorban iman, ibadah dan umur. Jangan pula sampai hilang ketenangan, hilang bahagia kerana bimbangkan masa depan yang pendek itu.


Kenapa kita susahkan perkara yang belum berlaku? Ertinya susah sebelum susah. Kalau susah betul, jadilah dua kali susah.Tapi kalau kita mati sebelum itu, ertinya kita rugi di dunia kerana tidak sempat menikmati bekalan itu dan rugi di akhirat kerana tidak bersedia untuknya.


Umat Islam janganlah terus tertipu. Janganlah jadikan tujuan hidup untuk bahagia di dunia saja, setakat masa depan yang pendek. Tetapi halalkan rancangan masa depan itu ke akhirat iaitu satu tempoh hidup jangka panjang yang kekal abadi. Di sana kita ditunggu satu dari dua tempat kediaman, syurga dan neraka.


Tiada siapa yang sanggup masuk neraka, api yang maha panas yang membakar tubuh kerdil yang sampai padanya. Ertinya semua orang inginkan syurga. Untuk itu siapkan diri dengan iman yang benar, dengan ibadah yang diterima dan jadikan perjuangan dengan cara hidup sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W semasa hayat bagida.


Hanya itulah satu-satunya cara hidup yang menjadi pilihan kita, kalau  mahu bersamanya di dalam syurga. Kalau tidak, dan kalau kita masih mengorbankan hidup untuk sesudah pencen saja, hingga kerana itu tinggal sembahyang dan tinggal Islam, apa bekal lagi yang boleh kita persembahkan pada Allah buat tebusan pada syurga kenikmatan yang abadi itu? Dan kalau tiada tanyalah diri kenapa aku bimbangkan nasib masa depan di dunia yang jangka panjangnya pendek saja, tapi tidak bimbangkan nasib masa depan di akhirat yang tempoh masanya tiada limit? Atau aku yakin bahawa selepas mati ada kehidupan yang lebih panjang lagi?


Minda Guruku







Rabu, 2 Disember 2009

Bila Iman Lemah

Akal manusia dan fikirannya boleh menjelajah dunia sehingga



tidak ada pelosok dunia yang otaknya tidak menjejaki


dan menjelajahinya. Kaki otaknya begitu panjang sekali,


tidak ada ruangan-ruangan dunia ini yang tidak dipijak manusia.


Kerana itu berbagai-bagai ilmu, bermacam-macam maklumat,


berbagai-bagai pengalaman yang manusia perolehi.


Manusia boleh tahu di atas gunung, di dalamnya, di bawah


bumi, apatah lagi di dasarnya, di lautan dan di dasarnya. Habis


semuanya dijelajahi. Padang pasir, gurun, di perut bumi, sungai


kecil dan besar, otaknya selongkari hingga terdedah dan terbongkar


semuanya.






Otak manusia menerokai empat penjuru dunia, Kutub Utara,


Kutub Selatan, Timur dan Barat. Otaknya boleh teroka dan jelajahi


hutan belantara. Berbagai-bagai kehidupan dapat diketahui


di samping khazanah bumi yang lain. Habis seluruh


khazanah dunia ini otak mereka kumpulkan.






Seolah-olah dunia ini kecil sebesar dulang, manusia berada


di hadapannya melihat seluruh isinya. Tidak ada apa yang tidak


dapat dilihat dan pastikan. Semuanya dapat manusia perhatikan


dan mengetahui rahsia-rahsianya.






Sungguh hebat otak manusia, boleh mengembara ke seluruh


dunia, menjelajahi seluruh pelosoknya, menjejaki bukit dan


lurahnya. Apatah lagi kalau kaki manusia boleh membawa


mengembara sama otaknya ke seluruh dunia. Maka otak bertambah


rata lagi. Mengembara di pelosok dunia, melihat dari dekat,


dapat mengesan lebih dalam lagi rahsia dunia ini, lebih banyak


lagi rahsia bumi dan alam Tuhan ini menjadi maklumatnya.


Begitulah kebolehan otak manusia, ia boleh mengetahui


rahsia dunia dan seluruh isinya sebagai maklumat seolah-olah


otak manusia macam burung, boleh terbang di seluruh dunia.


Atau dunia ini macam sebesar dulang, seluruh apa yang ada di


dalam dulang dapat dilihatnya.






Kalau begitulah keadaan otak manusia, otak seolah-olah


bebas, merdeka, terlalu jauh perjalanannya, terlalu luas dunia


kehidupannya. Begitulah kebolehan otak yang dicipta oleh Allah


Taala yang Maha Berkuasa, kebolehannya luar biasa.


Namun begitu, walaupun kemampuan otak manusia bebas,


merdeka, gelanggang kehidupannya begitu luas, tapi apabila


jiwa manusia itu sempit kerana tidak ada iman atau lemah iman


kerana tidak bersama dengan Tuhan, manusia tetap hidup


terseksa, sengsara, seolah-olah hidup di dalam jel yang sempit,


gelap-gelita pula. Di waktu itu otak tidak boleh buat apa-apa,


tidak berfungsi, dia tidak boleh menolong manusia. Dia juga


ikut sama hidup di dalam kurungan yang sempit itu. Kakinya


ikut terbelenggu, seolah-olah dirinya tidak boleh pergi ke manamana.


Di waktu itu fikiran buntu oleh penjara itu, ilmu dan


maklumat-maklumat tidak berguna lagi di waktu itu.


Apa buktinya? Banyak sangat buktinya kerana ia sering berlaku


di dalam kehidupan ini. Contohnya, apabila datang ujian atau


bala bencana, seperti jatuh miskin, dileter oleh isteri, bankrapsi,


dibuang kerja, sakit yang berat, patah kaki, kena tangkap, dimasukkan


ke dalam jel, kena ISA dan lain-lain lagi, masya-Allah,


jiwanya yang sempit kerana tidak beriman atau lemah iman itu


seolah-olah menjerit-jerit cuma tidak didengarinya. Terasa sakit.


Bumi yang luas dirasakan sempit, badan macam kena himpit


seolah-olah masuk ke bumi.






Fikiran yang selama ini begitu bebas,


merdeka, mempunyai maklumat yang luas, telah terbang dan


hilang kecerdikannya, tidak boleh membantu. Keadaan berfikir


pun tidak menentu. Perasaan jadi tidak normal dan melulu,


sesetengah pegangan hilang, keyakinan berubah 90 darjah.


Baru kita faham, kalau akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan


jiwa lemah dan tidak merdeka, akhirnya akal juga turut


lemah hingga tidak berfungsi mengakibatkan segala-galanya


berubah. Berubah sikap, berubah watak, berubah tabiat, berubah


akhlak, berubah pakaian. Yang tidak berubah hanyalah nama


dan warna kulit. Tapi yang bersifat maknawi dan rohaniah berubah


semuanya. Amat terkejut dan mengejutkan, hairan menghairankan,


tercengang-cengang orang dibuatnya.






Begitulah apabila jiwa lemah kerana kelemahan iman atau


sudah tidak ada iman, jiwa rasa sempit apabila kena ujian atau


ditimpa bala. Macam burung duduk di dalam sangkar yang


sempit, menggelupur tidak keruan, menyondol sana, menyondol


sini hingga tercabut bulu, terkopek kulit kepala.






Sebab itulah Islam menyuruh penganutnya jangan hanya


menguatkan akal semata-mata tapi yang penting daripada itu


hendaklah sentiasa kuatkan jiwa. Jiwa hendaklah dikuatkan


dengan iman dan sifat-sifat taqwa agar apabila diuji, jiwa tidak


sempit. Jiwa tidak menderita. Segala keyakinan dan pegangan


beragama tidak hilang atau tidak berubah. Fikiran tetap dengan


kemerdekaannya kerana jiwa stabil dan normal, tidak terjejas


oleh ujian.






Oleh itu jangan kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia


dan masalah. Jangan penjarakan dia di dalam keseksaan nafsu


yang memang tidak suka jiwa kita bebas dan merdeka. Jangan


biarkan dia diseksa oleh ujian-ujian yang mendatang. Sepatutnya


kita biarkan dia terbang hingga bukan sahaja menjelajahi dunia


ini tetapi biarkan dia menjelajahi alam malakut, alam rohaniah


yang lebih tinggi lagi atau alam ukhrawiah agar dia bebas sebebas-


bebasnya, agar dia merdeka, supaya jangan terasa dia


hidup sempit dan terhimpit.






Di samping itu yang lebih penting lagi hendaklah manusia


jadikan jiwanya selalu bersama Tuhan. Pergilah dan bawa ke


mana-mana bersama Tuhan, jangan biarkan dia keseorangan.


Kita jadikanlah Tuhan sebagai kawan jiwa kita. Janganlah lepaskan


dia daripada berkawan dengan Tuhan.


Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Mereka yang sentiasa mengingati Allah


dalam waktu berdiri, berbaring dan di waktu duduk, mereka


sentiasa memikirkan tentang kejadian langit dan bumi


seraya berkata, “Wahai Tuhan kami, tidak Engkau jadikan


semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, jauhilah kami


dari azab api Neraka.” (Ali Imran: 191)






Di waktu itu masalah kehidupan dunia tidak akan menggugat.


Ujian dan bala bencana tidak akan dapat mengurungnya.


Nafsu tidak akan dapat memenjarakannya. Di waktu itu jiwa


kita tidak akan tergugat, dia tetap bebas dan gagah, merdeka



dan kuat serta pegangan kita tidak akan berubah

Selasa, 1 Disember 2009

Kisah Daripada Sandakan.



Sumber berita : Kelakar@yahoogroups.com



Kisah drpd Sandakan.


Gambar Hiasan Oleh: IIyynn_s' photostream



Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. I september 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang


lain menggeleng gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar'


sedang mereka bincangkan,kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan,saya berjalan ke arah mereka.



" Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa?San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan


emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.



Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia?tapi belum boleh


lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya Jaimi


bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka


berbual.. Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan


semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak


perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya


untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula engganmemberikannya wang. "


Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak." Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Maaak? kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan


jugak," kata gadis itu.






" Yalah, mak tau?tapi mak tak ada duit," balas ibunya."RM 20 aja !" si gadis berkata." Tak ada ," jawab ibunya." Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras." Bukan macam tu ta?" belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh?sudahlah emak ! Saya tak mau dengar ! " " Kalau emak ada du? " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; "kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !"






Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan


menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai..


dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar, suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar.



Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si


gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran, kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul


12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila


mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu." Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."



Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut


jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung


mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis


berkenaan.Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas." Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.


" Apa pasal," Si ayah bertanya." Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang


kian cemas.Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku." Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil." Ayah?kenapa ni ?? !!


Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah.


Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni ayah ? "kata si gadis sambil meratap.


" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal .Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas


gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis


yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.


" Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.."


gadis itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat.Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi.


" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah,


Saida menyesal.Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia


menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.


Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di


tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya


boleh ditarik keluar.


Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun


kecewa.Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam


membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.


" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya


tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja? kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.


" Habis anak saya ?" tanya si bapa.


" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita


buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.


Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga


selesai,termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.


Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di


dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung


kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata.Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.


" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk


makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.


" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke


celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.


Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya


sampai ke barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun.


Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.


" Pssstt?Raie? Raie..Psstt, " saya memanggil ,


Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya.


" Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh,"


jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan khuatir ada orang yang tahu.


" Sekejap aja. Bolehlah?"saya memujuk.


Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar. Kedua tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.


Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik.


Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.


Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta


terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih ; "Emak?ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."


Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak?lepaskanlah kaki saya ni.


Ampunkan saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.


Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di


pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.


" Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ," rayu


bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida .


Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka


kini berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan dibalas 'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana.


Cuma 10 ,15 minit saja kerana Raie memberitahu,


pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu ,


terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan


kedengaran lagi Saida menangis dan meratap "


Ampunkan saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah


kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf?"


Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa


Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu


untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis saya lihat mengesatkan air matanya.


Semakin lama semakin ramai orang berhimpun


mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak. Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di telinga.


Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis


makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di


keluarkan.


Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan


selimut yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia


tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.


Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai


pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-


sesak dan mendengar orang-orang bercerita.


Setelah empat atau lima hari terperangkap,


akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan


kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di lakukannya.


Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan


nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.


Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup


daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka...

















Hamba Yang Jiwanya Bersih


Hamba yang Jiwanya Bersih



Jika seorang hamba itu ilmunya cukup


Jiwanya bersih hingga hatinya terpimpin


Kelihatan orangnya tenang


Ibadahnya terutama sembahyang, sangat berdisiplin


Berhadapan dengan orang, penuh bijaksana


dan lemah lembut


Wibawanya tinggi, akhlaknya mulia


Hingga disenangi oleh orang


Kalau dia pemimpin,


sangat dikasihi dan disayangi


Kerja-kerja tersusun dan teratur


Tenang, tidak gopoh, berdisiplin


Pandai bergaul dengan manusia


Sangat beradab dengan Tuhannya


Redha dengan ketentuan Tuhan,


sabar dengan ujian


Mengutamakan orang lain dari dirinya


Bertimbang rasa dengan manusia


Sangat bersimpati dengan orang yang susah


dan mendapat kemalangan


Ingatannya dengan Tuhan sentiasa hidup


Jiwanya hidup, sangat peka,


suka khidmat dengan manusia


Minda Guruku

Tetamu VIP

Blog Widget by LinkWithin